BAB 3-MULUT PUAKA

Romance Completed 102315

Di pagi hari di kampung Haris, terlihat Haris sedang bersiar-siar keliling kampung. Begitu Indah suasana di kampung tenang tidak seperti di bandar yang sangat sibuk di tambah lagi dengan bunyi hon yang mengganggu penguna jalan raya yang lain. Semasa dia bersiar-siar dia ternampak seorang budak lelaki sedang memancing ikan di sungai. Lalu dia menghampiri budak tersebut.

“Assalamualaikum, adik buat apa tu?” tanya Haris.

“Waalaikumsalam. Saya tengok wayang je ni, nak join?. Tanya lagi. Tak nampak ke? saya tengah buat apa?. Ada tengok saya makan ke?.” lalu menoleh kearah lelaki yang menegurnya. “ Eh, Pakcik!”

“Kau?.”

“Ye saya. Tak sangka pulak kita jumpa lagi. Saya rasa, saya ni jodoh pakciklah.” Gurau Hana.

“Jauh-jauhkanlah jodoh aku dengan kau.”

“Ingat pakcik, orang tua-tua cakap jangan benci sangat dekat orang tu nanti jatuh cinta. Kalau pakcik jatuh cinta dekat saya nanti, saya tak layan tau.” Balas Hana.

“Dunia ni luas, aku takkan jatuh cinta dekat kaulah. Banyak lagi perempuan yang layak jadi isteri aku. Lagipun kau dah macam adik aku takkanlah isteri aku budak lagi. " Ujar Haris.

“Kan tu sebab saya panggil pakcik dengan panggilan pakcik. Sesuai.” Dengan senyuman di bibirnya.

‘Senyuman tu, manisnya.’ Dengan tiba-tiba jantungnya berdegup sangat laju. 'Kenapa aku berdebar-debar ni. Ke aku dah jatuh hati dekat dia.' Dengan tangannya memegang jantungnya.

“Dah kenapa pegang-pegang jantung tu. Sakit jantung ke?. Klinik dekat sini jauh tau. Lagipun saya tak larat nak angkat pakcik pergi klinik. Tengok badan pakcik besar.” Menatap Haris yang terlihat terpaku.

‘Haris jangan tatap mata dia, itu perangkap.’ Gumannya dalam hati.

"Kampung ni sangatlah kecil, sampaikan aku terjumpa lagi dengan budak tomboy macam kau ni. Kau tu perempuan bukan lelaki. Buatlah cara perempuan.”

“Yeke?. Kampung ni sangatlah kecilkan, sampaikan saya terjumpa lagi dengan pakcik mulut puaka ni. Kalau takde benda baik nak cakap. Pakcik boleh pergi jauh-jauh kampung ni luas. Lagipun saya tak perlukan komen pakcik tentang diri saya. Saya sedar diri saya sendiri. Ingatlah dia tu baik sangat. Dua kali lima sepuluh.” Fokus semula pada aktiviti memancingnya.

‘Haris! kenapa mulut kau macam tu, bukan kau nak sangat ke jumpa dia. ’

“Kenapa masih tercegat dekat situ pergilah. Ke lupa jalan pulang?. Kalau lupa, pakai GPS.”

“Emm maafkan aku. Aku janji selepas ni, aku jaga percakapan aku. Boleh kita jadi kawan.” Pinta Haris.

“Kawan?. Kenapa pakcik nak kawan dengan saya?. Banyak kot budak kampung dekat sini. Pergilah cari. Saya tak nak ada kawan mulut puaka macam pakcik ni. Ala dah tua, nak kawan dengan orang muda pulak. Sedarlah diri sikit.”

“Tolonglah terima aku jadi kawan kau. Dekat kampung ni kau sorang je yang aku kenal. Lagipun kau ni unik, cantik, pandai tu sebab aku nak berkawan dengan kau. Please. Terima aku jadi kawan kau. Please.”

Menatap Haris “Eee pakcik ni bisinglah, ok. Kita kawan.” Balas Hana.

“Betul ke?.”

“Betullah. Nak saya tarik balik ke?” ugut Hana.

“Tak nak. Terima kasih, so boleh aku duduk?.”

"Kalau tak malu duduklah, tapi jauh sikit tak manis orang pandang."

Lalu duduk di sebelah Hana,

“Kenapa kau susah-susah memancing macam ni. Belikan mudah, tak payah buang masa. Ke kau takde duit.”

“Pakcik jangan buat saya marah boleh tak?. Panas ni jangan sampai saya tolak pakcik dalam air ni. Sungai ni banyak buaya tau.”

“Tolaklah, kalau kau berani.” Cabar Haris.

“Pakcik jangan cabar saya, saya berani tau.” Ujar Hana.

“Aku memang cabar kau, tolaklah. Ke kau pegecut.”

Tanpa banyak bicara Hana menolak Haris ke dalam sungai yang besar itu.

“Siapa suruh pakcik cabar saya.” Dia tersenyum puas. Terlihat Haris tergapai-gapai meminta pertolongan.

“Tolonggggg” teriak Haris.

“Pakcik jangan tipulah, sengajalah tu nak saya terjun selamatkan pakcik.”

“Tolongggg.”

“Buat masalahlah orang tua ni!” lalu terjun untuk menyelamatkan Haris. Hana terus menghampiri Haris yang sudah lemah lalu Hana membawa Haris ke tepi sungai. Dengan pantas Hana memeriksa nadi Haris.

“Masih hidup. Pakcik bangun, tolonglah jangan buat saya rasa bersalah. Ee pakcik ni sedarlah diri tu tak pandai berenang. Kenapalah pakcik pergi cabar saya sedangkan pakcik tak pandai berenang. Macam mana ni, takkanlah aku nak bagi cpr pulak.”

Tiba-tiba Haris bangun dan tersenyum kearah Hana.

“Pakcik tipu!” marah Hana dengan tangannya memukul-mukul lengan Haris.

“Sakitlah, Hahaha. Aku cuma nak uji kau je. Kau selamatkan aku ke tak. Rupanya kau baik jugak.”

“Pakcik ni kan, menyusahkan orang jelah. Benda ni jangan bawa main. Tak lawak, nanti betul-betul terjadi takda orang percaya lagi. Baru tahu. Eee pakcik ni, tengok saya ni semua basah. Marahlah mak saya nanti.” Omel Hana. “Dahlah pakcik, saya balik dulu. Eee menyusahkan betullah orang tua ni.”

“Jap” mengenggam tangan Hana.

Cepat-cepat menarik tangannya daripada terus di genggam oleh Haris.

“Apa pegang-pegang ni. Haram. You know haram.”

“Maaf, tapi boleh tunggu kejap.” Pinta Haris.

“Ok, nak apa? cepatlah.” Tanya Hana.

Terlihat Haris yang memerhatikan kulit nya,

“Pakcik dah kenapa?. Kenapa dengan tangan pakcik?.”

“Kenapa kau sentuh aku, kulit aku baik-baik sahaja. Selalunya orang sentuh sikit je dah mula merah dan gatal.” Seperti tidak percaya yang Hana salah satu orang yang dapat menyentuhnya tanpa sebarang efek yang bertindak.

“Kenapa dengan kulit pakcik? ada kurap ke?” pelik Hana kerana dari tadi Haris asyik-asyik menatap kulitnya.

“Aku ni ada alergik dengan sentuhan manusia, tapi bila kau sentuh aku. Aku normal je, adakah kau doa yang telah di makbulkan. Akhirnya, Allah mendengar setiap doa aku selama ni.” ujar Haris dengan perasan gembira.

“Oh yeke? normal kot saya dapat sentuh pakcik. Sebab saya bidadari yang di turun untuk pakcik. Hahaha dahlah saya nak balik dulu. Bye ” lalu melangkah pergi.

“Kahwin dengan aku?” kata Haris selamba.

Langkah Hana terhenti lalu menoleh ke arah Haris.

“Apa? kahwin dengan pakcik?. Ke saya salah dengar."

“Kau tak salah dengar. Kahwin dengan aku.”

"Kenapa?. Oh, oleh kerana saya dapat sentuh pakcik, pakcik terus nak kahwin dengan saya. Maaf saya tak berminat.” Balas Hana.

“Saya dah tunggu selama 40 tahun, untuk bertemu dengan seseorang yang dapat sentuh saya tanpa sebarang alergik yang bertindak. And saya berjanji pada diri saya sendiri, jika saya bertemu dengan seseorang yang dapat sentuh saya. Saya akan kahwin dengan dia. Now I have found it.” Jelas Haris.

“Maafkan saya, mungkin saya salah satu dari orang yang dapat menyentuh pakcik so carilah orang lain. Perjalanan saya masih panjang lagi takkanlah saya nak sia-siakan masa muda saya, semata-mata untuk kahwin dengan pakcik. Saya mungkin dapat terima pakcik tapi cuma sebatas kawan bukan suami.” Ujar Hana.

“Sampai bila saya nak jumpa salah satu orang tu. Sampai bila?. Umur saya dah tua tau. Dah menyentuh angka 4, kalau saya terus mencari. Mungkin saya tak kahwin sampai bila-bila. Saya hanya memerlukan pendamping hidup, itu sahaja agar mak dan ayah saya dah tak risaukan saya lagi.”

“Saya dah cakap yang saya tak dapat terima pakcik. So jangan paksa boleh tak?. Ada saya kisah kalau pakcik perlukan pendamping. Saya hanya memerlukan wang bukan suami. Dengar tu.”

“Bagi tahu saya berapa hantaran yang awak nak. Kalau awak kahwin dengan saya, saya janji hidup awak takkan susah.”

“Saya tak kisah tentang hantaran, tapi ni kahwin bukan perkara yang boleh di bawa main. Oh saya baru ingat yang pakcik pernah kata, yang jauhi jodoh pakcik macam saya takkan pakcik nak jilat ludah sendiri kot. So jangan buang masa pakcik. Saya hanya mampu doa supaya pakcik cepat dapat jodoh yang dapat sentuh pakcik. So assalamualaikum.” Lalu berlalu pergi.

Haris hanya terdiam, biasanya dia yang menolak cinta. Sekarang ni dia yang di tolak. Kekayaan juga tidak dapat membeli cinta seorang gadis tomboy seperti Hana.

.........................

Sampai di rumah Hana, dia mengunakan pintu belakang supaya mengelak dari maknya. Apabila dia masuk dari pintu dapur dia terlihat semua berkumpul. Semua mata tertuju padanya.

‘Aduh malang sungguh nasib aku harini.’

“Ya Allah, Hana kenapa boleh basah kuyup macam ni. Kamu mandi sungai ke?. Kamu cakap dengan mak yang kamu nak pergi memancing je.” Omel maknya.

“Memang Hana pergi memancing tadi mak, tapi ada lelaki gila tu kacau Hana. Abis tu dia acah-acah lemaslah. Bodohnye Hana pergi selamatkan dia pulak. Kalau Hana tahu dia pura-pura lemas macam tu tak hinggin Hana nak tolong dia. ” Jelas Hana.

“Siapa?” tanya abangnya.

“Malaslah nak pikir. Kalau mak nak marah, mak marahlah. Tapi nanti, Hana nak bersihkan diri dulu.” Mukanya Hana terlihat pucat.

“Hana, kamu ok? Ayah tengok kamu pucat je?.”

“Hana ok?” lalu berlalu berlalu pergi. Sebenarnya lengannya terluka di sebabkan kayu semasa selamatkan Haris. Tetapi dia mampu menahannya.

.....................

Di rumah Ustaz Nazim, terlihat Ustaz Nazim bersama uminya sedang menonton ceramah agama.

“Umi.”

“Ye, nak apa?” tanya uminya.

“Umi, boleh Nazim tanya sesuatu.”

“Tanyalah, kenapa perlu minta izin pulak. Macam serius je, tanya apa.” Mulut berkata namun mata tetap fokus pada ceramah agama.

“Umi, kalaulah Nazim nak kahwin dengan Hana. Umi restukan ke?.”

Mata uminya terus menatap anak bujangnya itu.

“Apa?, umi salah dengar ke ni? kamu suka ke budak tomboy tu.” Tanya uminya.

“Umi, kan Nazim cakap kalau.” balas Nazim tapi dia juga ingin tahu reaksi uminya.

“Tak” ujar uminya. Walaupun singkat namun maksudnya mendalam.

“Kenapa?.”

“Kenapa?. Kamu tanya umi, dia tu budak tomboy. Kalau dia jadi isteri kamu, pandai ke dia buat kerja-kerja rumah jaga kamu. Lagipun apa kelebihan dia yang kamu nampak. Umi tengok dia biasa-biasa je. Tu Siti khadijah dah tunggu kamu. Takkanlah kamu tak nak. Dia pandai agama, budak rajin, bijak, belajar tinggi dan kerja bagus. Apa yang kurang?. Bagi umi dia dah cukup baik untuk Nazim.”

“Umi, pernah dengar Surah ar-Tiin, ayat 4. Yang mengatakan 'Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.' So jangan menilai orang hanya dari penampilan. Nazim percaya dia budak baik. Pandailah Nazim didik dia menjadi lebih baik, dah tanggungjawab seorang suami untuk mendidik isteri dia menjadi lebih baik. "

“Dan Nazim berhak dapat pasangan yang baik. Umi tak kira Nazim kena jugak kahwin dengan Siti.”

“Tapi umi-”

“Kamu tak pernah lagi melawan cakap umikan. Kamu sayang umikan, so tolong ikut kata umi. Umi sayang kamu tu sebab umi nak yang terbaik buat kamu.” mengenggam kedua-dua tangan anak bujangnya “Kahwin dengan Siti ye, buat untuk Umi.”

Dia terdiam kerana rasa kecewa mula menyerang.
Dia mengharap agar uminya bersetuju namun dia sudah mendapat jawapan yang bermain di pikirannya selama ini.

“Baiklah umi, terserah. Tapi bukan untuk Hana. I really love her. Nazim setuju kahwin dengan Siti tapi kalau dia sanggup bermadulah. Tak salahkan, Nazim mampu. Nak cukupkan 4 pun Nazim mampu. Tapi antara 4 kekosongan tu salah satu mesti ada Hana.” Bangun lalu berlalu pergi meninggalkan uminya. Dalam hidupnya dia tidak pernah lagi melawan cakap uminya, dia mencuba yang terbaik agar uminya berpuas hati. Namun kalini dia harus melawan, ibunya tidak berhak menentukan siapa teman hidupnya. Cukuplah selama ini dia mengatur hari-harinya.

“Nazim” teriak uminya.

..........................

Keesokkan harinya, awal pagi lagi Mak Limah dan Hana sudah pergi ke kedai untuk bebelanja. Tengah sibuk memilih barang dapur ada seseorang yang meneriak namanya.

“Hana” lalu makcik itu menampar Hana sebanyak 2 kali. Sampai pipi Hana meninggalkan lebam dan hidungnya sedikit mengeluarkan darah. Tidak dapat Hana membayang berapa sakit pipinya sekarang ini. Mak limah segera menghampiri anaknya.

“Makcik, kenapa makcik tampar saya?. Apa salah saya?” tanya Hana.

“Kenapa kau ni Yam, tampar anak aku. Apa salah dia, sampaikan kau guna kekerasan.” Tanya Mak Limah. Ibu mana tak marah kalau anak yang dia sayang di tampar oleh orang lain sedangkan dia sendiri sebagai mak tidak pernah memukul apalagi tampar.

“Hei Hana kau dah hasut apa huh, dekat anak aku sampaikan dia berani melawan cakap aku sekarang ni.”

“Hasut apa makcik?.”

“Kau ni kan ala dari keluarga miskin, tomboy lagitu. Aku tahu kau gunakan bomoh untuk dapatkan anak aku kan.” Marah Mak Nazim.

“Makcik dengar sini, ingat makcik isteri penghulu saya takut ke. Nama je ustazah tapi perangai macam apa. Makcik boleh hina saya tapi jangan sesekali sentuh keluarga saya.” Kesabarannya sudah hilang. Kalau nak diikutkan hati, memang nak balaslah penampar dekat pipi dia. Tapi maknya menahannya.

“Kau ni ala tomboy, pandai ke buat kerja-kerja perempuan. Ada hati nak kahwin dengan anak aku. Ingatlah diri tu yang kau tu perempuan.” Perlinya.

“Makcik nak sangat saya jadi perempuan. Kalau saya jadi perempuan sebenar nanti bukan Ustaz Nazim je yang akan jatuh cinta dekat saya, tak silap-silap suami makcik pun berkenan dengan saya. Tak salahkan kalau saya jadi madu makcik.” Balas Hana.

“Kamu.”

“Apa nak marah?. Makcik dah cederakan saya tau sedangkan saya tak salah. Makcik saya sedar diri saya sendiri. Saya tak pernah mengharapkan orang untuk suka dekat saya. Saya selesa dengan diri saya sekarang. Kalau makcik tak suka saya, makcik larang anak makcik untuk dekat-dekat dengan saya.”

“Dengan penampilan kau macam ni, siapalah yang nak kan kau. Limah oh Limah kesian kau ada anak perempuan tapi penampilan macam lelaki. ”

“Siapa cakap Hana takde orang nak, dah terbukti yang anak makcik suka Hana.” tiba-tiba satu suara garau menyapa mereka. Hana terkejut dengan kehadiran Haris di sampingnya.

“Kamu ni siapa?” tanya makcik Yam.

“Saya bakal suami Hana, salam kenal. Nama saya Tengku Haris Aiman panggil saya Haris je.” Membelek-belek wajah Hana. “Makcik dah buat muka bakal isteri saya merah-merah macam ni, makcik nak ikut saya pergi balai ke. Kita bincang dekat sana. Saya rasa, saya yang menangkan kot. Meskipun makcik upah penguam yang mahal. Saya akan upah penguam yang lebih mahal dari makcik. Kita tengok siapa yang menang."

“Kau ingat, kau kaya aku takut.”

"Siapa suruh makcik takut. So kalau makcik tak nak perkara ni jadi panjang, makcik boleh pergi sekarang saya bagi peluang ni. Peluang takkan datang dua kali. Jangan sia-siakan peluang ni. Tapi ingat, kalau makcik serang Hana macam ni lagi. Saya takkan tinggal diam. Ingat makcik tua saya takut." ugut Haris.

“Kau selamat harini Hana.” lalu berlalu pergi.

“Hana ok?.” tanya Haris.

“Ok. Sikit je ni. Tak sakit sangat, yang sakit ni hah hati saya. Apalah orang tua ni, anak dia yang sukakan kita. Malah kita yang di serang.”

“Terima kasihlah Haris sebab tolong kami. Tapi betul ke Haris nak-” belum lagi Mak Limah menghabiskan katanya Hana sudah mencelah.

“Mak, cepatlah beli. Muka Hana dah sakit ni.”

“Makcik, boleh saya minta izin makcik yang saya nak ajak Hana keluar sekejap boleh tak.” Pinta Haris.

“Tak, saya kena teman mak saya. So pakcik pergilah balik. Sekarang ni saya malas nak keluar.”

“Pakcik?” hairan maknya kerana rupa Haris tidak setua itu.

“Yelah mak, tengok uban dia tu. Sesuaikan. Hahaha.”

“Hana.” Marah maknya.

“Hahaha, anak makcik ni lawaklah tu sebab saya suka, jadi makcik izinkan tak. Makcik jangan risau, saya akan hantar anak makcik ni tepat depan rumah makcik. And saya pastikan yang kami balik sebelum petang.”

Hana mengeleng kepala kearah maknya,

“Boleh, tapi jangan balik lewat sangat ye. Kamu tahulah mulut orang kampung ni.”

“Mak!."

“Terima kasih makcik. Jom ikut pakcik. Kita beli aiskrim.” Gurau Haris.

"Eww, mak Kalau Hana ikut pakcik ni kereta siapa nak bawa.” Ujar Hana.

“Kamu lupa yang mak ni dah ada lesen, dah kamu ikut je Haris tu. Pandailah mak jaga diri nanti.”

“Dengar cakap orang tua, jangan bantah tak baik. Kan makcik.”

“Betul tu Haris, dah pergi ikut Haris. Pandailah mak jaga diri.” Ujar Maknya.

“Betul ni. Tak nak Hana teman.”

“Betul, dah pergi sana. Jaga anak makcik ya Haris.”

“Baiklah makcik, dah jom kamu jangan risaulah. Saya takkan jual kamu. Paling-paling pun saya jadikan kamu isteri saya. Dah jom.” Lalu mengenggam tangan Hana. Dengan pantas Hana menarik tangannya.

“Ehem-ehem, jangan di pegang tangan anak dara orang. Kalau nak pegang, tunggu halal dulu. Masa tu baru kamu nak pegang mana-mana makcik dah tak kisah.”

“Maaf makcik. Dah jom, nak saya dukung ke baru kamu jalan.”

“Dia ni.” Lalu Hana melangkah pergi sebelum tu dia sempat menjeling Haris.

“Kami pergi dulu.”

“Baiklah.”

Lalu Haris pun mengikuti Hana. Mak Limah senyum lebar kerana ada seseorang yang menyukai anaknya.

...................................

Di klinik kampung, terlihat Dokter sedang membersihkan luka dan lembam di pipi Hana. Haris setia menemani Hana.

“Siapa yang buat Hana sampai macam ni sekali, bagitahu saya.” Tanya Dokter itu.

“Sikit je ni, ustaz. Tak teruk sangatkan.” Balas Hana.

“Siapa cakap tak teruk, tengok sampai lebam macam ni.”

“Aw sakit.” Rintih Hana.

“Boleh, saya tanya dokter?.” Pinta Haris.

“Ya, tanyalah.”

“Dokter ni Ustaz Nazim ke?. Taklah tadi makcik yang serang Hana tu nama anak dia serupa macam nama dokter.” Ujar Haris. Dengan pantas Hana menoleh kearah Haris. Lalu membesarkan matanya.

“Why? betulkan. Jangan nak rahsialah. Nanti dia serang awak lebih teruk macam mana.” Tambah Haris lagi.

“Hana betul ke mak saya yang serang, pandang saya.” Lalu Hana menoleh kearah Ustaz Nazim yang kelihatan serius. “Betul ke?.”

“Perkara kecil je ni takda masalahlah ustaz.”

“And makcik tu cakap yang dia minta Hana untuk jauhkan diri dari dokter. Saya pun tak tahu apa sebabnya. ” Ujar Haris.

‘Aduh kenapalah mulut pakcik ni tak pandai diam. Ish, aku ni pipilah sakit malaslah nak soal jawap dengan ustaz ni. ’ Gomel Hana dalam hati.

“Hana betul ke mak saya yang serang Hana?, and betul ke dia suruh Hana jauhkan diri dari saya?.” Tanya Nazim bertubi-tubi.

“Ok. Ya, dia tuduh Hana main bomoh sebab ustaz rapat dengan saya. Dia tak suka budak tomboy macam Hana ni. Dia hina saya yang paling buat saya marah dia hina keluarga saya. So saya harap ustaz berhentilah dekat-dekat dengan saya. Itu yang terbaik. ” Jelas Hana.

Nazim terdiam seperti tidak menyangka yang maknya sanggup guna kekerasan dengan orang yang tidak bersalah. Maknya sudah melampau, dia tidak mahu Hana terus di tampar seperti ini.

“Ustaz, are ok?. Jangan di pikirkanlah, saya tahu dia nak yang terbaik buat ustaz. Lagipun kita mana ada hubungan apa-apakan. Saya dah anggap ustaz ni dah macam abang saya sendiri. Saya rasa mak ustaz tak perlu risaulah. Saya takkan jatuh cinta dekat ustaz.” Ujar Hana sehingga tidak sedar yang dia telah melukai hati seseorang.

Ustaz Nazim tersenyum kearah Hana, rasa kecewanya menyerangnya lagi. “Ok, dah siap. Nanti ambil ubat di depan. Kalau makin teruk segera datang di klinik. Biar saya periksa lagi.” Nasihat Ustaz Nazim.

“Baiklah ustaz kami pergi dulu. Jaga diri.” Lalu Hana bersama Haris keluar dari ruangan itu.

..................................

Di luar terlihat Haris dan Hana sedang menunggu untuk mengambil ubat.

“Eh pakcik, mulut pakcik memang tak pandai diam ke?. Asyik bercakap je tadi, saya pulak yang rimas.”

“Kenapa?.”

“Yelah, kenapalah pakcik pergi bagi tahu Ustaz Nazim yang mak dia serang saya. Tak tengok ke muka dia tadi kecewa apabila dapat tahu yang mak dia buat saya macam ni.” Ujar Hana.

“Oi, awak tak tengok ke yang mak dia guna kekerasan. Nasib baik saya datang leraikan tau, kalau tak mesti dia kerjakan awak cukup-cukup.” Jelas. Haris.

“Ye saya tahu tapi-”

“Tapi apa?. And yang awak tu, kenapa cakap yang awak takkan pernah jatuh cinta dengan dia. Awak tak sedar ke, yang awak dah lukakan hati dia. Dah buat dia kecewa. Tak tengok ke, dari mata dia betapa dia ikhlas menyukai awak. Awak dah tahu yang dia sukakan awak, so bagi dia semangat. Ni tak, awak tambahkan lagi rasa kecewa dia.”

“Tu yang terbaik yang boleh saya kata. Saya pun tak nak bagi harapan dekat dia.”

“Hana syahbalqis.” Nurse memangil.

“Nurse pun dah pangil saya pergi dulu.”

“Dah awak duduk je sini, biar saya yang ambil. Sedarlah sikit yang diri tu sakit” Lalu pergi mengambil ubat Hana. Dalam hati Hana betapa dia bersalah kepada Ustaz Nazim kerana membuatnya kecewa seperti itu tapi apakan daya maknya mahu yang terbaik sedangkan Hana hanya baik bukan yang terbaik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience