BAB 2-ROSAK

Romance Completed 102342

Keesokkan paginya di rumah Hana,

Terlihat Hana sibuk mengemas rumahnya di bantu oleh Tiana kawan baik Hana yang baru habis dari belajar. Abangnya dan kakak iparnya mempunyai rumah sendiri so sekarang dalam rumah ni hanya tinggal mak, ayah dan Hana sahaja.

“Beb kau tak nak sambung belajar ke? taklah kau nikan pandai. Pandai dari pada aku, sayang tau kepandaian kau di sia-siakan.” Tanya Tiana.

“Bukan aku tak mampu, aku boleh je sambung belajar dekat mana-mana universiti yang aku suka. Tapi bila aku fikir-fikir kan balik, kalau aku sambung belajar nanti siapa yang nak jaga ayah dan mak aku.” sambil mengelap meja ruang tamunya.

“Along kau kan ada dia boleh tolong jagakan.”

“Diakan ada rumah sendiri. Lagipun dia dah kahwin, biar lah dia uruskan rumahtangga dia. Selagi mak dan ayah masih bernyawa aku kena hargai kerana masa dekat dunia ni terbatas. Kau tahu kan maksud aku." Ujar Hana.

“Betul jugak apa yang kau cakap tu.”

"Kau tahu Kak Hani baru je bersalin.”

“Abang kau dah ada baby?" terkejutnya.

“ya” jawap Hana.

"Yeke?. Kenapa kau tak bagi tau aku?."

“Aku tak nak ganggu kau study tu je.” Balas Hana.

"So siapa yang jaga kak Hani? takkan lah dia dalam pantang abang kau yang jaga perlu ada orang tua jugak untuk jaga. Anak sulung lagi tu.” Ujar Tiana.

“Kadang-kadang mak kak Hani, kadang-kadang mak aku bergilirlah jaga dia. Comel tau baby mereka, kalau aku ada masa nanti aku bawa kau jumpa baby diorang..”

“Janji tau.”

“Janji.”

“Yang kau ni tak nak kahwin ke? kau ni lawa walaupun tomboy sikit tapi tetap cantik, rajin dan pandai. Kalau aku ni lelaki dah lama aku masuk meminang kau.” Ujar Tiana.

“Aku masih mudalah, lagipun siapa yang nakkan aku ni. Tak macam kau gadis idaman kampung ayu, cantik, lemah lembut dan banyak lagilah. Tapi sayang dah berpunya.” Puji Hana.

“Ustaz Nazimkan ada, aku tengok dia macam fall in lovelah dengan kau. Aku dapat tengok, dari cara dia pandang kau waktu dia bagi ceramah dekat surau. Dalam banyak-banyak jemaah yang hadir tapi mata dia asyik-asyik pandang kau je and dari segi perbuatan, kau tak perasan ke yang dia tak pernah sehari tak beli nasi lemak kau tu.” Jelas Tiana.

“Betul jugak, tapi mungkin dia suka nasi lemak buatan mak aku kot. Dia ada cakap dekat aku yang nasi lemak buatan mak aku favourite dia.” Kata Hana.

“Aku tak rasa macam tu. Raihan tunang aku tu pun macam tu dulu pandang-pandang, abistu selalu support jualan aku and sekarang dia dah jadi tunang aku. Mana tau dalam setiap doa dia terselit nama kau. Tak ke sweet tu.”

“Hei jangan nak berangan tinggi sangatlah, aku sedar posisi aku sekarang. Layak ke aku ni dapat lelaki sesempurna Ustaz Nazim tu. Lagipun Mak dia tu pandang aku macam aku ni penjahat. Aku tak taulah kenapa." Ujar Hana.

“Setiap manusia diberi kekurangan dan kelebihan. Orang lain memandang kau hanya dari satu sudut sahaja. Tidak seperti ustaz Nazim, yang memandang kau dari setiap sudut. Mungkin Ustaz Nazim tu nampak sesuatu dalam diri kau, yang wanita lain takda. Kau mana tau. Pasal restu, kau janganlah risau memperbanyakkan berdoa dengan Allah agar dapat meluluhkan hati mereka supaya terima kau.” Jelas Tiana.

"Kau ni mengalahkan ustazah. Dahlah malas nak fikir pasal jantan, nanti dah sampai saatnya pandailah dia datang sendiri.”

“Umur dia dah besar tau, aku takut dia tak kahwin-kahwin lagi sebab dia tunggu kau. Macam mana?.”

“Kau ni” lalu mengetuk lembut kepala Tiana.

“Sakitlah.”

“Tau pun sakit tulah jangan banyak sangat tengok drama kan dah terpengaruh. Lagi satu aku tak suka suami tua 1 dekad dari aku. Cuba kau bayangkan kalau aku berjalan dengan suami yang jauh 1 dekad dari aku tak ke macam bapak dan anak.” Ujar Hana dia memang tidak suka lelaki yang berumur 30 tahun keatas kerana baginya lelaki tua tidak menyenangkan, dan banyak penyakitnya.

“Hahaha ke situ pulak fikiran kau, oi usia cuma angka jodoh semua ketentuan Allah. Orang tualah bagus matang lagi satu berduit. Aku doakan kau supaya dapat suami jauh 2 dekad dari kau bermakna suami kau nanti 40 tahun keatas, Amin.”

“Kau ni doa yang elok-eloklah, malaslah macam ni” lalu melangkah pergi menuju ke dapur.

“Hana, merajuk pulak dia ni” lalu mengikuti hana ke dapur.

*******************

Di kediaman Tengku Haris, terlihat pembantu rumahnya memasukkan barang-barangnya kedalam kereta.

“Betul ke kamu nak drive sendiri ni, bahaya biar pak kamal je yang drive.” Risau Tengku Hairul papa kepada Haris.

“Betul pa, lagipun Haris nak enjoy sendiri tanpa ada orang ikut” balas Haris.

“Ingat call mama kalau dah sampai nanti, jangan lupa. Jangan buat mama risau.” Ujar mamanya.

“Baiklah, kalau macam tu Haris pergi dulu ye” lalu bersalaman dengan papa dan mamanya. Kenapa dia boleh bersalaman? kerana dia mengunakan sarung tangan so dia bebas melakukan kontak fisik dengan orang.

“Hati-hati bawa kereta tu jangan laju-laju. Kalau penat singgah tepi dulu rehat yang penting jangan main telefon semasa memandu” pesan papanya.

“Ingat pesan papa tu, jangan bawa kereta macam setan semata-mata nak cepat sampai.”

“Baiklah papa, mama Haris pergi dulu. Assalamualaikum” pamitnya.

“Waalaikumsalam” balas kedua-duanya.

Haris masuk kedalam keretanya sebelum memulakan perjalanan dia menbaca doa supaya perjalanannya dipermudahkan. Dia melambai kedua ibubapanya sebelum memulakan perjalanan. Lalu meninggalkan kawasan rumahnya.

“Saya doakan supaya Haris selamat sampai ke tujuan ye bang. Amin.”

“Amin, dah kata nak lawat anak kita si Husna tu jomlah.”

“Lupalah bang, jap saya ambil handbeg dulu” pintanya.

“Cepat sikit, saya tunggu dalam kereta ye.”

“Baiklah” lalu bergegas ke atas untuk mengambil handbegnya.

***************

8 jam dalam perjalanan akhirnya sampai ke destinasi jam pun menunjukan 8:30 malam. Semasa dalam perjalanan menuju ke rumah atok dan neneknya tiba-tiba keretanya buat hal.

‘Ish kenapa dengan kereta ni, eee buat masalah pulak.’ lalu menberhentikan keretanya di tepi jalan. Haris keluar dari keretanya melihat apa yang rosak. Dia terbatuk-batuk apabila dia membuka bonet hadapan keretanya ‘ish asap apa ni huk..huk. Merokok ke kereta aku ni’ melihat sekelilingnya. ‘Kereta, kereta sini jugak kau nak berhenti. Hutan kot. Hutan.’

Lalu melihat telefonnya ‘Ya Allah mana signal, kampung apa ni takde signal. Kalau ada signal dapatlah aku call atok suruh ambik aku dekat sini. Ala takde orang lewat.’

Tiba-tiba ada sebuah kereta lalu, dia dengan pantas menahannya. Kereta Myvi merah itu pun berhenti lalu menurunkan cermin keretanya. Haris terkejut dengan pemandu itu.

“Hantu...” teriaknya dengan tangannya menutup mukanya.

“Mana hantu?” paniknya mencari di mana keberadaan hantu yang di kata pemuda itu. “Mana?.”

“Tu” menunjuk diri pemandu itu.

“Saya?, hei saya manusialah tengok betul-betul. Apalah mamat ni. Kita dikata hantu.” Marah pemandu itu.

Lalu dengan keberaniannya menoleh kearah gadis itu.

“Manusiakan, ni telekunglah bukan kain kafan tak dapat bezakan ke?.”

“Oh yeke? hihi maaf. Ingatkan hantu mana tadi. Dah cik serba putih macam ni, siapa yang tak terkejut.”

“Lain kali tengok dulu manusia ke hantu? ada ke hantu bawa kereta. Peliklah dia ni.” Marahnya. “Ni kenapa pakcik tahan saya?" melihat kearah kereta pemuda itu. "Kereta pakcik rosak ke?. Ai takkanlah rosak, kereta mahal kot baru lagi. Ke Pakcik beli kereta tu dekat shopee tulah cepat rosak.” Perlinya.

“Apa PAKCIK?” omg turun sahamnya sebagai lelaki bujang tertampan dan terkaya yang di kagumi oleh banyak gadis. Dia tidak menyangka ketampanannya di jatuhkan oleh seorang gadis kampung sepertinya.

“Ye pakcik, tengok rambut dah ada uban. Tak salahkan. Apa yang salah dengan pangilan PAKCIK? hormat kot. Lagipun saya rasa, saya lebih muda dari pakcik.” Balas Hana dengan selamba.

“Muka kacak macam ni kau panggil aku pakcik?. Seriuslah.” Ujar Haris.

“Jadi nak panggil pakcik apa?. Atok ke nenek?.” Tanya Hana.

“Abang, panggil saya abang. Faham!” jawapnya.

“Abang? hahaha pakcik jelah sesuai kot. Eeee pakcik buang masa saya lah pakcik nak apa? kalau takde pape saya gerak dulu.” Pinta Hana.

“Pergilah, aku tak perlukan bantuan kau.”

“Yakin nak saya pergi ni, pakcik tau tempat ni keras tau jarang orang lalu lalang dekat sini sebab mereka guna jalan baru sekarang jalan yang pakcik guna ni jalan lama. Saya dengarlah dari mulut orang kampung tempat ni ada penghuni. Dah berapa orang yang hilang dekat sini. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa." Jelas Hana.

Haris melihat sekelilingnya, dia mula merasa takut.

“Kau saje je kan nak takutkan aku, kau pernah nampak ke?.”

"Tak pernah lagi, tapi tak semestinya saya bohong. Saya orang sini mesti saya tau semua kisah dekat kampung ni."

“See kau sendiri tak pernah nampak. Macam mana aku nak percaya.”

"Suka hatilah pakcik nak percaya ke tak, yang penting saya dah bagi peringatan. Lagipun tempat ni banyak perompak. Mereka paling suka orang kaya macam pakcik ni. Baiklah, kalau takde pape saya gerak dulu, Assalamualaikum” ujar Hana.

“Eh jap.” Tahan Haris.

“ye, nak apa?.” Tanya Hana sengaja.

“Ok fine, aku perlukan bantuan kau. Boleh tak bantu aku?” pinta Haris.

“Apa tadi? saya tak berapa dengar. Pakcik cakap apa tadi?” sengajanya.

“Ish kau ni, lain kali koreklah telinga tu. Aku paling tak sukalah cakap ulang-ulang ni.”

“Ok, saya pergi dulu.”

“Ok fine, aku cakap yang aku perlukan bantuan kau, kau boleh tolong aku tak?” kata Haris dengan lembut.

Hana tersenyum “Boleh, tapi pakcik kena menari goyang dumang dululah baru saya tolong."

“Ish, dia ni bergurau pulak. Takde masa lah.”

“Hahaha, relaxlah pakcik. Marah-marah pulak nanti muka pakcik bertambah berkedut baru tahu. Sekarang pun dah mula berkedut. Hahaha."

Haris menahan kemarahannya “Hahaha lawaknye, so kau boleh bantu aku ke tak ni?.”

"Bantu apa?.‘’

“Sini ada bengkel terdekat ke? dekat mana?.” Tanya Haris.

“Ada, tapi sekarang bengkel tu tutuplah sebab dah malamkan. Macam ni jelah pakcik, biar saya tengok apa yang rosak mana tau saya boleh tolong” pelawa Hana.

“Pandai ke?. Aku tak yakinlah. Nanti makin rosak pulak kereta aku ni.”

“Jangan tengok dari luaran je pakcik, semua benda saya boleh baiki tau. Saya jugak boleh baiki mulut pakcik yang cerewet tu juga kedutan di muka pakcik tu. Pakcik berminat? free je tak perlu bayar. Cerewet je kerja macam orang tualah. Ops lupa memang dah tuakan.”

Dia menahan amarahnya dari tadi dia di hina tapi dia mampu bersabar. “Ok, jangan banyak cakap boleh tak?. Pergi tengok apa yang tak kena dekat kereta Aku tu.”

“Jp" membuka telekungnya lalu turun dari kereta.

‘Tomboy rupanye patutlah kasar semacam je’ gumannya dalam hati.

Hana memeriksa apa yang rosak lalu dia menbaiki apa yang patut. Haris kagum dengan kepandaian gadis itu betullah kata orang dont judge book by its cover. Haris merenung lama wajah gadis itu ‘Cantik jugak dia ni, walaupun tomboy tapi manis tetap ada.’

“Dah siap, cuba start enjin” perintah Hana. Haris tiada respon matanya tak lepas memandang Hana seperti terpana dengan kecantikan natural Hana tanpa sebarang makeup di wajahnya. Bibir berbentuk love menambah lagi kecantikkannya. Tomboy macam ni dah cantik apatah lagi kalau dia menjadi perempuan sebenar.

Hana menatap Haris yang dari tadi menatapnya “Pakcik! termenung pulak. Kenapa?. Suka saya ke?. Saya tau, saya cantik. Tapi janganlah pandang saya sampai macam tu sekali.”

Tersedar dari lamunannya “ye, kenapa?.”

“Tanya kita pulak kenapa? saya suruh start enjin. Cepatlah dah malam ni nanti orang ingat kita berdua-duan pulak. Dekat tempat gelap macam ni lagi nanti mereka fikir, kita buat benda yang tak senonoh. Saya tak nak kahwin dengan pakcik.”

“Siapa jugak nak kahwin dengan budak tomboy macam kau ni. Takde image perempuan langsung.” Bantah Haris.

“Ingat saya nak kahwin ke dengan orang tua macam pakcik ni? memang taklah. Walaupun saya tomboy tapi saya boleh beranak tau. Pakcik ada. Dah start enjin tu, cepat sikit. Buang masa pulak dia ni.”

“Jp” lalu mencuba start enjinnya. Dengan sekali cuba Keretanya hidup semula.

“Yeahh, dah boleh startkan. So saya minta diri dulu.”

Haris menghampiri Hana “Hebatnya wow, apa-apapun terima kasihlah sebab sudi tolong aku kalau kau takde tadi mesti aku dekat sini sampai pagi. Maaflah sebab cakap kau tomboy tadi.”

“Takpe bukan pakcik sorang je yang cakap saya macam tu ramai lagi, tapi saya tak ambil hatilah. Santai” balas Hana.

Mengeluar dompetnya lalu mengeluarkan RM300 sebagai tanda terima kasihnya. “Nah ambil ni sebagai tanda terima kasih sebab kau dah tolong aku” menghulurkan wang itu kepada Hana.

“Takpe saya tolong ikhlas." Tolaknya.

“Aku pun ikhlas, ambillah please.”

“Ok, pakcik yang paksa. Bukan saya yang minta. Terima kasihlah” lalu mengambil wang itu. Tangannya tidak sengaja bersentuhan dengan tangan Haris kebetulan Haris tidak mengunakan sarung tangannya. Dengan pantas Haris menarik tangannya.

“Maaflah terpegang pulak” kata Hana.

“Takpe” dalam hatinya mesti alergik tu datang balik tapi takpe untuk harini sahaja. “Emm nama kau siapa?.”

“Oh nama saya Hana. And you?.”

“Haris.”

“Salam kenal pakcik, Kalau takde pape saya gerak dulu. Mesti mak saya risau sekarang ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam, terima kasih sekali lagi. Hati-hati.”

“Sama-sama” lalu berlalu pergi. Haris melihat kulitnya tiada kesan pun mungkin nanti kot. Dia masuk ke dalam kereta lalu berlalu pergi.

.................

Hana pun sampai di rumahnya, terlihat maknya yang sedang menunggunya. Lalu dia masuk kedalam rumah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam” jawap orang rumahnya.

“Kenapa semua belum tidur lagi ni. Eh abang pun ada. Bincang apa?.” Terlihat mak, ayah juga abangnya berkumpul di ruang tamu.

“Sebab dah malamlah kami tunggu kamu, dah pukul berapa ni Hana. Pergi mana?, kamu tu anak dara balik lambat macam ni risau tau” marah maknya.

Lalu Hana duduk di sebelah abangnya. “Hana oklah tadi ada orang minta tolong, sebab kereta dia rosak. So Hana tolonglah.”

“Beraninye Hana ni, kalau dia perompak ke perogol ke macam mana? Ingat sikit Hana tu perempuan bukan lelaki” nasihat abangnya.

“Hana tau, tapi dia baik jangan risaulah lagipun Hana dah balik sekarang. Berani dia macam-macam dekat Hana, Hana ni ada seni mempertahankan diri. Oklah mak, ayah dan abang. Hana nak pergi rehat dulu, Selamat malam” lalu masuk kedalam biliknya.

“Tengok adik kamu tu Hanif, eee macam manalah mak nak ajar dia jadi perempuan sebenar macam Tiana dan Hani tu.”

“Biarlah mak dia selesa macam tu tapi dia tetap perempuankan” bela abangnya.

“Yelah, Limah oi. Dia selesa macam tu biarlah dia. Cantik apa” sokong ayah Hana iaitu Hasan.

“Kamu dua ni bela sangat si Hana tu. Kalau dia terus jadi tomboy macam tu siapa yang nak kat dia nanti. Abang nak tengok anak dara kita tu, jadi anak dara tak laku ke?.”

“Kalau dah jodoh macam mana keadaan kita sekalipun, dia akan terima jugak. kamu ni jangan risau sangatlah, pandailah dia berubah nanti sekarang dia masih muda jauh lagi perjalanan” jelas ayah Hana.

“Yelah tu bang, Limah harap ada seseorang yang dapat ubah anak kita jadi perempuan balik.”

“Amin, baiklah mak ayah Hanif balik dulu Hani sorang kat rumah tu.” lalu bersalaman.

“Baiklah jaga Hani baik-baik, esok mak datangnye”

“Baiklah” lalu melangkah pergi. Tanpa mereka sedar Hana dari tadi mendengar percakapan mereka.

*************

Sementara di rumah atok dan nenek Haris, Haris selamat sampai di rumah atok dan neneknya berkat gadis tomboy itu. Selepas makan malam Haris terus ke biliknya untuk berehat. Dia duduk di tilamnya sambil memerhatikan tangannya.

“Kenapa budak tu pegang takda efek ye, aku ni alergik sentuhan tapi kenapa budak tu pegang aku normal je” menbelek-belek tangannya. “Ke dia jodoh aku, hahaha budak tomboy tu jodoh aku. Memang taklah, tapi dia cantik jugak. Lagipun dia dapat sentuh aku tanpa alergik aku bertindak dari dulu aku nak jumpa orang macam ni. Esoklah aku pergi jumpa dia, nak kepastian adakah dia memang dapat sentuh aku tanpa ada sebarang efek di kulit aku ni. Tapi dia tinggal mana. kenapalah aku tak tanya. Macam mana aku nak bertemu dia lagi ye” lalu memikirkan cara untuk bertemu dengan budak tomboy itu semula.

“Atok dan nenekkan ada. Mereka boleh bagitahu siapa Hana. Baiklah esok aku akan jumpa dia.” lalu mematikan lampunya. “Good night dunia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience