BAB 10

Romance Completed 10903

“ maafkan saya…awak taka pa-apa?” aku bangun dari terduduk dan mendongak.

“ tak apa. tapi lain kali kalau nak jalan tengok depan.” Ujarku dalam nada lembut.

Perkara macam ni pernah berlaku sebelum ni. Masa tu aku baru berumur 17 tahun. Tak sangka berlaku buat kali kedua. Jangan-jangan mamat yang sama.

Aku terus mendongak selepas berdiri secara tegak dan melihat dengan teliti wajah yang berada di hadapanku.

Erk… kenapa aku macam pernah jumpa dia macam dah beberapa kali. Dan tahi lalat atas mata sebelah kiri dia mengingatkan aku tentang sesuatu. Adakah betul ini mamat yang melanggar aku beberapa tahun yang lalu.

“ excuse me…” dia melambai-lambai tangan di hadapan mataku. Aku tersedar.

Aku rasa memang sah dia.

“ awak ni pernah lalui kejadian seperti ini kan?” soalku. Dia tersengih.

“ hurm.. mungkin pernah sekali sebab perempuan itu bagi saya nasihat dan amaran. Bila teringatkan hal tu saya tertawa sendirian.” Aku tersentak. Tak salah lagi. Jadi betullah ni mamat tu.

Tak sangka aku dapat jumpa dengan kau semula. Kita ni macam ada jodoh pula. Dekat tempat yang sama pula tu.

“ kenapa?” soalnya. Aku tersenyum.

“ sebab saya kenal awak..” ujarku lalu berlalu meninggalkan dia dalam keadaan terpinga-pinga. Biarkan dia tertanya-tanya. Lagipun aku ada kerja perlu di buat.

Baru saja aku ingin melangkah keluar dari mall, mamat tadi menyaingi aku dan sekarang dia berada dihadapan ku.

“ awak…adakah awak ni saya kenal?” soalnya. Aku tersenyum dan menjongket bahu.

Aku ingin berlalu tapi di halangnya. Hissh… payah betullah mamat ni.

“ ke tepi boleh?”

“ tak. Selagi awak belum jawab soaln saya.” Aku mengetap bibir. Tak faham bahasa sungguh.

“ ok Fine!. Kita pernah jumpa 5 tahun yang lalu. Awak juga pernah lakukan perbuatan yang sama seperti tadi. So.. boleh ke tepi?” selepas mendengar keteranganku dia memberi laluan.

Kenapa ya kita ni macam sudah lama kenal. Dan….aku teringat sesuatu.

““ sebab awak yang beria-ria nak akan saya. Saya sudah cukup rimas tahu tak. Mulai hari ini dan detik ini. Saya dan awak sudah tiada apa-apa lagi hubungan. Lagipun saya nak tumpu kepada SPM. Jadi awak pergilah dekat jantan tadi tu.”

Erk…aku jadi kaku. Langkahku menjadi perlahan dan terhenti. Dia ialah mamat yang bergaduh di depan Popular tu. Ya Allah… sungguh Engkau mengetahui segalanyan dan buat aku teringat secara tak sengaja akan kejadian itu. Itulah pertemuan kedua aku dan dia.

Aku dengan perlahan-lahan menoleh ke belakang dan tak sangka mamat tu mengejar aku. Aku menoleh semula ke depan kerana rasa malu.

“ awak…” panggilannya buat aku memusingkan badan.

“ jadi awaklah yang jadi mangsa pijakan saya?” aku mengangguk kecil.

“ tak sangka selepas 5 tahun kita akan berjumpa semula. Di tempat yang sama pula tu.” Aku hanya tersenyum kecil.

“ dan saya juga pernah bertemu dengan awak buat kali kedua. Di depan Popular. Kali ketiga di dalam Popular. Dan entah mengapa saya rasa macam sudah terlalu lama saya mengenali awak. Saya tak tahu kenapa. Tapi saya biarkan. Mungkin Allah akan berikan saya petunjuk suatu hari nanti. Saya pergi dulu.” Bergegas aku pergi dari dia. Aku rasa suara dia pun aku macam pernah dengar.

Dalam lebih 5 tahun begitu. Ya Allah siapakah dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience