4.

Short Story Series 207

"Huarghh" Que menggeliat. Jam di meja tepi katil dipandang sekilas. Sembilan pagi! Nasib hari ini dia cuti. Iphone 6 di bawah bantal di ambil. Dia terkejut. Mana Iphone? Biasanya sebelum tidur dia meletakkan Iphonenya di bawah bantal. Di campak bantal ke tepi. Takde. Shit, mana pulak Iphone dia terbang. Cuba dicari di lantai. Mana tahu terjatuh. Takde jugak.

Que serabut. Mana pulak dia letak. Dia kelam kabut keluar dari bilik dan mencari di ruang tamu. Nasib jumpa! Dia mengambil telefonnya yang berada di atas sofa. Lupa pulak dia bahawa semalam dia menonton tv sampai lewat malam. Mungkin tertinggal apabila dia masuk kebilik untuk tidur.

Whatsapp daripada Ika masuk. 'Aku pergi office harini, bos cari aku.' Dia membuka aplikasi whatsapp. 'Okey baby.' Que membalas.

Dia meletakkan telefonnya di meja. Kemudiannya berlalu pergi ke bilik dan mengambil tuala untuk mandi.

------------------------------------------

Que pergi ke dapur. Dia membuka peti sejuk. Kemudian beralih ke kabinet di atas sinki. Mukanya berkerut. "Seriouslah tak ada makanan langsung?" Perutnya sudah mendendangkan irama lagu. Dia masih tidak mahu berputus asa. Dia mencari lagi. Dia terjumpa sesuatu. Okay ada nestum. Boleh lah ni daripada tak ada makanan.

Que bersiap untuk keluar setelah dia selesai mengemas rumahnya. Dia ingin singgah di Tesco membeli stok makanan. Kalau ibunya datang ke apartmennya sudah pasti dibebel kerana tidak ada satu pun makanan.

-------------------------------------------

Ika merasa bosan. Dia sudah menyiapkan pekerjaannya. Dia ditahan apabila dia ingin pulang ke rumah. Dia bengang dengan sikap bosnya yang selamba badak menyuruhnya datang kerja pada hari cuti. Dah lah kedekut nak bagi cuti. Nasib betul2 emergency, kalau tidak lama dah bosnya dicaci maki. Tapi dalam hati je. Gila nak maki bos sendiri, mahu tak kena buang kerja nanti. Dia masih lagi sayangkan kerjayanya.

"Ika jom lunch. Saya tahu awak belum makan lagi. Saya belanja." Irfan selaku bos Ika mengajaknya keluar makan.

"Opocot mak kau tergolek!" Ika melatah. Pen ditangannya tercampak. Siot punya bos boleh dia main sergah macam tu je. Nasib dia tiada masalah jantung. Ika cuba meredakan dadanya yang berombak laju. Sabar Ika, sabar.

"Sorry bos, bukan saya taknak, tapi saya ada date dengan boyfriend saya. Ni lagi 10 minit dia sampai." Ika cuba mengawal nada suaranya. Dia memberikan senyuman plastik pada bosnya.

"What a waste. Tak apalah Ika, lain kali lah ye." Irfan berlalu pergi. Dia tahu Ika hanya membuat alasan untuk tidak keluar lunch dengan dirinya.

Dia kecewa. Tapi apa boleh buat. Orang di sana sudah berpunya. Lagipun dia sebagai bos disitu harus menjaga air mukanya.Takkan bila orang tak sudi dia ingin memaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience