BAB 1-MINTA IZIN

Romance Completed 102304

Di sebuah hotel 5 bintang telihat tetamu vip mula beredar selepas acara perasmian pembukaan Hotel baru milik Tengku Haris.. Kini tinggallah Tengku Haris bersama asisstantnya Mirul dan Datuk Farhan salah satu tetamu vip di acara itu.

“Tahniah Tengku atas pembukaan hotel baru Tengku, saya doakan agar hotel ini dapat berkembang dan menjadi tumpuan bagi orang ramai nanti.”

“Amin, terima kasih Datuk kerana sudi hadir diacara ini walaupun Datuk busy tapi ada masa untuk datang sini. Saya sangat berbesar hati” kata Haris.

“Saya ada masa lapang, lagipun kamu selalu hadir di acara saya jugakkan. Walaupun kamu busy menguruskan bisnes kamu." Balas Datuk Farhan.

"Kalau macam tu jom kita pergi minum-minum, borak-borak” pelawa Tengku Haris.

"Lain kali ye, bukan saya tak nak tapi saya kena ambil cucu saya si Raisa tu. Mama dan papa dia honeymoon tu sebab saya kena ambil dan hantar dia dekat Tadika. Maaf ye tapi lain kali saya takkan tolak."

“Takpe saya faham.”

“Kalau macam tu saya gerak dulu.” lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman kebetulan Tengku Haris tidak mengenakan sarung tangannya. Mirul dengan pantas memandang bossnya.

Tiada pilihan lain Haris terpaksa menyambut salaman itu. Alang-alang tangannya sudah merah oleh kerana dia bersalaman dengan tetamu yang hadir tadi.

“Baiklah Datuk, hati-hati. Terima kasih sekali lagi sebab sudi hadir” dengan senyuman manisnya.

“Sama-sama, kalau kamu ada masa luang nanti jemput datang rumah. Saya nak kenalkan kamu dengan anak gadis saya. Cantik tau” ujar Datuk Farhan.

“InsyaAllah, kalau saya ada masa nanti mesti saya singgah rumah datuk. Mana taukan anak Datuk berkenan dengan saya. Dapatlah saya jadi menantu Datuk” gurau Tengku Haris.

“Hahaha baiklah, tapi jangan tak pergi pulak. Saya tunggu tau.” Ujar Datuk Farhan.

“Baiklah Datuk, hati-hati” dengan senyuman terukir di bibirnya.

Lalu Datuk farhan melangkah pergi bersama asisstantnya Mei. Tengku Haris terus menatap kulitnya. Terlihat kulitnya mula memerah dan mula merasa gatal. Batapa dia ingin mengelak dari menyentuh orang pada hari ini namun jika dia tidak bersalaman dengan tetamu nanti dikata ceo sombong pulak dia ingin menjaga nama baik keluarganya walaupun resiko terhadap dirinya sendiri.

Orang-orang tidak akan pernah faham tentang alergik yang di alaminya walaupun menjelaskan dengan 1000 bahasa sekalipun mereka hanya mampu berkata itu semua takdir yang maha kuasa. Tengku Haris tau apa yang terjadi semua itu adalah takdir yang maha kuasa. Kekuasaannya tidak dapat ditandingi walaupun dengan kekayaan, atau darjat sekalipun. Tapi persoalannya adakah ada penyembuh mahupun penawar dari alergik ini?. Sudah perpuluh-puluh dokter dia temui, pelbagai perubahatan kampung dia kunjungi , wang jangan dikata memang dah abis banyak . Adakah berhasil?, sudah tentu tidak. Dia ingin hidup normal seperti orang lain walaupun dia tau itu mustahil. Dia hanya mampu berdoa agar di temukan dengan seorang yang dapat menyentuhnya tanda ada seberang alergik yang bertindak. Walaupun hanya seorang.

“Tengku nak pergi klinik ke? tangan Tengku dah merah-merah tu.”

“Macamlah tak biasakan, dah hantar saya balik rumah. Saya nak bersihkan diri and saya tak balik office lagi so semua meeting saya harini batalkan.” Arah Haris.

“Baiklah Tengku, betul Tengku tak nak pergi klinik ni?” tanyanya lagi.

“Betul, lagipun buat apa pergi klinik hanya membuang masa dan wang sahaja. Cepat saya dah mula rasa gatal ni.”

“Baiklah Tengku” lalu mereka berjalan menuju keretanya.

***************

Sementara di kampung Sawah padi, terlihat padi-padi yang indah dan mula kekuningan menandakan padi itu mula menunjukkan hasil bagi para petani. Mungkin disebabkan kampung ini banyak padi itulah sebab kampung ini di beri nama kampung sawah padi kot.

Terlihat seorang gadis kampung yang cantik dan ayu tetapi berpakaian seperti lelaki dengan rambut pendeknya tapi tetap cantik. Gadis itu terlihat berseorangan menjual pelbagai kuih muih, nasi lemak dan macam-macamlah. Seperti biasa ramai yang beratur untuk membeli kerana kuih muih dan nasi lemaknya sangat-sangat berbaloi dan harga juga berpatutan.

“Terima kasih makcik, ni lebihnye.” menberikan balance kepada makcik itu.

“Sama-sama, mana mak Hana?” tanya makcik Leha pelangan setia gerai itu.

Ya gadis itu adalah Hana Syahbalqis gadis kampung yang berumur 20 tahun. Nama yang cantik bukan seperti perempuan yang lemah lembut namun sebaliknya. Hana seorang gadis yang sedikit kasar biasalah tomboykan. Gemar buat kerja-kerja lelaki, tapi dia tidak lupa tugas dia sebagai perempuan. Hana puas di hina, di caci, di pandang rendah oleh orang kampung hanya kerana dia tomboy dan tidak seperti anak mereka yang ayu seperti gadis melayu terakhir. Dunia ini kadang-kadang tidak adil kerana manusia hanya memandang manusia lain hanya dari satu sudut iaitu penampilan bukan dari hatinya. Sedangkan belum tentu penampilan seperti malaikat hati juga seperti malaikat. Hanya tuhan yang tahu sifat asli seseorang itu. Tapi Hana sudah tidak hairan dengan cacian, hinaan mungkin kerana sudah terbiasa kot.

“Mak dekat rumah makcik, sebab mak tak berapa sihat. Tu Hana suruh dia duduk dekat rumah je” balas Hana.

“Oh yeke?, makcik doakan semoga mak Hana cepat sembuh ye” ujar makcik itu.

“Amin, terima kasih makcik atas doanye.”

“Sama-sama nak” lalu berlalu pergi.

Datanglah seorang pemuda yang segak dan tampan, pujaan gadis-gadis di kampungnya sampai ada yang datang meminangnya terbalik bukan tapi itu yang terjadi. Pemuda itu adalah Ustaz Nazim sekaligus dokter di klinik kampungnya lagi-lagi dia anak penghulu yang berusia 34 tahun. Ustaz Nazim seorang yang boleh dikatakan sempurna kerana memiliki perkerjaan Yang menjamin masa depan, mempunyai ilmu agama, matang, memiliki paras yang tampan, dari keturunan baik-baik dan banyak lagilah. Ada juga mak-mak yang menyuruh anak-anak gadis mereka untuk memikat Ustaz Nazim untuk di jadikan menantu kerana mereka percaya anak-anak mereka akan bahagia dan hidup senang apabila anak mereka hidup bersama Ustaz Nazim.

Ustaz Nazim menghampiri gerai Hana tetapi Hana tidak menyedarinya kerana begitu banyak pelangan yang datang.

“Assalamualaikum, busy nampak” tegurnya dengan senyuman manis terukir di bibir.

“Waalaikumsalam” lalu menoleh kearah suara garau itu. “Oh ustaz, wah segaknya patutlah mereka senyum-senyum rupanya ada kumbang kacak dekat sini” ujar Hana.

“Pandai-pandai je Hana ni” balas Ustaz Nazim.

“Hahaha saya gurau je, ops bukan gurau tapi itu fakta. Ni Ustaz nak beli apa? Nasi Lemak ke atau nak yang ni” menunjuk dirinya.

“Hahaha kalau Hana sudi esok, saya suruh ayah dan mak saya datang meminang” guraunya.

“Eh jangan nanti ada hati yang kecewa saya tak nak tanggungjawab tau. Ustaz ni popular nanti ada orang pergi bakar rumah saya macam mana?” kata Hana.

“Hahaha ke situ pulak fikirnye. Mana ada popular Hana lagi popular, tengok tu ramai kumbang yang datang membeli.”

“Termasuk Ustazlah ni, kumbangnye" gurau Hana.

“Yup, termasuk saya.” ujar Ustaz Nizam.

"Baiklah, ustaz nak beli apa? ada goreng pisang, karipap, nasi lemak. Ustaz pilihlah sendiri.”

“Emm saya nak nasi lemak je lah, Hana tau kan nasi lemak buatan mak hana memang favorite saya.” kata Ustaz Nazim.

“Pilihan tepat, so berapa bungkus?” tanya Hana.

“Bagi saya 5 bungkus untuk orang rumah sekali” balas Ustaz Nizam.

“Baiklah” lalu memasukkan 5 bungkus nasi lemak ke dalam plastik. “Nah semuanya RM10" lalu menyerahkan plastik berisi nasi lemak ke tangan Ustaz Nazim.

Mengambil plastik itu. “Nah RM20 baki Hana ambil je, saya sedekah” kata Ustaz Nazim.

“Betul ke ni? terima kasihlah, semoga Ustaz dimurahkan rezeki selalu amin” doanya.

“Amin, mana mak Hana?. Selalunye dia ada. Ni Hana sorang je.”

“Oh mak tak berapa sihat tulah Hana suruh dia rehat je dekat rumah. Kalau diikutkan hati dia memang nak tolong Hana dekat sini.” Ujar Hana.

“Oh yeke? saya doakan semoga mak hana lekas sembuh."

“Amin, terima kasih ustaz” balas Hana.

"Sama-sama. Suruh dia pergi klinik nanti saya periksa.” perintahnya.

“Dia degil Ustaz tapi nanti saya cuba pujuk dia.”

“Baiklah pujuk dia sampai dia mau tau. Kalau macam tu saya gerak dulu. Kirim salam dekat keluarga Hana ye.”

“InsyaAllah, macam tu jugak dengan saya sampaikan salam saya dekat keluarga ustaz ye” ujar Hana.

“InsyaAllah, saya gerak dulu. Ingat bawa mak pergi klinik jangan sampai melarat pulak.” Pesan Ustaz Nizam.

“Baiklah ustaz, hati-hati.”

Ustaz Nazim melangkah pergi sebelum itu dia sempat menghadiahkan senyuman manisnya kepada Hana.

*****************

Di banglo kediaman Tengku Haris terlihat Haris sedang mengambil ubat alergiknya iaitu antihistamine selepas membersihkan diri. Ubat itu hanya bisa mengurangi bengkak bukan sembuh sepenuhnya. Tiba-tiba satu suara menyapanya.

“Haris?.”

Dengan pantas dia menoleh kearah suara itu. “Oh mama.” Ya dia adalah Tengku Umaira mama kepada Haris.

“Kamu sentuh orang lagi ke?” lalu duduk di meja makan dengan mata menatap anak bujangnya itu. Dia amat kesian terhadap anak sulung ya dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Kalau boleh biar dia sahaja yang mengambil penyakit itu untuk mengantikan anak kesayangannya.

Haris menelan pil itu lalu diminumnya secawan air putih.

“Meh sini duduk dengan mama.”

Lalu Haris duduk berhadapan dengan Tengku Umaira. Tengku Umaira merenung lama kulit anaknya yang bengkak dan kemerah-merahan. Terguris hati seorang ibu apabila melihat anaknya menahan kesakitan seperti ini.

Menatap anak bujangnya itu “Sakit ke?." Tanya Datin Umaira menahan air matanya.

“Tak cuma gatal-gatal je tapi lama-lama oklah tu, mama jangan risaulah macamlah tak biasakan tengok Haris macam ni” katanya kerana dia tau yang mamanya amat risau melihat keadaan kulitnya yang berubah bengkak dan mula merah-merah seperti ini. Kalau ditanya tentang sakit, jawapannya memang sakit di tambah perih yang tidak dapat diungkap melalui kata-kata. Hanya orang yang menghadapinya sahaja yang tahu. Ingin saja dia berkata sakit di depan mamanya tapi dia tidak mahu membuat mamanya risau akan alergik yang dia alami. Hanya ada satu cara agar dapat meluahkan rasa sakit ini iaitu dengan doa. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kita alami.

"Mama dah cakap jangan bersentuhan dengan orang dan kalau boleh jangan hadir di acara keramaian macam tu. Kamu boleh suruh mama atau papa untuk gantikan kamu dalam acara perasmian hotel baru kamu tukan." Ujar Tengku Umaira.

“Haris tak nak menyusahkan mama dan papa cukuplah selama ni Haris dah menyusahkan mama dan papa. Lagipun Haris nak berdikari biarlah alergik ni. Haris mampu bertahan selagi dia tak mengancam nyawa Haris, Haris baik-baik sahaja.”

"Apa cakap macam tu, mama tak pernah menganggap Haris ni menyusahkan tak terlintas sedikit pun dalam fikiran mama kamu ni menyusahkan apalagi papa malah kami senang dapat menbantu kamu. So jangan fikir kamu ni menyusahkan. Faham?." Dia ingin sekali memeluk anaknya tetapi dia juga tidak mahu alergik anaknya makin memburuk.

“Haris Faham.”

“Good, ni tadi Mirul cakap dekat mama yang kamu tak guna sarung tangan. Beraninye, mana sarung tangan kamu? kenapa kamu tak pakai.” Tanya Tengku Umaira.

“Mama, tau yang Haris rimas sangat-sangat. Lagipun Haris nak orang selesa, nanti mereka mengata Haris bukan-bukan pulak.”

“Nak buat orang selesa sampai membuat diri sendiri menderita macam tu?. Haris biarlah orang lain nak cakap apapun, mulut manusia mana pandai berhenti. Kalau dia penat nanti pandailah mereka berhenti, yang penting kamu sihat dan selesa. Itu yang paling penting." Ujar Tengku Umaira.

“Ok. Betul cakap mama, mulut manusia mana pandai diam." lalu meneguk air teh di hadapannya. "Mama, Haris nak mintak izin boleh?.” Tanya Haris.

“Izin apa? macam serius je.”

“Haris ingat, Haris nak balik kampunglah jumpa atok dan nenek boleh tak?. Rindulah.”

“Kenapa kamu tiba-tiba nak ke sana? dah bosan tinggal sini?.”

“Taklah mama, Haris nak tenangkan diri and mana tau atok dan nenek ada ubat untuk alergik Haris ni lagipun Haris dah lama tak balik. Bolehlah?.”

“Boleh sayang, pergilah jika itu kemahuan kamu. Mama izinkan. Kamu nak mama hantarkan ke?.” Tanya Tengku Umaira.

“Terima kasih mama. Haris rasa tak perlulah, Haris boleh pergi sendiri. Lagipun Hariskan dah besar, pandailah Haris jaga diri nanti.”

“Bila kamu berangkat? berapa hari?.” Tanya Tengku Umaira lagi.

“Esok? dalam seminggu kot lagipun Haris nak enjoy dekat sana. Bolehkan mama?.”

“Boleh, tapi kamu kena minta izin papa jugak nanti kecil hati dia sebab kamu tak bagitau dia yang kamu nak balik kampung.”

“Baiklah, malam ni Haris bagitau papa.”

“Ok" tersenyum melihat anaknya. Walaupun usia anaknya mencecah 40 tahun tapi bagi dia Haris tetap masih berumur 4 tahun. Dia adalah satu-satunya anak lelakinya walaupun dia menpunyai 2 anak perempuan adik kepada Haris yang masing-masing sudah berumahtangga harislah selalu ada bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience