Rate

BAB 1

Fantasy Completed 299

Habibah ketap bibir kuat-kuat. Gigi dikancing rapat-rapat. Nafasnya berdengus menahan marah. Geram bukan kepalang. Matanya memandang kumpulan pelajar lelaki di hujung kelas. Soleh , Akmal, Azim, dan Suhaidi. Dalam ramai-ramai itu ada seorang ketuanya

Soleh . Nama baik bukan kepalang, tapi perangai macam jembalang! Dengusnya dalam hati.

“Habibah anak Limah, gila tak tentu arah“

Berulang kali mereka mengejek Habibah . Ikutkan hati mahu sahaja dia tampar budak-budak yang mengejeknya. Bukan dia takut sangat dengan budak-budak lelaki itu. Tapi emaknya dulu selalu berpesan, kalau orang berbuat jahat, jangan dibalas jahat. Tuhan marah. Emaknya tidak pernah lali mengingatkan. Itu emaknya, Limah.

Dulu Limah tidak gila. Limah wanita penuh taat, penuh budi. Tapi Abas, ayah Habibah memang tidak pernah kenang budi. Kalau tidak kerana Limah, Abas sudah merempat mati tepi jalan. Mujur keluarga Limah ambil Abas jadi anak angkat, kemudian jadi menantu. Sebab Limah anak kesayangan, tanah sawit berekar jadi milik Abas juga.

Semua gadis jadi iri pada Limah sebab bersuamikan Abas. Abas memang kacak. Alis kening lebat. Mata tajam memikat. Limah beranak Habibah lepas setahun mereka berkahwin. Abas jadi orang paling gembira. Sawit dan getah menjadi sungguh lepas Habibah lahir. Mereka sekeluarga hidup aman damai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience