Rate

BAB 2

Fantasy Completed 299

Tapi lama-lama perangai Abas yang macam malaikat itu bertukar jadi pelesit. Syaitan mana merasuk Abas hingga jadi gila judi dan todi. Abas selalu balik lewat malam mabuk-mabuk. Bila mabuk, dia sepak terajang bininya di rumah. Limah pula mengandung anak kedua setelah sekian lama.

Akibat selalu kena dera, Limah keguguran anaknya. Sejak itu, Limah jadi gila meroyan. Abas pula hilang entah ke mana. Habibah waktu itu baru dua belas tahun. Dia yang menjaga emaknya setiap hari. Mujur ada Wan Kiah jirannya dan Mak Ngah Salmah menengok-nengok emaknya bila Habibah ke sekolah. Seluruh kampung tahu emaknya gila. Tapi Limah tetap emak Habibah dan Habibah kasih benar akan emaknya itu.

Sebab itu bila orang ejeknya dengan Habibah anak Limah gila dia tidak kisah sangat. Dia jadi lali.

Biarlah orang mahu mengata emaknya itu. Habibah tahu emaknya itu senang masuk syurga. Dia teringat pesan Ustazah Mahfuza bila dia datang mengadu tentang Soleh yang suka mengejeknya. Ustazah Mahfuza kata, orang macam emaknya bukan mukallaf, tidak ada tanggungjawab macam orang lain.

Habibah tenang bila Ustazah Mahfuza memberinya kata-kata semangat. Ustazah Mahfuza mengajarnya sejak tingkatan 1. Sekarang Habibah sudah masuk tingkatan 4. Dia bersyukur sebab ada cikgu macam Ustazah Mahfuza yang mengambil berat mengenai dirinya dan emaknya.

Kampung Habibah itu terletak jauh benar di pedalaman. Kampungnya kecil saja. Bekalan eletrik atau orang kampung panggil ‘karen’ hanya ada waktu senja hingga subuh.Tiap kali waktu senja, generator di hujung kampung akan berbunyi macam rantai motor kapcai yang Soleh bawa keliling kampung hari-hari. Orang kampung tanam getah dengan kelapa sawit bawah rancangan Felda. Habibah masih ada beberapa ekar tanah kelapa sawit yang tidak sempat dijual Abas ketika kalah judi. Pak Ngahnya yang mengurus kini lepas ayahnya Abas menghilangkan diri. Dengan duit itulah Habibah dan Limah makan dan hidup sehari-hari.

Habibah tidak pernah keluar dari kampung itu sejak lahir. Paling jauh pun ke kampung sebelah. Bukan dia ada siapa-siapa jika ke tempat lain. Adik-beradik emaknya yang lima orang semuanya duduk di kampung itu. Mujurlah adik-beradik emaknya tidak pernah bergaduh berebutkan tanah atau harta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience