Rate

BAB 3

Fantasy Completed 299

Kawan-kawannya yang lain pun jarang benar keluar dari kampung itu. Lepas sekolah, kerja di ladang atau paling jauh pun di kilang sawit di kampung sebelah.Kalau mahu makan sayur, boleh petik dari kebun belakang rumah. Kalau mahu makan ikan boleh menjala di sungai. Kalau mahu makan buah, kait pohon rambutan dan jambu depan rumah. Bukan susah sangat. Kalau mahu beli kereta atau motor, boleh jual tanah pada tauke Lee, dia boleh usahakan. Kahwin pun sama-sama mereka juga. Sepupunya Lily berkahwin dengan anak Wan Kiah. Dengar cerita Suhaidi mahu meminang Kalsom, teman baiknya tahun depan bila tamat sekolah. Soleh pun sudah mula jadi baik alim-alim kucing depannya. Kata Suhaidi, Soleh si pelesit tu sudah jatuh hati sama dia. Habibah buat tidak layan. Dulu kata emaknya gila. Sekarang ada hati ingin jadi menantu!

Suatu hari, ada sekumpulan pelajar universiti dari Kuala Lumpur datang ke sekolah Habibah buat program motivasi. Mereka bercerita tentang kehidupan di universiti dan Kuala Lumpur. Dalam banyak-banyak pelajar universiti itu, Habibah ada suka seorang. Kak Khairunnisa namanya. Kak Khairunnisa orang kampung macam Habibah juga.Orang Felda juga dari Johor. Habibah jadi ghairah mahu tahu tentang Kak Khairunnisa . Dia jadi kagum akan kak Khairunnisa yang boleh masuk universiti malah ambil bidang guaman. Setahu Habibah , tidak ada lagi anak kampungnya itu pergi ke universiti macam kak Khairunnisa . Dalam diam, Habibah mahu jadi macam Kak Khairunnisa , mahu jadi peguam syariah yang bela nasib wanita macam emaknya yang ditinggal suami. Dia pernah baca novel Nisah Haron di perpustakaan sekolah tentang kerjaya peguam. Tapi dia tidak tahu sangat. Jadi dia banyak bertanya pada Kak Khairunnisa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience