BAB 6

Drama Series 556

“Angah akan bawa mak keluar dari rumah ini. Ini rumah yang along bina
dengan duit haram tu, kan? Kami takkan duduk di rumah ini. Along dah
gila agaknya? Bina rumah untuk emak dengan duit haram?” bebel adikku lagi.

“Angah!” Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Semuanya benar belaka.Air
mataku mengalir laju. Semakin laju dan hatiku bertambah terluka,
semuanya kerana sikapku sendiri. Rakan-rakan semuanya menjauh. Peminat
dan penjual buku-bukuku juga telah menghilangkan diri.

“Along kena ingat satu saja, jika waktu along menulis karya cabul itu,
ALLAH ambil nyawa along, agak-agak along sempat ke along bertaubat dan
mengucap? Along tak takut ALLAH ke?Hish… tak fahamlah! Mana kepala otak
along agaknya? Mana pergi akal fikiran along?” marah adikku berapi-api.

Aku tidak mampu menyangah kata-katanya. Semuanya benar belaka. Katalah
nyawaku dicabut ketika itu? Sempatkah aku bertaubat? Ya ALLAH,
ampunkanlah dosaku. Kalaulah aku tidak ikut kata hati, pasti hidupku
tidak musnah begini. Aku kehilangan keluarga, aku kehilangan masa depan
dalam dunia penulisan. Orang sudah tahu siapa aku? Biarpun aku berbuat
baik, namaku sudah tercemar. Namaku mungkin boleh diubah, tetapi wajahku
bagaimana? Ah! Kalaulah aku tidak gelojoh pasti hidupku bahagia sehingga
kini. Maafkanlah aku, ampunilah aku Ya ALLAH!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience