BAB 4

Drama Series 556

Bertalu-talu kemaafan terlahir di bibir, langsung tidak diendahkan.
Malah suamiku telah meghalau aku keluar di waktu sepasukan polis sedang
menunggu untuk membawa aku ke balai polis bagi disoal siasat. Ketika itu
aku dan keluargaku pulang bercuti ke tanah air. Kegembiraanku dapat
pulang ke negara tempat aku dilahirkan ini hilang sekelip mata.

“Kau jangan balik lagi ke sini, anak juga kau jangan jumpa. Kau cemarkan
nama baik kami, nama keluarga abang, nama baik keluarga kau sendiri.
Manusiakah kau ini?” marah suamiku, sebelum aku menaiki kereta polis.

Aku menangis sayu, teresak-esak namun tiada siapa yang simpati. Aku
benar-benar bersendirian. Tiada teman, tiada kawan dan tiada keluarga,
hatta suamiku sendiri membuang aku terbiar bagaikan kain buruk yang
sudah tidak berguna lagi. Menangis sehingga keluar anak tekak, atau
darah sekalipun, jalan pulang untukku bagaikan tertutup. Hina benar
pandangan mereka menjadi penulis lucah ini. Aku mengambil risiko tanpa
memikirkan natijahnya untuk kehidupanku di masa hadapan.

Ke mana aku hendak pergi? Aku tidak mahu dipenjarakan, maka aku membayar denda yang telah ditetapkan, maka aku terlepas bebas. Masalahnya habis semua duit simpananku. 50k aku perlu bayar untuk membebaskan diri. Nasib baik diberi peluang membayar denda, jika tidak… pasti aku dipenjarakan
selama dua tahun. Ah! Menjadi penghuni penjara, bukan pilihan, dan tidak
mungkin aku mampu menghadapinya. Rumahku juga sudah kugadaikan untuk
mendapatkan duit bagi membayar denda yang dikenakan. Kali ini, aku
benar-benar muflis dan miskin. Pulang ke kampung dengan harapan
keluargaku akan menerima kehadiranku. Malang sekali, anggapanku salah.
Mereka juga marah, mereka juga berasa terhina rupanya. Apa yang telah
aku lakukan? Aku telah kehilangan semua dalam keghairahanku mengejar
nama. Mana dia peminat yang menyanjungku waktu aku berada dipuncak
kejayaan? Kenapa mereka tidak hadir untuk memberi aku sokongan dan
dokongan? Ah! Manusia, berada di sisi jika aku berjaya, meninggalkan aku
bila aku ditimpa musibah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience