"Psst, psst" Que memastikan line clear sebelum dia cuba memanggil Ayu. Ayu merupakan budak kelasnya yang dilabel budak dekan merangkap roommate nya.
"Soalan ni macam mana dowh, aku tak reti lah.." Que berbisik sambil menggaru kepalanya yang tertutup dengan tudung saudia berwarna peach lembut. Dia buntu hendak menjawab soalan calculus yang berada di depannya sekarang.
'Untung bukan exam betul, mampus aku kalau macam ni.' Que menyesal kerana tidak mengambil serius subjek calculus. Biasalah budak hebat addmath. Ingatkan calculus ni kacang macam addmath, sekali belajar tercengang beb! macam tak pernah belajar math selama ni.
Ayu mengalihkan tangannya ke tepi agar Que dapat melihat jalan kerja yang di buat. Dia pun tidak berapa pasti dengan jawapannya. Tapi disuakan juga pada Que. Yelah, orang dah minta tolong kan.. Mestilah tolong apa yang mampu. Ayu sebenarnya bengang juga dengan Que ni. Manakan tidak, Prof Latif sudah lama memberi tahu bahawa pada hari ini akan diadakan ujian Calculus untuk dimasukkan dalam coursework. Tapi itulah, Que ni degil. Dia ingat hidup dekat Universiti ni sama dengan matrik. Boleh lengai, ha bila dah bawak perangai matrik datang Universiti ni jadi macam ni lah.
Que memberikan flying kiss setelah selesai meniru jalan kerja Ayu. Dia tahu apa yang dilakukan itu salah. Tetapi dia lebih risaukan markah coursework yang bakal didapati jika keputusan ujiannya ke laut. Coursework Calculus 40 percent woi! Terkucil kau kalau dapat rendah. Ayu hanya melakarkan senyuman sambil menggelengkan kepalanya. Nasiblah Que ni 'beach' dia.
------------------------------------------
"Weh, terima kasih dowh. Kau memang awek aku dunia akhirat." Que memeluk Ayu seketat ketatnya. Kalau boleh taknak dilepaskan awek seorang ni.
"Agak-agaklah nak lepaskan rindu pun. Tempat terbuka macam ni kau peluk aku. Tengok tu jatuh dah saham aku. Lelaki semua taknak kat aku dah lepas ni. Semua ingat aku ni gay. Haih.." Ayu menggeleng kepalanya sambil tertawa. Boleh si Que ni memeluknya lagak pasangan kekasih yang sudah lama tidak bertemu. Tempat yang dipilih ni pun bukan calang2 tempat. Cafe beb! Mana tak malu. Nasib dia dah biasa dengan Que. Mahu kepala tu kena siku.
"Jangan macam ni baby, usah dilayan mata-mata yang jahat tu. Cinta tetap ingin peluk baby macam ni." Memang sah mereng otak Que ni.
"Jangan kata sebab calculus kau tak betul macam ni." Que akhirnya merenggangkan pelukannya. Fuh, finally dapat Ayu bernafas.
"Hahaha. Takdenya sebab calculus aku jadi macam ni. Aku dah lama macam ni lah. Kau je tak perasan.." Que melurutkan begnya dan diletakkan di atas meja. Dia mencari beg duitnya.
"Eh, mana Ika? Tadi bukan gerak sekali ke?" Ayu pelik. Rasanya tadi gerak sekali, tapi hilang kemana pulak. Que memerhati sekeliling. Kemana pulak awek dia yang seorang ni menghilang.
Iphone 6 miliknya bergetar. Menandakan ada panggilan masuk.
"Que, aku ada nak jumpa Prof Latif jap. Korang makan dulu." Kata Ika.
"Ha okey, apa apa nanti roger. Aku dengan Ayu nak gerak makan dulu." Que memandang Ayu sambil mengenyitkan matanya.
"Makan je, nanti tak payah tunggu aku. Aku mungkin lambat."
"Okey. Roger boss!" Que mematikan panggilan. Que mengangkat kepalanya membuat isyarat untuk makan.
Terus dia bangun sambil mengusap perutnya menandakan dia dah lapar gila. Ayu menggagau beg duitnya dan ikut serta bangun setelah beg duit yang dicarinya ada ditangan.
"Jom makan, baby dalam perut meragam teruk ni" Que berbaris sambil memegang perutnya. Sah dia ni lapar habis. Teruk sangat penangan paper calculus tadi. Ayu hanya melakarkan segaris senyuman. 'Que, Que..'.
Share this novel