BAB 7

Romance Completed 10903

Kenapa aku asyik teringatkan dia selepas aku bertemu di Popular tu ya. Dan aku rasa macam dah banyak kali aku terjumpa dengan dia termasuk di Popular tu. Tapi di mana?

“ Oit!!” sergahan Siti buat aku tersentak lantas mematikan lamunanku.

“ kau ni lah. Kalau tak sergah orang tak sah. Tak ada kerja lain ke?” soalku lalu kembali melihat buku. Sebenarnya mata terarah ke buku. Tapi fikiran melayang entah ke mana.

“ memang tak ada. Kan aku masih sekolah.” Hek eleh minah ni. Nak buat lawak pula.

“ sudahlah. Pergi sana. Orang nak baca buku ni. Nak SPM.” Yelah lagi beberapa bulan je kowrt.. debaran makin terasa.

“ baca buku ke termenung. Kau jangan ingat aku tak tahu. Dari tadi aku duk perhati kau ni bukan baca buku sebenarnya tapi duk fikir kan tentang lain. Siapa tu? Tentang mamat kat Popular tu erk..?” aku tersentak.

Macam manalah dia boleh tahu. Sungguh tepat tekaanmu itu kawanku. Huhu…

“ so?”

“ apasal? Kau dah tertarik?” aku membulatkan mata.

“ kau gila. SPM pun tak past lagi dan amaran keras dari papa dan mamaku supaya jangan nak bercinta pada zaman persekolahan ni ya…” ujarku sambil mendabik dada. Kononnya patuh akan arahan.

Siti mencebik.

“ apa-apa je lah. Malas nak layan kau. Nanti aku jangkit kat kau pula.” Aku tersengih. Kalau tak nak layan tak yah lah layan. Apalah…

Aku kembali fikirkan tentang mamat tu. Bagilah aku petunjuk atau ingatkan aku di mana pertemuan aku dengan dia tu. Di mana? Boleh pening aku macam ni. Sudahlah Rin. Benda tak penting pun. Apa lagi yang penting kalau bukan SPM ni. Focus…!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience