“ Err.. Ara, Nadh. Korang okay ke? Dari tadi diam aje aku tengok. Why? Kalau ade benda nak citer, citer ajelah. Aku setia mendengar, ” kata Ziera. “ No, I’m okay, ” balas Nadh. Ara hanya membisu. Teringat kisah lama. “ Err.. korang tak nak join kitorang main? Kalau nak, jom arh, ” ajak Hanna. Nadh hanya menggeleng manakala Ara masih membisu. ‘ Kenapa diorang ni? Biasanya senyum aje. Lepas tu, biasanya si Nadh ni buat lawak. Sekarang? ’ bisik Ziera kepada Farah. ‘ Nanti aku bagitahu kau. Ada berita buruk yang berlaku tadi, ” balas Farah. ‘ Okay, ’ jawab Ziera pula.
Sedang mereka sibuk bermain congkak, tiba-tiba... “ Assalamualaikum, ” muncullah geng pelajar lelaki memberi salam. Mereka semua hanya menjeling terhadap geng pelajar-pelajar lelaki yang kini berada di hadapan mereka. “ Err... Korang ni okay ke? Kenapa? Kitorang ada buat salah ke? Monyok jer muka tu, ” kata Afiq. “ Well, maybe one of your group, Afiq. He did hurt my friend’ s heart. And, sorry kalau speaking aku salah. But, if I speak English mungkin korang semua faham because dah cakap Malay pun tak faham, ” kata Farah. “ Ehh, Farah. Bila awak... ” Tak sempat Farid menghabiskan ayatnya Farah sudah memotong. “ Shut up your mouth! ” Teriak Farah. “ Sabar, Farah, sabar, ” kata Ziera. “ Okay, kitorang minta maaf kalau kitorang ade buat salah. Tapi, kitorang sendiri tak tahu apa salah kitorang. Please, bagi kitorang clue atau just bagitahu aje perkara sebenar, ” kata Azril pula.
“ Okay, I give you the clue. One of your group... wait. Nadh, kau nak aku bagitahu sekarang ke atau nak bagitahu perkara sebenar terus? Ara? ” tanya Zara. Air mata yang dipendam tidak mampu bertahan lagi. Nadh telah mengalirkan air matanya. Hatinya bagaikan ingin teriak. Sudah kali kedua dia disakiti oleh Nash. “ Just... bagitahu jer perkara sebenar, ” jawab Nadh gagap. “ Are you sure? ” tanya Zara. Nadh hanya mengangguk. Ara masih membisu. Dia tidak sanggup untuk berkata apa-apa lagi. “ Okay, ” ujar Zara. Zara pun memberitahu perkara sebenar.
“ Huh, okay aku citer perkara yang sebenar. Tapi, dengan satu syarat. Korang tak boleh bergaduh lepas apa yang aku citer ni, ” kata Zara. “ Okay, kitorang janji, ” kata Zul pula. “ Hari Isnin yang lalu, aku nampak Nash.. dengan si Karthini. Aku pun curi-curi dengarlah apa yang dorang cakap. Do.. rrraanng. Huh! Nash dengan si Kadtin tu guna panggilan sayang dengan abang masa bercakap. And.. sebelum si pengawas kurang ajar tu pergi... dd... ii.. aa dengan Nashh.. ” Zara tidak mampu lagi meneruskan ayatnya. “ Dia dengan Nash kenapa? ” tanya Zaril. “ Berrr.. cium, ” kata Zara gugup. “ Hah! Sampai hati kau buat Nadh macam tu kan, Nash! Aku tak sangka yang aku dah salah pilih kawan, ” kata Zul. “ Okay, stop it! Kan korang dah janji tadi, ” teriak Ziera, tegas.
Lalu mereka semua pun diam. Tiba-tiba saja Ara dan Nadh pergi. Dengan tangisan yang semakin kuat. Afiq dan Nash cuba mengejar namun dihalang oleh kawan-kawannya. “ Nadh!!! Awak dah salah sangka! ” teriak Nash sepenuh hatinya. Langkah Nadhirah dan Ara terhenti. Nadh memandang wajah Ara. Ara yang memahami maksudnya hanya mengangguk. Mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Ara dan Nadh pun berhenti di tempat tadi. Kawan-kawan mereka yang menyedari kehadiran mereka terkejut. Nadh menyeka air matanya. Ara masih diam membisu. Tiba-tiba ada orang memeluk Nadh. Nadh pun memandang belakang untuk melihat siapakah orang yang memeluknya. Tekaannya betul, Nash yang sedang memeluknya. Cepat-cepat dia melarikan dirinya dari pelukan Nash lalu menolak Nash. “ Don’ t touch me! ” kata Nadh. “ Awak dah salah faham, Nadh. Tolonglah percaya saya, ” kata Nash. “ Ye ke? Habis siapa yang Zara nampak tu hari? Hah! ” tanya Nadh. “ Dd.. iiiaa kem... bar saya, ” kata Nash gugup. “ No, kau tipu aku kan, ” kata Nadh. “ Bukti? ” sambungnya semula. “ Okay, awak nak bukti kan? Kejap, ” kata Nash sambil mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya. “ Hello, Naz, ” kata Nash di telefon. “ Kau datang dekat taman, ” sambungnya semula. “ Ye, sekarang jugak, ” katanya. Dia pun memasukkan semula telefonnya ke dalam poket.
Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki yang seiras rupanya dengan Nash datang. Semua orang yang berada di situ terkejut. “ Ada apa kau suruh aku pi sini? Oh, ini ker kawan-kawan kau. Cantik-cantik semua kan kawan perempuan kau, ” kata Nazrul iaitu kembar Nashrul. Nash mula menggenggam tangannya dan tiba-tiba... Puk! “ Arh! Sakitlah bodoh, ” kata Nazrul. “ Ada aku kesah. Eh, kalau kau nak tahu. Sakit lagi hati aku daripada hati engkau, ” kata Nash. Kawan-kawan Nash pun menghalangnya untuk berbuat lebih ganas lagi. “ Kenapa kau ni? Hah! Giler ke, ” kata Nazrul. “ Eh, kalau kau nak tahu. Bukan aku yang giler tapi engkaulah, bodoh. Apa kau buat dengan perempuan tak cukup kain tu? Hah! ” kata Nash. “ Hah! Siapa pompuan tak cukup kain tu? ” tanya Nazrul. “ Karthinilah bodoh, ” jawab Nash.
“ Oh, yang fasal kitorang bercumbu tu ke. Dari mana kau tahu ni? Mesti daripada kawan perempuan kau ni kan. Kenapa? Nak buat macam tu jugak ker? Boleh aje... ” Belum sempat Nazrul menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba ...... PUK! “ Aduh, ” Nazrul mengerang kesakitan. Pipinya ditampar oleh Nadhirah. “ Eh, kalau kau nak cakap tu fikir dululah. HAMPIR semua lelaki ni bodoh dan tak ade maruah kau tahu. Aku nak bagitahu kau satu benda aje. Aku nak kau tahu memang mudah nak perdayakan perempuan. Tapi, perempuan macam aku dan kawan-kawan aku tu ade maruah. Bukan macam perempuan yang kau bawa ke hulur ke hilir tu. Dan aku rasa lelaki macam kau ni layak dipanggil BODOH, GILA dan TAK GUNA. Kalau kau nak tampar aku balik, tampar aje lah tapi fikir balik apa yang aku kata tadi, ” kata Nadhirah.
“ Aku rasa kau ni salah cakap lah. Sepatutnya kau yang patut dipanggil TAK GUNA. Tak guna hidup, tak guna dilahirkan. Dan semua ni salah mak dengan bapak kau tu...” Puk! Sekali lagi Nazrul ditampar sebelum dia menghabiskan ayatnya. “ Aduh! Tadi perut, lepas tu pipi sebelah kiri, sekarang pulak pipi sebelah kanan. Pipi kanan ni lah paling sakit, ” kata Nazrul.
“ Auzubillahiminashaitanirrajim, Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulilahi rabbil alamin,
Ar-rahmanir rahiim,
Maliki yau middin,
Iyakana’ budu wa’ iyyakanasta’ ini,
Ihdinash shiraa-thal mustaqiim,
Shiraa-thal laziina an-'amta' alayhim ghai-ril magh dhuubi 'alayhim waladh dhaalliin.
Maksudnya: ( Lagu )
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Maha pemurah lagi maha penyayang,
Yang menguasai hari pembalasan,
Hanya kepada-Mu ya Allah, kami menyembah-Mu ya Allah, hanya kepada-mu kami mohon pertolongan,
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang... sesat, ” kata Ara sambil tersenyum. Nazrul yang mendengar nama Allah yang disebut tadi tiba-tiba tersenyum. “ Terima kasih, ” itu saja yang mampu diperkatakannya. Dia cuba menahan air matanya daripada menitis. Ara yang nampak muka Nazrul yang pucat itu tersenyum semula. Betapa indahnya nama Allah dan ayat-ayat suci al-quran. Dia tahu mesti ada sebab Nazrul menjadi seperti ini. “ Kalau kau nak menangis, menangis aje. Tidak semestinya lelaki yang kuat dan macho tak menangis, ” kata Ara. Tiba-tiba, dia dipeluk oleh Nazrul. Ara cuba meleraikan pelukan itu tetapi apabila dia terdengar esakan tangisan Nazrul, dia pun cuba untuk bercakap. “ Ehemmm, ehem, ” Afiq yang melihat adegan itu berdehem kerana sebenarnya dia ‘ C. E. M. B. U. R. U...’
“ Nazrul? Err... bukan mahram, ” kata Ara. Nazrul cepat-cepat meleraikan pelukan itu. “ Sorry, aku terlampau sedih pulak... ” belum sempat Nazrul menghabiskan ayatnya, tiba-tiba ayatnya dipotong oleh Ara. “ Tak ape, aku faham perasaan kau, ” kata Ara. Semua kawan-kawan Ara yang ada di situ berasa sungguh terharu. Mereka berasa amat bangga kerana mempunyai seorang kawan yang lemah lembut, penyabar, baik hati dan kawan yang boleh membimbing mereka jika mereka termasuk lorong yang bengkok.
Share this novel