BAB 11

Romance Completed 10903

Kunjugan mengejut dari keluarga Padel dan dia buat aku tak senang duduk dalam bilik. Kalau boleh mahu je aku pi serang dia tapi aku masih tak tahu rupa dia yang sebenar. Kalau aku pi dan silap orang, naya aku.

Dan buat aku terkejut, tujuan dia adalah ingin datang meminang. Sekarang mereka tengah berbincang. Aku tak boleh dan masih belum dapat berikan jawapan. Papa dan mama kata mereka yang akan tentukan.

Takkan begitu. Tapi aku redha dan terima sebab dia orang yang baik dan orang yang aku kenal. Walaupun 16 tahun tidak berjumpa. Rasa sayang dalam hati ini masih ada untuk dia.
“ Rin…” panggilan mama buat aku mendongak.

“ Padel nak jumpa dengan kamu.” Aku tersentak.

“ tak mahu lah ma. Akak belum bersedialah.” Ujarku berikan alasan. Boleh diterima tak alasan tu.

“ tapi dia nak sangat jumpa dengan akak tu. Pergilah. Lagipun tak lama lagi korang akan berkahwin juga.” Aku mengeluh.

“ tapi ma..kalau selepas dia melihat rupa akak yang tidak begitu dia sukai ini dan tolak pinangan ni macam mana? “ soalku risau. Haih… kata tak suka tapi sekarang takut di tolak pula. Rin..Rin..

“ akak pergi dulu. Mama rasa itu tak jadi masalah. Padel takkan tarik balik pinangan ni. Percayalah. Jadi akak turun ya. Dia ada di bawah pokok rendang belakang rumah. Pergi ya…” pujuk mama dan aku dengan rasa berat pun mengangguk.

Saat aku sampai di tempat yang mama beritahu, aku ternampak seorang lelaki sedang memerhati alam fenomena. Mungkin. Rasanya dialah Padel. macam mana agaknya rupa dia.

Makin dekat aku berjalan , makin hebat getaran di dada ini. Entah mengapa latar belakang Padel aku macam pernah Nampak sebelum ni. Macam baru beberapa hari yang lepas. Arrh.. mungkin perasaan aku je tu..

Dengan lafaz Bismillah, aku terus melangkah dan sekarang dalam lima langkah lagi aku akan berada di belakangnya. Tapi biarlah aku berada jauh sikit dari dia. Lima langkah je pun.

“ Padel?” panggilku dengan berdebar-debar.

Dia dengan perlahan pun memusingkan badan dan ketika itu aku sangat-sangat terkejut.

“ awak!” sukar untuk aku percaya. Dia hanya tersenyum.

“ hai awak… tak percaya?” soalnya dan buat aku terdiam dan kaku di situ. Ternyata Padel adalah orang yang selalu secara kebetulan aku jumpa. Dia adalah mamat yang langgar aku tempoh hari.

“ eerrkk… awak sudah tahu ke siapa saya?” soalku. Dia tersenyum lalu mengangguk.

“ macam mana?”

“ sebab keluarga awak.” Aku berkerut dahi.

“ keluarga saya? Kenapa pula dengan keluarga saya?” soalku lagi.

“ semalam saya dapat utusan daripada keluarga awak. Dan di dalamnya terdapat sepucuk surat dan sekeping gambar.”

“ gambar?”

“ ya. Gambar. Dan selepas saya melihat gambar itu, saya sangat-sangat terkejut sebab itu adalah orang yang saya jumpa tempoh hari di mall. Surat yang saya dapat itu ada mengatakan yang di dalam gambar itu adalah awak.” Aku tersentak.

Mak aii.. ini mesti angkara mama dan papa ni. Tahu sangat.

“ jadi saya tak teragak-agak dan tertanya-tanya lagi siapakah wanita yang selalu jadi mangsa saya tu.” Aku mencebik.

“ yelah tu. Tapi kalau saya bukan yang awak sangkakan? Awak takkan kahwin dengan saya?” dugaku.

“ tak. Saya tetap akan kahwin dengan awak sebab sewaktu bersama dengan awak saja, hati saya akan berdebar-debar. Sama setiap kali kita berjumpa secara kebetulan tu.” Aku terdiam.

ternyata inilah sikap dia yang sukar untuk aku fahami.

“ tapi kalau betul awak sayangkan saya, kenapa awak boleh ‘couple’ dengan seorang perempuan yang awak kata murahan itu.” Sindirku dan perkataan murahan ditekan.

“ itu satu lagi saya tak sangka yang awak boleh dengar. Saya buat begitu sebab saya cuba ingin lupakan awak sebab kita tak mungkin bersama. Tapi ternyata saya tak mampu apatah lagi selepas pertemuan pertama kita di mall masa itu. Selepas 11 tahun tak berjumpa.”

Aku memandangnya dengan perasaan sebak. Tak sangka dia begitu tegar menyanyangiku. Aku sama sekali tak sangka.

“ dan… saya juga ingin katakan pada awak jika diberikan peluang untuk berjumpa. Saya pun sayangkan awak.” Ujarku bersama senyuman.

Dia tersenyum manis ke arahku. Dan pada itulah getaran di dada ku terasa begitu cepat.

Ya Allah terima kasih sekali ku ucapku kepada-Mu kerana pertemukan aku dengan Padel. orang yang selalu berjumpa secara kebetulan itu ternyata dia. Sama sekali aku tak sangka. Orang yang di sangka jauh ternyata berada dekat denganku.

Alhamdulilah atas kurniaan-Mu.

“ terima kasih Padel…”
Aku buka helaian demi helaian baru dalam buku baru ini dengan hati yang tenang dan berbunga. Sesungguhnya cinta tidak pernah salah alamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience