BAB 4-NENEK

Romance Completed 102304

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Terlihat Nazim masih di dalam surau kerana hanya Allah sahaja yang faham perasaannya sekarang. Datang seseorang, iaitu Hamzah kawan kepada Nazim lalu duduk di sebelahnya.

“Kenapa ustaz nampak sedih je ni?. Ada masalah ke?.” Tanya Hamzah kawan masa kecilnya lalu duduk bersebelahan dengan Nazim.

“Hei, jangan panggil aku ustazlah. Kau buat apa dekat sini?.”

“Sepatutnya, aku yang tanya kau. Sekarang dah pukul 10 malam. Kenapa kau tak balik lagi?. Aku kau jangan ikut, kau lupa yang aku ni ajk surau. Aku nak kemas-kemaslah. And kau?.” Balas Hamzah.

“Oh. Aku hanya nak tenangkan diri. Dari semalam hati aku di serang rasa kecewa. Aku rasa tenang dekat sini.”

"Ai kau kan dokter takkanlah tak dapat sembuhkan hati sendiri kot. Patutlah aku tengok kau dari tadi asyik termenung je, orang bercerita kau diam."

“Entah, sekarang perasaan aku bercampur aduk. Masalah taklah besar sangat. Tapi sekarang jadi besar pulak.”

“Kau dah kenapa Nizam, Nizam yang aku kenal tak macam ni tau. Kalau kau ada masalah sharelah dekat aku. Mana tahu, aku dapat bantu meringankan masalah dekat kepala kau tu. Tapi kalau soal cinta aku hanya mampu nasihatkan jelah.” Ujar Hamzah.

“Aku tak tahulah, adakah salah bila mencintai gadis tomboy seperti Hana tu. Kau rasa aku ni salah ke?.” Ujar Nazim.

“Ni mesti mak kaukan?.” Teka Hamzah.

“Ya, sejujurnya aku sukakan Hana. Tapi mak aku matian-matian bantah seperti aku ni sukakan pelacur. Sampaikan dia pergi serang si Hana tu sampai meninggalkan lebam dekat muka dia. Kau tahu dalam banyak-banyak gadis yang aku temui, Hana sahaja yang dapat buat aku tertarik dengan namanya cinta. Aku dah cuba mengelak untuk tidak jatuh cinta dekat Hana tapi hati ni. Aku tak tahulah, haruskah aku mengalah?. ” Luah Nazim.

“Aku rasa kalau mencintai pelacur sekalipun, tak salah selagi kau didik dia kejalan yang benar. Bro mencintai seseorang itu tidak salah sama sekali. Kerana itu sudah menjadi lumrah manusia untuk saling mencintai satu sama lain. Tapi masalahnya sekarang direstui atau tidak itu sahaja. Semua manusia dekat dunia ni nak hubungan mereka direstui ibubapa, kalau boleh mereka nak semesta turut merestui mereka. Apakan daya, semua mak ayah nak yang terbaik buat anak mereka. Kerana mereka nak tengok kau bahagia, sebahagianya. Tapi jika difikirkan balik kenapa mereka tidak mencuba untuk mengenal kekasih pilihan kita dan mengajar mereka menjadi lebih baik seperti kemahuan mereka?. Aku sendiri pun tak tahu jawapannya.”

“Betul jugak apa yang kau cakap. Mak aku lebih sukakan Siti khadijah berbanding Hana sebelum dia mengenal Hana lebih dalam lagi. Kau tahu sendiri dari kecik lagi hidup aku ni di atur dan di kokong oleh mak aku. Aku terima, sebab aku tahu dia nak yang terbaik untuk hidup aku. But takkanlah teman hidup aku dia nak atur jugak.”

“Mak kau tu aku tak tahulah, tapi memang dari dulu lagi dia memang sukakan Siti Khadijah. Siapa yang tak nak kahwin dengan diakan, beragama pandai lagi. Tapi aku yakin pilihan kau yang terbaik. Bro hidup ini hanya sekali, kau berhak untuk bahagia dengan apa yang menurut kau terbaik dalam hidup kau. Aku hanya mampu berdoa agar mak kau terima Hana dengan senang hati. Namun jika Hana tu bukan jodoh kau, kau janganlah sedih mahupun kecewa pulak. Percaya pada perancangan Allah. Semangat.”

“Thank, sebab dah dengar luahan hati seorang lelaki yang tersakiti ni. Kau memang terbaik. Aku rasa lebih baik sekarang.” Ujar Nazim.

“Tersakitilah sangat, dah kau pergilah balik rehat. Aku tahu kau baru balik dari kerjakan. Mesti penat. Baliklah, masalah mana pandai hilang. Akan ada setiap hari, so kau kena bersiap sedialah menghadapi masalah untuk esok lagi.”

“Baiklah, aku balik dulu. Thank sekali lagi. Kau tak balik?.”

“Tak, nanti pandailah aku balik. Jangan risaulah.”

“Ok, aku gerak dulu. Assalamualaikum.” Lalu melangkah pergi.

“Waalaikumsalam.” Hamzah hanya mengelangkan kepala. Dia juga kesian dengan kawannya itu. Dia memang ingin menolong Nizam namun apakan daya dia juga menpunyai masalah sendiri yang entah bila nak habis.

.....................................

Di ruang tamu terlihat Haris sedang menonton televisyen. Entah kenapa dia sukar untuk tidur mungkin sudah biasa kot, kalau di bandar jam sebegini dia masih berkerja sampai subuh baru dia berhenti. Datanglah neneknya iaitu Tengku syazwani membawa air susu untuk cucu kesayangannya itu.

“Haris tak tidur lagi?. Dah pukul berapa ni?.” Ujar neneknya lalu duduk bersebelahan dengan Haris.

“Nek, Haris belum gantuk lagilah. Ni kenapa nenek belum tidur lagi?. Dah nak pukul 11. Tak baik untuk kesihatan.”

“Biasalah orang tuakan, asyik kencing je. Tu ada susu, minumlah.”

“Terima kasih. Ni mana atok?."

"Sama-sama. Ada tu hah tidur. "

"Oh. Nek kalau Haris tanya sesuatu, nenek marah tak?.” Tanya Haris.

“Buat apa nenek marah. Nak tanya apa?.”

“Emm, nenek kenal Hana tak?. Budak tomboy dekat kampung ni.”

“Kenal, kenapa dengan dia?.”

“Ok, macam ni cerita dia. Kan Haris dah cakap yang budak tu dah tolong Haris waktu kereta Haris rosakkan.”

“Ok.”

“Nenek nak tahu yang dia dapat sentuh Haris tanpa sebarang alergik Haris bertindak. Nenek rasa kenapa ye?.”

“Apa? dia boleh sentuh kamu?. Baguslah. Kan dari dulu lagi kamu nak sangat jumpa gadis seperti itu. Dapat sentuh kamu, so apalagi dah ada depan mata. Trylah. Mana tahu tahun di kamu duduk atas pelamin. Nenek pulak yang gembira ni.” Ujar neneknya.

Wajah Haris berubah sedih.

“Dah kenapa muka macam tu?.”

“Nenek tahulah sendiri macam mana Hana tu, kasar. Tak semudah itu Haris nak tawan hati dia. Entah diperbuat daripada apa hati dia itu keras ibarat batu. Dia maki Haris adalah. ”

“Maki?.”

“Yelah dia cakap Haris ni dah tua, nenek nak tahu dia panggil Haris apa?.”

“Emm, nenek rasa mesti dia panggil kamu abangkan, Haris manalah tua sangat masih hot gitu. Macam orang korea.” Puji neneknya.

“Budak tu panggil Haris ni pakcik, tak ke Haris marah. Muka kacak macam ni dia boleh cakap Haris ni pakcik.”

“Apa? Pakcik.?” Neneknya tidak dapat menahan ketawanya lalu tertawa terbahak-bahak. Cucunya yang segak tu ni di panggil pakcik.

“Nek, janganlah gelak tak sukalah macam ni.” Merajuk Haris.

“Ok, ok. Janganlah merajuk, nenek gurau je. Tapi Hana ni lucu, nenek suka. So macam mana kamu gorat dia?. Cuba bagitahu nenek?. ”

“Emm. Haris ni kan mampu, so Haris cakap jelah yang Haris nak kahwin dengan dia. Tapi kenapa pulak dia tolak. Apa salah Haris?. Benda baik kot.” Jawab Haris.

“Apa, kamu ajak dia kahwin terus?. Patutlah Hana tolak. Kalau nenek jadi Hana pun, nenek tolak mentah-metah.” Balas neneknya.

“Kenapa pulak?.”

“Yelah, tak kenal apa dah ajak kahwin. Cara kamu ni kunolah.”

“Haris lebih suka bercinta selepas kahwin daripada bercinta lama-lama. So mana ada kunokan.” Ujar Haris.

“Tu bagi kamu tapi Hana?. Macam ni jelah, kamu cuba dulu tawan hati dia. Walaupun dia tu tomboy, tapi dia tetap perempuan tulenkan. Sifat perempuan ni lembut, so kamu berusahalah. Nenek yakin yang cucu, nenek ni dapat luluhkan hati Hana. ”

“Yup, Haris yakin ais batu macam Hana tu akan luluh. Doakan Haris. ” Pinta Haris.

“Sudah tentu, doa nenek sentiasa mengiringi kamu. Berusahalah. Ni sekali sekala bawalah Hana tu jumpa nenek. Nenek nak sangat kenal dengan dia. Bolehkan?.”

“Tengoklah, nenek bukan tak tahu Hana tu.” Melihat kearah jam dinding. “Nek dah pukul 12 ni, nenek pergilah tidur. Haris pun nak rehat, nak pikir cara nak pikat Hana.”

“Yelah, jangan dipikir sangat. Bawa santai sudah.”

“Baiklah nek. Selamat malam.”

“Selamat malam pakcik. Hahaha.” Lalu melangkah pergi ke biliknya.

“Nenek.” Baru Haris ingat yang dia mempunyai pesaing, bukan calang-calang pesaing. ‘Baru aku ingat yang aku ada pesaing. Tapi pesaing aku tu hebat jugak ala dokter, ustaz lagitu. Aku taklah hebat sangat tentang agama ni tapi bolehlah. Rupa dia pun not bad, kacak jugak. Tapi kalau di banding dengan aku ya jelas jawapannya akulah pemuda tertampan dan terkaya. Ai puji diri sendiri pulak. Tapi itu fakta. Malaslah nak fikir, baik aku pergi tidur.’ Lalu bergegas ke biliknya.

.................................

Keesokkan paginya Nazim dah bersiap sedia ke klinik. Membawa semua keperluan yang harus di bawanya.

“Semalam kamu balik pukul berapa?.” Tanya mak Nazim.

“Pukul 11, semalam Nazim banyak kerja dekat klinik tu.”

“Selalunya kalau kamu balik akhir, mesti kamu call umi. Ni tak, dah kenapa?." Tanya uminya lagi.

“Maafkan Nazim kerana tak bagitahu. Tapi semalam fon Nazim takda bateri. Baiklah umi, Nazim pergi dulu dah lambat ni.” Pinta Nazim.

“Sebelum tu, mak nak pesan yang malam ni rumah Siti ada buat kenduri kamu datangnye. ” Pesan maknya.

“InshaAllah, kalau Nazim ingatlah. Nazim tak janji.” Bersalam lalu melangkah pergi.

“Nazim sarapan dulu.” Teriak maknya. Maknya mula curiga dengan sikap anaknya yang mula berubah. Tidak seperti Nazim yang dulu, tidak pernah menolak sarapan, mula balik akhir sedangkan shifnya telah lama berakhir. ‘Ni mesti Hana yang buat dia berubah, its ok. Aku akan pastikan yang budak tu menjauh dari anak aku.’

...................................

Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Sinar matahari menembusi mata Hana. Lalu dia bangun, membuat rutin hariannya iaitu mengemas katilnya supaya nampak teratur. Selesai mengemas biliknya, lalu Hana pun menuju ke dapur. Sampai disana betapa dia terkejut dengan kehadiran tetamu tidak di undang itu. Terlihat dia sedang menikmati sarapan bersama mak dan ayahnya. Dengan perlahan dia memutarkan badannya untuk menuju ke bilik semula tapi belum sempat Hana pergi..

“Ai, anak dara satu ni dah bangun meh sini sarapan.” Ajak maknya.

Semua mata pun tertuju kearah Hana. Terlihat Haris tersenyum kearahnya lalu mengedipkan matanya.

‘Miang sungguh pakcik ni, cucuk mata baru tahu.’ Guman Hana dalam Hati.

“Selamat pagi semua, eh pakcik pun ada dekat sini?. Dah takda rumah ke?.” Ujar Hana.

“Hana apa cakap macam tu. Ayah tak ajar tau.” Marah bapa Hana.

“Janganlah serius sangat ayah, Hana gurau je. Hana rasa pakcik pun dah biasakan dengan guraun kasar saya. Kan pakcik?.”

“Oh ya, jangan risaulah pakcik hati saya tak mudah terasa.” Lalu menjeling ke arah Hana yang dari tadi tersenyum perli kearahnya.

“Pakcik buat apa dekat sini?.” Tanya Hana.

“Oh saya menganyam ketupat je tak nampak?.”

“Oh hahaha, bergurau pulak pakcik ni. Baiklah, nikmatilah sarapan pagi yang indah ini. Hana pergi dulu.”

“Nak pergi mana, kamu tak sarapan?.” Tanya maknya.

“Emm, Hana belum berus gigi lagi. Nanti-nantilah Hana sarapan.”

“Sebelum saya lupa, nenek saya ajak awak untuk makan tengahari dekat rumah saya.”

“Siapa nenek dan atok kamu Haris?.” Tanya ayah Hana.

“Nenek saya orang kampung biasa panggil dia Nek Wan dan atok saya Haji Harun. Pakcik kenal?. ”

“Ui cucu Haji Harun, orang kaya dekat kampung ni. Siapa yang tak kenal.” Balas ayah Hana.

“Biasa-biasa je, ni boleh saya bawa Hana jumpa nenek saya?. Pakcik dan makcik jangan risau saya akan jaga anak pakcik dan makcik ni sebaiknya.”

Hana mengelengkan kepalanya kearah mak dan ayahnya kerana dia tidak mahu mengikuti Haris.

“Kalau kamu cakap macam tu makcik ok, jaga anak kami ni. Kalau dia ni degil bagitahu makcik. Pandailah makcik nanti.”

“Mak!, harini orang ada aktivitilah mana boleh ikut pakcik tu.”

“Aktiviti apa?."

“Emm, aktiviti-” tergagap Hana berkata.

“Jangan nak bohong ye, siapa ajar kamu. Dah pergi jelah.” Ujar maknya.

“Ok, ok Hana pergi. Buat apatah nak pergi rumah dia. Bukan ada untung pun.” Lalu pergi ke biliknya untuk bersiap-siap.

Haris hanya tersenyum melihat gelagat Hana. Betapa dia mula tertarik pada Hana, kerana tingkah lakunya yang lucu juga random.

“Maafkan pakciklah Haris, perangai Hana ni kadang-kadang susah nak di bendung. Tapi dia anak yang dengar kata. Biasalah remajakan” Ujar ayah Hana.

“Eh, takperlu minta maaflah pakcik. Walaupun dia macam tu saya tetap suka.” Kata Haris dengan selamba.

“Apa kamu suka Hana?. Sejak bila?.” Tanya mak Limah bertubi-tubi.

“Aa, maksud saya. Saya suka perangai Hana, yang fun.” Balas Haris. ‘Aduh mulut-mulut depan mak bapa dia kot.’ Guman Haris dalam hati.

“Oh, ingatkan apa tadi. Ni sejak bila kamu kenal Hana, setau makcik dia tu jarang ada kawan lelaki apabila lelaki dewasa macam Haris ni.”

“Oh, haritu Hana ada bantu saya. Waktu tu kereta saya rosak, dekat jalan lama. So datanglah Hana dialah yang bantu saya. Tak sangka pulak dia pandai dalam kerja-kerja baiki ni. Kalah saya yang lelaki ni.” Jelas Haris.

“Dia memang pandai, selalu tengok abang dia buat kerja-kerja baiki. Tu sebab dia ada kelebihan macam tu. Patutlah haritu dia balik lambat, dia tolong kamu rupanya.” Ujar ayah Hana.

“Maafkan saya sebab buat dia balik lewat. Tapi kalau dia takda mungkin saya bermalamlah dekat hutan tu.”

“Takpa. Dah sarapan. Kalau nak cerita memang panjanglah.” Kata ayah Hana.

“Makanlah Haris, jangan malu-malu angap macam rumah sendiri.” Pelawa mak Limah.

“Baiklah makcik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience