3.

Short Story Series 207

"Que..Que, weh kau okey tak ni?" Ika menggawangkan kedua tangannya di hadapan Que. 'Dah kenapa dengan Que ni. Senyum sorang-sorang. Betul putus fius lah minah ni.' Ika hilang sabar. Dia menggoncang kuat tubuh Que yang berada di hadapannya.

"Woi Que! Wake up!" Que tersedar dari lamunannya. "I'm sorry babe..what did u said?" Que membetulkan duduknya. Macam mana lah dia boleh teringat kisah-kisah otai masa di universiti. Dia mencapai cappucino yang sudah semakin sejuk. 'Hmm, sedap..'

"Haish kau ni, boleh buat aku macam tunggul. Punyalah semangat aku bercerita dekat depan kau ni.." Ika menjuihkan bibirnya. Tanda dia berjauh hati dengan Que.

"Sorry lah babe, aku teringat kisah otai kita dulu..bila ingat balik sumpah kelakar dowh. Punya berani kita buat perangai. Nasib kita jadi insan berguna sekarang ni.." Que menerangkan dengan panjang lebar. Ika agak sukar dipujuk kalau merajuk. Harus memberi penjelasan panjang lebar yang boleh memuaskan hatinya.

"Biasalah zaman otai. Sekarang dah tak boleh nak buat macam dulu. Kita dah kerja dah. Kerja pun tak boleh buat main-main." Betul lah apa orang kata, semakin kita membesar semakin ramai yang meninggalkan kita. Cuma memori yang akan kekal bersama.

"Babe, bila nak cuti bersama ni. Rindu gila kot. Ni nasib kita berdua free, boleh lepak macam ni. Kau tengok tu si Ayu. Busy memanjang. Nak jumpa kita pun tak sempat." Que menopang dagunya. Berharap dapat membuat mini reunion. Tapi agak payah sebab mereka bertiga sibuk dengan kerja masing-masing.

Que dan Ika bekerja di tempat yang sama. Cuma yang membezakan adalah jabatan mereka. Mereka menyewa rumah bersama. Senang sikit kalau nak pergi kerja. Si Ayu pulak jauh di selatan. Tetapi bagusnya Ayu kerana dia membuka perusahaan sendiri di johor. Biarlah orang mengata bahawa sijil yang dipegang tidak setaraf dengan kerja yang dilakukan. Baginya itu sudah memuaskan dirinya kerana dia yang sudah lama ingin membuka bakery sendiri. Dia juga sudah berkeluarga. Jadi wajar dia mengikuti suaminya yang bekerja di johor. Best apa duduk di johor. Ayu suka akan semangat kenegerian penduduk Johor.

Walaupun dia jauh dengan dua ekor bitchesnya tapi mereka tidak pernah terputus hubungan. Yelah, sahabat yang baik jangan pernah dilepaskan gitu.

"Eh tapi kan kalau ingat balik apa yang kau buat masa kita Intake Junior dulu, rasa cam bodoh je. Tapi nasib aku ada member macam kau, kalau tak sampai sudah aku meroyan tak dapat si Raiqal tu..hahaha" Ika terhibur mengingat apa yang terjadi. Qie cuba mengingat kembali.

----------------------------------------

"Weh aku jumpa dah anak ikan sekor." Bisik Ika. Que yang sedang ralit melihat junior-junior yang sedang mengisi nama dan nombor telefon untuk menyertai PALAPES Udara mengalihkan pandangannya pada Ika.

"Kau ni menyempat eh, hahaha..ha mana satu, tunjuk kat aku cepat."

"Tu ha, pakai t-shirt biru rambut macam Tom Cruise. Hensem siot. Dah lah tinggi. Putih pulak tu. Cair habis aku tengok dia. Dengan muka jambu dia huh, tergugat iman aku.." Sengihan di wajah Ika semakin melebar. Pipinya blushing sebab teruja jumpa anak ikan sekor.

"Not bad. Ha ape lagi kau pergi lah minta nombor. Karang melepas baru tahu." Ika menggelengkan kepalanya. "Malu siot, taknak ah karang dah berpunya buat malu je aku terhegeh kat situ."

"Meh aku tolong kau." Que mengambil brochure di meja yang berada di hadapannya lalu menuju ke arah sekumpulan lelaki. Tidak ketinggalan juga si Ika. Dia menarik Ika untuk menemaninya.

"Hai, boleh pinjam masa sekejap tak, nak explain sikit pasal PALAPES ni." Que memulakan perbualan. Semua yang berada di situ memandang dia dan Ika pelik. "Oh boleh" kata budak disebelah anak ikan Ika.

Que mengagihkan brochure di tangannya. Ika hanya tersenyum sumbing di sebelahnya. Cover habis. Hahaha..setelah bertungkus lumus menarik geng2 ni untuk join PALAPES, Que dan Ika mengundurkan diri.

"Emm, boleh tahu nama tak?" Terdengar suara seseorang memanggil. Que dan Ika menoleh serentak. Oh budak sebelah anak ikan yang bertanya. "Oh lupa pulak, by the way aku Qaisara boleh panggil Que dan minah terlebih gula dekat sebelah aku ni Asyika and boleh panggil dia ika. Nanti kalau berminat nak sertai PALAPES boleh lah pergi ke booth kat hujung sana. Jangan tersalah servis pulak. Jangan lupa, kami berbaju biru." Que mengenyitkan matanya lalu berlalu pergi. Ika yang seperti tiang lampu itu ditariknya.

-------------------------------------------

Kerja mereka menarik perhatian junior untuk menyertai PALAPES selesai. Kucai selaku pengarah mengajak skuad2 nya yang lain untuk menutup booth dan mengemas segala peralatan. Sedang Ika sibuk mengemas senarai nama yang ditinggalkan junior2 dia terdengar sayup suara seseorang memanggilnya.

-------------------------------------------

Raiqal tampak berminat dengan PALAPES. Lumayan kerana banyak kelebihan. Lagipun dia merupakan bekas pelajar di MTD. Baginya PALAPES boleh menjadi platform untuk dia meneruskan apa yang telah dia lakukan di MTD.

"Qal, jom join PALAPES Udara ni. Macam menarik. Lagi2 ada awek cun macam tadi syok jugak." Pidot dari tadi menelaah brochure yang dipegang. Dapat elaun. Okeylah tu.

--------------------------------------------

"Well, kitorang nak join. So apa kitorang kena buat" Raiqal memberikan segaris senyuman.

Ika terpaku sebentar. "Oh, tinggalkan nama dan nombor telefon. Nanti apa2 saya call." Ika tersipu malu. Segan betul dia dengan crush seorang ni. Hensem sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience