BAB 8

Romance Completed 10903

Pejam celik pejam celik. Akhirnya SPM aku sudah pun habis. Semalam baru je selesai kertas terakhir. Aku apa lagi enjoylah. Yuhuuu…

Selepas ini aku bolehlah pulang ke kampong. Kampong yang terletak di Sungai Petani. Dekat je. Tak jauh mana pun. Tak sabarnya aku nak bertolak malam ni. Jadi selepas ini aku tak dapat lagi jumpa Siti lah. Kalau nak jumpa semula tunggu lah apabila keputusan keluar.

Dan kami boleh selalu berhubung melalui telefon. Betul tak?...

Pemandangan di kampong itu amat membuai perasaan aku. Sudah lama aku tidak ke sini. Rindu sangsat. Tambahan pula zaman kanak-kanak. Teringat dekat kawan aku Fadil. Dia kawan sekampung aku dulu. Kira jiran lah.
Kira masa aku umur 6 tahun, aku telah berpindah ke Penaga. Jadi selepas itu aku tak tahu apa yang dah jadi dengan dia. Apabila umur aku mencecah 13 tahun, aku pulang semula ke kampong ini untuk mencarinya.

Tapi hampa apabila di maklumkan keluarga dia sudah berpindah ke Kuala Lumpur. Rupa dia pun aku tak tahu macam mana. Bila ingatkan balik, aku jadi rindu dekat dia. Dialah satu-satunya kawan yang mengerti perasaan aku ketika itu. Walaupun aku masih kecil tapi sikap dia macam terlebih matang dari umur dia.

Kiranya aku bangga lah dia jadi kawan aku. Satu perkataan dari dia aku tak boleh lupakan sampai bila-bila.

“ nanti besar, Padel arap Rin apat ahwin dengan Padel. Sebab Padel ayang kat Rin sepenuh hati Padel.” Itulah ayatnya. Nama manja dia Padel.

Bila aku teringat ayat tu, tergelak aku di buatnya. Biasalah zaman kanak-kanak. Memang penuh dengan imaginasi. Heheh…

“ kita sudah sampai..” suara papa buat aku tersedar dari lamunan.

“ jom turun. Jumpa atok dan nenek.” Suruh mama. Aku hanya menurut.

“ apa khabar nek, atok?” soalku selepas bersalaman dengan mereka.

“ Baik. Alhamdulilah. Kamu sihat?” aku hanya mengangguk.

“ATOK… atok ada dengar dari sesiapa tak tentang keluarga Padel tu.” Soalku ketika ambil angin di luar bersama atokku.
“tak pula. Setahu atuk selepas mereka berpindah ke KL tu. Atok dah tak tahu apa-apa dah. Dengar kata juga mereka berpindah ke tempat lain pula selepas ke KL tu. Kesian Padel tu asyik berpindah je.” Aku hanya berdiam diri.

“ kamu teringin ke nak jumpa dengan Padel tu?” soal atok lalu buat aku tersenyum.

“ mestilah. Rindu nak jumpa dengan dia. Nak dengar telatah dia. Entah macam mana rupa dia sekarang. Mesti banyak berubah kan.” Ujarku.

“ mestilah. Nama pun dah besar. Masa tu kamu sama-sama umur 6 tahun. Sekarang dah 17 tahun. Mesti lah banyak berubah.” Aku hanya tersengih.

Tiba-tiba telefon rumah berbunyi.

“ atok masuk dulu. Mana tahu panggilan untuk atok.” Aku hanya mengangguk.

Pemandangan di sekeliling diperhati. Tak banyak berubah. Hanya rumah di sekitar sini bertambah. Padel di manakah kau? Kalaulah kita ada kesempatan untuk jumpa walaupun sekali. Ingin aku katakan yang aku pun sayangkan kau.

Dulu kaulah yang selalu menggembirakan hati aku saat aku berduka. Kau jugalah selalu buat aku tertawa. Memang aku merindui saat itu. Tapi malangnya aku telah berpindah dan tinggalkan kau di sini. Maafkan aku Padel.

“ akak!” laungan atok buat aku naik ke atas rumah.

“ ye atok.” Sahutku apabila berada di hadapannya.

“ panggilan untuk kamu ni.” Aku berkerut dahi. Untuk aku? Mana mungkin. Henset aku kana da.

“ siapa atok?” soalku pelik.

“ orang yang kamu rindui. Nah..” siapa pulalah atok ni.

Aku pun menyambut huluran telefonn dari atok.

“ helo..” ucapku.

“ helo..” lelaki?.. siapa?

“ ini siapa?” soalku.

“ takkan dah lupa. Lama sudah kita tak berjumpa. Rindulah.” Lorh.. siapa kah itu?

“ maaf. Tapi memang saya tak kenal.”

Mujur juga keluarga aku dan atok dan nenek ada di luar.

“ ok… dengar elok-elok ya. nanti besar, Padel harap Rin dapat kahwin dengan Padel. Sebab Padel sayang kat Rin sepenuh hati Padel. Ingat?” aku tersentak. Itukan ayat dari Padel. Jangan-jangan…

“ Padel?” soalku.

“ hurm..” aku tersentak dan berasa sebak.

“ it that’s you?” soalku lagi tanda sukar percaya. Rasa nak nangis je.

“ yes. This is me. Muhamad Fadil Bin Din. Atau Padel.” Aku menekup mulut dan terduduk.

Ya Allah terima kasih. Doaku telah di makbulkan. Walaupun aku tak dapat berjumpa dengan dia. Dapat bercakap pun aku sudah bersyukur. Alhamdulilah. Tapi suara dia aku macam pernah dengar sebelum ni. Argh.. perasaan aku je tu..

“ helo… Rin masih ada di sana?” aku tersedar dan tersenyum.

“ yap. Saya still here. Macam mana awak tahu saya ada di sini?” soalku.

“ entah. Tiba-tiba saya terfikir fasal awak dan tergerak hati untuk telefon ke rumah atok awak. Dan saya tak sangka awak juga berada di sana. Kiranya doa saya telah di makbulkan.” Aku tersenyum.

“ kita ni sama ya.. sama-sama doa kita di makbulkan. Walaupun saya masih tak dapat berjumpa dengan awak tapi saya lega apabila dengar suara awak.” Ucapku bersama senyuman.

“ betul ke? Kalau begitu saya datang ke sana boleh?”

“ are you sure?”

“ mestilah. Lagipun SPM dah habis. Jadi boringlah duduk di sini.”

“ boleh saja..”

“ erk.. awak..” aku menjongket kening.

“ yap…”

“ awak masih ingat kata-kata terakhir saya?” aku berkerut dahi cuba ingat kembali.

“ ayat terakhir awak? Setahu saya ayat terakhir awak adalah jumpa lagi.” Gurauku.

“ Rin.. I’m serious ok.”

“ok-ok. Tapi ayat yang mana?” soalku.

“ tadi tu. Baru saja saya beritahu dan tak sangka awak masih ingat.” Aku tersentak. Adakah yang kahwin tu.

“ erk…ayat yang awak nak kahwin dengan saya masa besar. Itu ke?” soalku ragu-ragu.

“ yes.. tak sangka awak masih ingat. Terharunya saya.” Aku ternsenyum.

“ mestilah ingat sebab masa tu awak kelakar. Dan kalau awak nak tahu sampai sekarang atau bila-bila saya tetap akan ingat. Sebab masa itu di zaman kanak-kanak yang penuh riang.” Balasku ceria.

“ tapi saya betul-betul maksudkan.” Aku terdiam.

“ maksud awak?”

“ itu bukan main-main Rin. Saya betul-betul maksudkan. Saya juga sayangkan awak bukan hanya sebagai kawan mahupun adik. Saya tahu mungkin itu cinta zaman monyet. Tapi saya tak tahu kenapa sampai saat ini rasa itu bertambah dan saya rasa dah jatuh hati kat awak. Saya betul-betul maksudkan Rin.” Aku terkedu.

Apa ni Padel. Apa yang awak cuba maksudkan. Saya ingat itu hanyalah imaginasi dan hanya main-main. Yelah zaman kanak-kanak. Tapi tak sangka awak….erk…

“ awak… saya tahu awak terkejut. Saya pun terkejut sebab macam mana saya boleh jatuh hati dekat awak tanpa melihat rupa, sikap dan segalanya tentang awak. Yang saya tahu kali terakhir, saya menangis saat awak telah berpindah. Biasalah budak kecil.” Aku tersenyum hambar.

“ awak..ingat ni. Suatu hari nanti, pasti saya akan pergi meminang awak. Jangan mengelak ya…” aku tersentak.

Aku tak mampu berkata apa-apa lantas mematikan talian. Aku tak sanggup dah ingin mendengar. Masakan betul. Mungkin dia bergurau je tu. Tapi nada dia sangat serius dan bersungguh-sungguh. Arhh… lupakan Rin. Kau kena focus terhadap kerja pula selepas dapat keputusan. Yap…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience