1.

Short Story Series 207

Que terbangun akibat lagu counting star nyanyian one republic nyaring berbunyi menandakan sekarang dah pukul 6 pagi. Shit! dah lambat.

Ika yang disebelahnya masih lena diulit mimpi. Dia seakan tidak sedar bahawa dia sudah lambat untuk berbaris pada pagi itu.

"Ika! Ika! Bangun, kita dah lambat ni. Dah pukul 6 dah!" Que menggoncang tubuh Ika dengan kuat dan terus berlari ke tandas. Dia dah terlambat. Terlambat untuk berbaris pagi itu di dataran.

"Ha! Lambat. Allah..." Ika pun kelam kabut mencapai tualanya. Dia juga terus berlari ke bilik air. Nasib dah gosok tudung kata hati Ika. Dia jenis yang berpegang pada prinsip sediakan payung sebelum hujan kerana dia tahu kejadian bangun lambat ini akan berlaku. Manakan tidak, semalam sahaja dia tidur lambat.

Dia dan Que menyiapkan assignment yang diberikan lecturer. Ya, dia dan Que berada di dalam course yang sama dan menyertai servis PALAPES yang sama. Dan mereka juga sering dilabel sebagai kembar kerana kemana mana mesti berdua.

Que hairan kenapa dia dilabel kembar Ika padahal fizikal mereka sangat berbeza. Ika berkulit putih kemerahan. Bertinggi sederhana. Kurus. Mata yang bulat dan mempunyai senyuman yang memikat hati lelaki yang memandangnya. Boleh tahan ramai yang minat pada Ika kerana dia lemah lembut dan manja.

Manakala Que berkulit sawo matang. Tinggi umpama pemain bola jaring. Orang melihatnya seperti model kerana tinggi kurus dan boleh tahanlah cantik. Bermata sepet macam jepun tapi takde lah jepun mana. Peramah. Tapi itulah, sering dilabel sombong oleh mereka yang tidak mengenalinya.

"Woi cepatlah!" Que dan Ika kelam kabut turun dari motor. Dah lambat kan, nak buat macam mana, memang tergopoh habis. Mereka berlari sepantas yang boleh sebab kesian dengan skuad mereka yang sedang dikenakan hukuman.

"Junior! Hutang junior!" Skuad Intermediate yang berbaris disebelah kanan junior juga turut terkena tempias. Intermediate diberi tugas oleh pegawai atasan untuk menjaga junior. Jadi jika junior membuat masalah mereka juga turut akan dikenakan hukuman.

Que dan Ika baris berhadapan. Que mengambil baris.

"Skuad, skuad sedia!" Que memusingkan badan serta kaki kirinya kekiri lalu menghentak kaki kanannya. Dia berlari anak ke arah Kucai yang mengambil baris pagi itu. Dia harus melapor untuk masuk baris. Kucai yang faham dengan situasi bingkas bangun berdiri dalam keadaan sedia.

"Junior..apa kau buat ni junior. Baru masuk dah buat hal junior...hutang junior, hutang.." Kero selaku PK SJN berkata dan memberi pandangan yang sinis. Walaupun nada yang digunakan Kero mendatar tapi bagi junior itu perkara yang menakutkan. Kero harus tegas kerana dia merupakan pegawai kadet yang memegang rank tertinggi bagi skuad junior dan intermediate. Akan hilang kehormatan pada dirinya jika dia tidak tegas.

--------------------------------------------

Nota:

PALAPES : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Terdiri daripada tiga perkhidmatan. Darat, Laut, Udara.

Intermediate : merupakan panggilan untuk pelajar yang sudah berada di tahun kedua dalam perkhidmatan PALAPES

PK SJN : Pegawai Kadet Sarjan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience