“ One, two, three. Bha! ” Teriak Zara, Iza dan Farah serentak. “ Nah, aku kau botak. Hish! Korang ni kan, terkejut aku. Lain kali, bagi salam. Jangan main sergah aje. Arhhhh! Farah. Mana kau pegi? Kau dah jumpa Farid ke? Kau tahu, ramai pompuan yang suka kat dia tapi semua dia pi reject sebab dia cintakan kau. Hehe, ” kata Azwa. “ Hahahahaha, ” gelak mereka serentak. “ Aku pergi Pulau Pinang, bapa aku ada kerja sikit kat sana. Kalau aku tak ikut, siapa nak jaga aku? Jadi, terpaksalah aku ikut. Ye, aku tahu si Farid ni rindu kat aku, padahal tu hari aku ada chat ngan dia satu malam tak tidur. Dia pun ada bagitau aku yang ramai pompuan suka kat dia tapi semua dia reject sebab dia suka aku. Kau dengan Zul amacam Azwa? Ok? Kalau tak, aku baling karang batu kat muka dia atau aku bagi dia makan batu tu. Padan muka, ” jenuh Farah bercerita sambil bertanya kepada Azwa.
“ Amboii, panjangnyolah hang citer. Aku dengan Zul ok jer lah. Lagipun, dia yang takut dengan aku. Bukan aku yang duk takut ngan dio. Hahaha, aku pun tak tahu logath apa yang aku cakap nie. Aku orang Semenanjung tapi, cakap logath lain pulok. Hahaha, ” kata Azwa. “ Hahahahahahahaha, ” gelak mereka kembali. “ Kau ni Azwa, hari-hari buat lawak. Ngamlah kau ngan Zul. Dia tu kan kadang-kadang melawak juga. Cuma lawak dia tu pelik sikit. Hahaha, jangan marah, arh, ” kata Nadh setelah tawanya reda. “ Hah, kau dengan Nash pulak cam mana, Nadh. Ok? Kalau dia ni senang aje. Bagi dia tonton citer sedih atau seram. Mesti dia nangis, Hahahaha, ” kata Farah. “ Hah, kalau dia.... ok jer. Cuma... entahlah, aku rasa macam ade benda yang die sembunyikan. Aku pun tak tahu, ” kata Nadh dengan wajah yang sayu. “ Hah! Apa yang dia sembunyikan. Aku rasa mungkin dia ade masalah keluarga kut. Atau dia bergaduh ngan kawan dia kali. Aku rasalah. Hehe, ” kata Iza.
“ Tapi, aku rasa... entahlah. Tu hari aku ada nampak dia dengan seorang.... err. Kau jangan marah arh Nadh, kalau aku bagitau pasal ni. Err, ” kata Zara. “ Tak ape, bagitau aje. Insyaallah aku tak marah. Hehe, ” kata Nadh. “ Sebenarnya aku takut nak bagitau kau. Nanti salah pulak ape yang aku cakap ni. Tapi bende ni aku kena bagitau juga dengan kau sebab aku memang nampak dengan biji mata aku sendiri. Aku nak kau janji supaya tak marah, ” kata Zara. “ Ok, aku janji. Cepatlah cakap apa yang berlaku, ” kata Nadh penuh dengan tanda tanya. “ Sebenarnya... masa hari Isnin yang lalu..,” Zara pun memberi tahu apa yang telah berlaku.
******************
Hari Isnin yang lalu...
“ Zara, fasterlah. Hish lambat sangatlah kau ni. Perut aku ni dah berbunyi macam gendang dah tau. Cepatlah, ” ujar Hanna. “ Eleh, kau ni. Boleh tak sabar sikit. Aku pun dah 100 kali bunyi perut. Sampai ayat pun tunggang terbalik. Tak apelah, kau pergilah dulu. Nanti kita jumpa. Tapi, kat mana? ” Tanya Zara. “ Ok, kita jumpa kat... err. Hah! Kat pondok? ” Ujar Hanna. “ Ok, kau pergilah dulu. Nanti aku pergi. Tak lama, siaplah ni, ” kata Zara pula. “ Ok, bye. Assalamualaikum, ” jawab Hanna lalu berlalu pergi.
‘ Huh, siap pun. Apelah nasib, dahlah tadi kena marah dengan pengawas cerewet tu. Lepas tu, kena tumpah air oleh Si Toksik( Zaril ). Lepas tu, sekarang pulak, kena marah oleh cikgu. Padahal, bukan aku yang mengambil kertas ujian tu. Hish! Sabar je lah, ’ kata Zara dalam hati. Habis sahaja buat hukuman yang diberi oleh cikgu, Zara pun mengemas barang-barangnya dan berlalu pergi meninggalkan kelas. Waktu tu, dia nak tanya Farid tentang Farah. Tetapi, semua tempat dia dah cari. Tapi tak jumpa. Jadi, dia pun pergi tengok kat seluruh kelas. Tiba-tiba, sebelum dia mahu melangkah pergi ke kelas tahun 5....
“ Sayang, kita nak pergi mana ni? Nanti sayang nak jumpa sayang kat shopping mall, boleh? Rindu pulak nak jalan-jalan dengan sayang, ” kata seorang perempuan. “ Mestilah boleh. Kan sayang girlfriend abang, ” kata seorang lelaki pulak. “ Yeay! ” Teriak perempuan itu. “ Shhh, sayang. Janganlah teriak kuat sangat. Nanti ada orang dengar pulak, ” kata lelaki itu pula.
‘ Aik, tu bukan Nash ke? Dan siapa perempuan tu? Hah! Perempuan tulah pengawas cerewet tu. Nama je pengawas, tapi gaya macam orang giler. Dahlah cerewet, lepas tu gedik semacam. Macamlah orang suka sangat kat die. Tak cukup kain pulak tu. Apa pulak lah yang die buat dengan Nash nie. Hish! Apelah yang kau cakap ni Zara. Tak baik mengumpat orang. Alah, tapi mengumpat pun perkara yang benar. Bukannya salah. Tapi, ape yang dia dengan Nash buat ni. Siap panggil sayang-sayang pulak tu. Eiii, geli aku. Kalau dorang buat benda yang tak baik, hish, memang aku hempap-hempap kepala si Nash ni dekat dinding. Eh, bukan kat dinding. Alang-alang aku hempap jer kepala die kat simen. Padan muka, ’ jenuh Zara bermonolog dalam hati.
“ Sayang, sayang nak pergi dulu arh. Nanti kita jumpa kat shopping mall. Ok? Bye, ” kata pengawas cerewet tu iaitu Karthini. Karthini? Peliknya nama. Macam nama orang jepun. Karthini ni sepupu Fathini. Hah, nama pun hampir same. Karthini ni tahun 5. Dia ni hampir sama jer gaya dengan kakak sepupu dia ni, perampas. Semua lelaki die nak. Semua orang panggil dia Nini. Tapi, kalau dorang Ara, semua panggil dia Tin ataupun Kad. Hahaha, tak ke pelik namanya.
Share this novel