Rate

BAB 4

Fantasy Completed 299

Malam selepas Kak Khairunnisa tinggalkan Habibah untuk pulang ke Kuala Lumpur, Habibah banyak berfikir. Anak gadis di kampungnya itu paling tinggi pun belajar smpai Tingkatan 5. Bila habis belajar terus disuruh kahwin. Dia teringat Maimunah, kakak Kalsom kena kahwin dengan Pak Ujang yang sama baya dengan Abas, ayahnya. Sebabnya Pak Ujang punya tanah paling banyak dalam kampung, jadi ayah Kalsom kata nanti boleh hidup senang. Habibah tidak tahu Maimunah itu rela atau tidak. Sebab Habibah tahu, Maimunah ada orang lain yang dia suka. Kalsom sendiri yang membocor cerita padanya.

Tapi Habibah tahu, Pak Ngahnya, adik emaknya itu bukan kolot sangat. Malah ada saudara jauh belah Mak Ngahnya sudah sampai ke universiti. Habibah pernah berjumpa dengannya masa kenduri kahwin sepupunya.Habibah yakin dia boleh masuk universiti macam Kak Khairunnisa .

Malam itu, Habibah terlena dalam mimpi indah. Dalam mimpi itu, dia lihat emaknya, Limah tersenyum bangga lihat Habibah berdiri sebelah Kak Khairunnisa . Lepas itu dia dan Kak Khairunnisa masuk ke dewan kuliah sama-sama belajar dengan pensyarah.

Habibah senyum dalam hati. Hingga ke pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience