“Yang sihat?"
Suara lembut ayah kedengaran di corong telefon, luluhkan hati Adania. Pen dalam pegangan diletakkan, menyandar belakang badan ke kerusi beroda agar tenang. Jangan mengalirkan air mata lagi, Adania. Cukup... Haris bukan jodoh kau!
“Alhamdulillah... sihat ayah. Ayah sihat?" bertanya pula.
“Alhamdulillah. Ayah bertambah sihat bila dengar anak ayah ni sihat."
Jawapan ayah tidak melegakan hati Adania. Dia boleh bayangkan betapa malunya ayah pada hari pertunangan itu. Macam manalah ayah berdepan dengan orang-orang kampung yang pasti mengata mereka sekeluarga. Kesian ayah...
“Yang dah sarapan?" soal Encik Kamal lagi.
“Sudah ayah. Tadi yang makan nasi lemak lauk ayam goreng dan sambal paru. Air pula neslo ais. Banyakkan yang makan?" Biarlah ayahnya tahu dia di sini cukup makan, malah makan mengikut time lagi. Dia amat bersyukur ada staf-staf bawahannya juga amat baik hati dan mengambil berat tentangnya. Tidak pernah sekali lupakannya ajak makan bila masuk time makan. Bila dia menolak ikut serta, CC pasti bungkuskan makanan untuknya.
“Baguslah kalau macam tu."
“Ayah kat sana jangan risau. Insya-Allah yang sedang terima semua yang berlaku. Sakit memang sakit hati ni, kecewa tapi yang kuatkan diri. Anggap semua yang berlaku pasti ada perkara yang lebih baik lagi untuk yang. Kan ayah?" pujuk diri agar redha dan juga untuk melegakan hati ayahnya. Cukuplah ayah tanggung malu di kampung. Dia tidak mahu ayahnya risau akan dirinya pula.
“Lagi pun kat ofis ni ramai orang-orang baik sekeliling yang. Walaupun yang tak ada jodoh, tak ada pasangan tapi kawan-kawan opis ni selalu buat yang ketawa. Ada saja lawak dia orang tu." Tambahnya lagi. Sekurang-kurangnya dia di pejabat ni tidak rasa malu sangat malah boleh gelak ketawa pula. Ayah di kampung tiada tempat nak sorok muka sebaliknya terpaksa juga hadap atas perbuatan emak. Terlintas emak... kesal dia masih tidak berkurang. Bukan kerana tidak jadi bertunang. Malu satu keluarga buat dia lebih-lebih lagi kesal. Hal seperti itu tidak mudah dilupakan orang kampung. Kalau tenggelam pun cerita itu, pasti ada mulut-mulut mengungkitnya berkali-kali selagi hayat mereka dikandung badan.
“Alhamdulillah." Lega hati Encik Kamal. Dia amat risaukan anaknya, mengambil masa beberapa hari untuk hubungi anaknya. Biarlah anaknya bertenang dahulu. Cuma doa kiriman agar anaknya baik-baik saja.
“Jadi... ayah jangan risaukan yang okey."
“Yang anak ayah... mana boleh ayah tak risau. Cuma ayah harap yang akan balik ke kampung lagi. Ambillah masa kamu pulih hati tu. Tapi sekali sekala baliklah ya..." pesannya. “Dan... bila-bila nanti telefonlah mak kamu tu." Itu juga pesanan penting. Sejak Adania keluar rumah tanpa bertemu isterinya, punyalah marah Puan Rozie hingga sekarang dia pula dipersalahkan tidak menahan Adania pulang. Kalau merajuk pada Adania saja tak apa. Ini hampir setiap hari, pagi dan petang dibebelkannya. Habis semua cerita diungkit dan ulang-ulang macam ulang tayang Astro.
Aduh... suara lembut ayah betul-betul melembutkan hatinya.
“Baiklah ayah..."
Sesudah menjawab salam ayah, smartphone telah matikan panggilan ditelangkup. Tersandar kepala kini, memusing kerusi ke kiri, menghadap pemandangan dari tingkat 25 pamerkan empangan tasik.
"Ayah..." bayangan menjengah pada ketika dia menarik bagasi keluar bilik. Ayah tersandar ke dinding, segera bangun mendekatinya.
“Maafkan ayah. Kelemahan ayah buat yang tak dapat bertunang."
“Ayah... yang tak salahkan ayah. Cuma yang minta izin daripada ayah, yang balik Putrajaya dulu. Yang tak boleh..." tertunduk kepala tidak mampu teruskan ayatnya. Air mata dalam senyap tumpah ke pipi.
Tubuhnya langsung dipeluk ayah.... “maafkan ayah yang... ayah gagal jadi ayah yang baik." Bisik Encik Kamal mengusap kepala anaknya sebelum meleraikan pelukan.
Tanpa banyak cakap, Amin sedia berada berdekatan ayahnya, datang membawa bagasi Adania keluar.
Ketika langkah terus ke hadapan, “yang tak nak jumpa mak dulu?" Soal Adila turut disertai Azalia mengiringi Adania.
Untuk menjawab soalan itu dia tidak mampu. Yes... Memang dia mahu menzahirkan kemarahan rajuk hati pada emaknya. Lagi pun, kalau dia salam tangan emaknya, pasti emak akan bancuh dan menghalangnya balik dengan kata-kata buat dia rasa lebih serba salah tanpa kisahkan emosinya sudah retak. Biarlah dia tenangkan diri dahulu dan biarlah emak fikir semula apa yang telah dilakukannya.
Bagasi telah disimpan Amin ke dalam bonet. Pintu pemandu pula dibukakan oleh Aiman. Lengan Adania masih dirangkul ayahnya hingga ke laman rumah.
“Kak yang boleh bawa kereta ke ni? Biarlah acik ikut. acik drive, okey?" Pelawaan Amin.
“Thanks acik... Insya-Allah boleh. Lagi pun acik masih cuti sem. Acik rehatlah kat kampung ni dulu. Bantu ayah, teman ayah ke surau. Acik fahamkan. "
“Tapi kak yang..." risau dia lebih pada kakaknya itu.
Tangannya dihulur dicium Amin dan Aiman. Kemudian ayah pula menjadi sasaran. Pada ketika tangannya menghulur pada Adila, tubuhnya ditarik memeluk erat sekali lagi begitu juga Azalia tidak ketinggalan menyumbang tripled hug.
“Cik Niaaa..."
Berlagu suara menyeru namanya, mematikan hari paling sedih dalam hidupnya. Dia masih bersyukur, dalam emak dia berkeras, dia masih ada empat orang adik-beradik amat erat dan mempunyai ayah yang amat penyayang. Terima kasih, Allah.
“Mengelamun jauh tu. Teringatkan siapakah? Mesti teringatkan pemberi bunga ni kot..." teka Ayu yang menerima sebakul besar bunga hidup berhiasa. Boleh tahan berat bakul rotan, diletakkan atas meja.
“Siapa punya ni?" Hairan Adania. Tak mungkin dia si empunya. Siapa yang nak beri? Tunang tak ada, boyfriend pun dah putus. Atau...
“Dah saya letak atas meja Cik Nia ni, semestinya Cik Nia yang punyaaa..." dia pula over acting happy. Siapa tidak tersenyum-senyum kalau dapat bunga hidup. Jambangan besar pula tu. Dapat ambilkan pun jadilah. Dapat juga tempias perasaan gembira tu tau.
Mesti kerja si Adzrin! Tak habis-habis lagi si Adzrin. Walaupun ada debaran yang dirasai ketika bertemu Adzrin, itu hanya untuk wajah yang tidak boleh disangkal ketampanannya tahap tinggi. Sesiapa nampak makhluk berwajah tampan pun mesti tersenyum-senyum, berdebar-debar hati walaupun tidak kenal. Debaran itu bukan bermaksud nak menyatu semula.
Ada kad terselit, ditariknya.
“Jadinya, Cik Nia nak pergi Pahang kul berapa ni?" Soal Ayu telah mengerling jam.
“Dalam setengah jam lagi." Tidak jadi menyelak kad kecil.
“Okey... so meeting pengurusan Cik Nia tak joinlah kan?"
“Join... join... saya balik malam esok juga."
“Malam esok? Eh... boleh saja Cik Nia tak join. Hari balik tu dikira hari perjalanan. Bermalam kat sana dulu. Bahaya balik malam-malam." Sedikit risau untuk bosnya.
“Insya-Allah... bukan jauh pun Kuantan tu. Lagi pun saya nak join farewell kak Salmi. Banyak Kak Salmi tu bantu saya awal-awal masuk kerja dulu. Lepas ni tak tahu lagi bila dapat jumpa, dah pindah ke Sabah kan..."
“Betul jugak tu... okeylah Cik Nia. Pergi tu drive carefully okey. So bunga ni nak saya letak kat meja ni, atau meja hiasan tu?" tunjuk jari ke arah meja sisi sebelah sofa two seater rapat ke dinding. Semak pula letak di atas meja L shape ni.
“Boleh juga... thank you..."
Sebaik Ayu melepasi pintu keluar, kad comel ada gambar teddy bear diselaknya.
'Hai Sayang...
Harap Sayang bersabar, ya...
Sikit saja lagi perjalanan kita, abang akan pastikan...
setiap malam sayang tidur dalam pelukan abang,
setiap pagi abang kiss bibir sayang penuh ghairah,
setiap malam sayang akan kepuasan menikmati abang...
Abang pula tak sabar nak tunggu masa itu tiba...
I love you, sayang... - suamimu Mahfuz...'
Terlempar kad ke atas meja
Suami!!! Sejak bila mereka menikah? Ini yang buat hatinya tidak sedap hati. Bukan mesej biasa. Kali ini hantar bunga pula! Patut ke dia ke balai polis?
Berdiri dia membawa semua barang peribadinya termasuk beg laptop. Bakul rotan turut disambarnya di bawa ke luar.
“Amboiii Cik Nia. Bunga tu pun nak usung pergi meeting ke?"
Salah seorang staf bawahan Adania menegur setibanya dia di tepi cubicle.
“Awak ambik bunga ni, tolong buangkan boleh." Sedikit tegas nadanya.
“Uihhh sayangnya nak buang..." bakul telah dihulur bos, dipegang. Tidak menyangka bakul rotan itu terlalu berat, terluncur daripada pegangannya. Alamak!!! Janganlah hancur bunga tu.
Ketika mengangkat semula, kiub kecil berwarna hitam tergoleh di kaki Adania. Kuih hitam telah dikutip diperhatikan. Ini kamera tersembunyi!!!
Tidak boleh tunggu-tunggu lagi, dibaling ke dalam handbeg. Ke mana lagi haluannya, semestinya ke balai polis terlebih dahulu.
.
.
.
.
.
Dua buah beg pakaian bersaiz besar berada di atas jalan tar. Timba dan gayung turut serta bersidai di hadapan rumah apartment lima tingkat. Tuan punya barang memeluk teddy bear bersaiz besar, memanjangkan leher mana tahu teksi telah tiba mungkin menyorok dicelah-celah deretan parking kereta. Terik pagi memanas menambahkan peluh yang belum kering. Boleh tahan lelah juga dia mengusung beg pakaian dari tingkat lima walaupun menuruni anak tangga.
Ada kereta berhenti di hadapannya bukanlah teksi, tetapi... “Encik Mahfuz..."
Tersenyum manis lelaki bertubuh gempal menuruni kereta jenis SUV. “Hai Nia..."
“Encik Mahfuz buat kat sini?" Hairan Adania, lain yang ditunggu lain pula yang tiba. Lebih gelabah ayam bila beg pakaian diangkut si gerangan berpangkat manager di pejabat yang juga penyelianya ketika latihan industri.
“Eh... Eh... Encik Mahfuz buat apa ni? Saya tengah tunggu teksi ni." Larangan Adania tidak dikisahkan malah kesemua barang miliknya telah tersumbat ke dalam bonet kereta begitu juga teddy bear dalam pelukannya telah dirampas, dihumban ke dalam bonet kereta.
Aduh... baik-baiklah letakkan teddy bear tu. Tidak terlepas nak berkata lebih. Hanya lirikan hujung mata tidak puas hati menyinggah. Sudahlah itu saja haknya menyayangi pemberian Adzrin. Dalam hati ini cinta Adzrin masih berbekas walaupun Adzrin menerima perpisahan daripadanya.
“Teksi tak datang."
Berkerut dahi Adania. Tak datang? Haaa... sudah. Encik Mahfuz juga yang beritahu teksi akan menjemputnya, bawanya pulang ke kampung. Ini kerana dia telah habis tempoh praktikal dan review diberikan Encik Mahfuz amatlah memberansangkan.
“Kalau macam tu tak apalah. Saya boleh naik bas..."
Tangannya tiba-tiba disambar Mahfuz lalu sumbat tubuhnya ke tempat penumpang bahagian hadapan. Badan saiz xxxl tu, mana mampu dia nak tolak.
“Biar saya hantar Nia balik kampung?"
“Hantar saya!!!" Lebih terkejut beruk Adania. Alamak!!! Macam mana kalau emaknya marah. “Tak boleh!!!" Laju nadanya meninggi kerana gentar akan kemarahan emaknya nanti. Apa pula emaknya akan mencaci bila tengok fizikal atas bawah Mahfuz.
“Kenapa?" Bebola mata terjegul sedikit. “Takut boyfriend awak marah ke?"
“Saya tak ada boyfriend..." langsung bayangan Adzrin menyinggah.
“So... tak ada masalah la kan."
Pintu telah ditutup, melekat sepuluh jari Adania ke cermin tidak rela dihantar pulang ke kampung. Aduh, menanah pula telinganya hendak mendengar bebelan emaknya. Bukan saja dia yang kena, seluruh ahli keluarga sorang-sorang akan dituju ayat-ayat asid emaknya.
Dalam kereta bergerak atas jalan besar, “encik... boleh berhenti kat bus stop tu. Nanti saya naik bas." Pintanya berlahan sejak mendiamkan diri sedari mula pemandu menekan minyak.
“Kan banyak kali saya dah cakap, Nia panggil saja saya abang. A... bang... abang."
Abang... gila nak panggil penyelianya abang. Bakal bos pula tu. Sementara mendapat surat tawaran bekerja tetap di syarikat tempatnya praktikal, dia nak berehat di kampung dulu. Sah-sah dia akan mengisi kekosongan di bahagian Encik Mahfuz tu. Salah seorang pekerja di situ tiba-tiba saja berhenti kerja 24 jam. Pelik juga.
“Cepatlah... saya nak dengar." Pujuk Mahfuz bunyi nadanya cukup teruja.
“Dengar apa?" Soal Adania blur. Dia mengelamun jauh tadi tidak tahu apa yang dimaksudkan.
“Panggil saya abang. Cepat, abang..."
Kecut liur ditelannya dalam bibir mengecut sedikit. “Abang," sehabis laju dia memyebut.
Kalau tidak kenangkan kebaikan Encik Mahfuz selama dia menjalankan praktikal, mungkin sekeras hati dia menolak juga. Sebelum keluar bilik penginapannya beberapa hari lalu, barulah dia tahu yang bilik itu sebenarnya disewa oleh Encik Mahfuz. Bukan syarikatnya sediakan untuk budak-budak praktikal duduk. Mati-mati selama beberapa bulan ini dia beranggapan pihak syarikat sediakan. Elaun praktikal bulanan juga telah diusul oleh Encik Mahfuz. Entah-entah, taksi yang dikatakan telah disediakan oleh syarikat untuk hantar ke kampung juga di sediakan oleh....
Anak matanya mengerling ke pemandu di sebelah. Teksi tak datang, tuan badan sendiri yang datang!!!
“Kenapa Nia pandang abang macam tu? Abang handsome ya hari ni?" Untuk hari ini dia telah memilih pakaian paling smart agar dapat menawan hati Adania dan juga menambat hati ibu dan ayah Adania. Hari ini dia akan usulkan niat sucinya untuk menghantar rombongan meminang minggu hadapan. Dan kalau boleh hujung bulan juga dia nak langsungkan perkahwinan mereka....
Melihat Adania duduk disebelahnya, tersenyum lebar bibir dek terlalu gembira. Lebih menggembirakan bulan hadapan Adania telah menjadi isterinya. Entah-entah, hujung bulan hadapan juga Adania mengandung anaknya. Haaa... bahagianya hidup.
“Macam mana penampilan abang? Okeykan?" Sambil membetulkan kolar baju. “handsomekan?"
Berani cakap tidak? Karang tidak pasal-pasal dia menunggu di bahu jalan tengah-tengah highway ni. Tapi... memang itu pun dia mahukan. Dari Encik Mahfuz jumpa emaknya, nazak mereka sekeluarga.
Nak sebut tak, “emmm..." itu pula yang keluar. Aduh... Mulut nikan, buat pasallah. Ditepuk kuat sekali.
“Eh... Kenapa Nia pukul mulut tu?" Sedikit gelabah di sebelah.
“Tak... ada nyamuk tadi."
“Nyamuk!!!" Ditangkap-tangkap angin walaupun tidak nampak nyamuk, tertangkap tangan Adania dipaha.
“Ahkkk..." terjerit sedikit juga menarik kasar. Apa pegang-pegang ni? Langsung disorokkan tangan rapat ke dada. Dibuatnya Mahfuz menyambar tangannya di dada ni, bukan saja tangan, dengan buah dada pun ditangkap Mahfuz... Haaa!!! tak rela. Mana lagi dia boleh sorokkan tangan ni? Serba salah tidak tahu nak sorok di mana.
“Opsss... sorry... sorry... abang nampak ada nyamuk kat tangan Nia tu. Abang nak tepuklah. Berani nyamuk tu kiss bibir Nia. Abang pun tak rasa lagi bibir Nia tu."
Terdiam keras Adania tidak berani menyahut. Dari percakapan Mahfuz dia sudah rasa lain macam. Malah rasa geli-geleman pula. Sebesar hama pun dia tidak ada perasaan sayang apakan lagi cinta. Hormat saja yang ada buat Mahfuz sebagai bos.
“Encik Mahfuz..."
“Abanglah sayanggg..."
Now, Sayang pula!!! Bukan hati, tahi telinganya yang cair kuning ni.
“Ada apa sayang?" Soal Mahfuz semula bila mulut kesayangan tidak bersuara lagi. Mesti malu-malu kucinglah tu bila dengar mulutnya memanggil sayang. Ishhh... Ni yang nak cium-cium wajah comel tu. Sabar... Sabar...
“Saya nak terima kasih kat Encik Mahfuz yang banyak tolong saya selama saya praktikal kat syarikat tu."
“Apa yang nak berterima kasihnya. Bakal isteri abang juga. Lepas ni Sayang tak perlu peluk teddy bear tadi tu lagi. Sayang boleh peluk abang ni. Abang ni barulah teddy bear sebenar. Peluk ketat-ketat tau." Tersenyum-senyum senang dapat luahkan ayat itu. Mulai saat ini dia akan luahkan ayat-ayat romantik saja. Adania sebagai perempuan pasti suka. “Abang akan bahagiakan Nia Sayang untuk selamanya..." mengomel sendiri.
Ingat telinga lintah Adania tidak dengar. Makin terkunci rapat bibirnya. Kalau bercakap lebih lagi, makin melalut Encik Mahfuz ni bercakap yang bukan-bukan. Peluklah, kisslah... eee... bukan perbualan level-level hubungan mereka.
Kalau dia melarang atau membantah, takut pula di apa-apa Encik Mahfuz ni. Ikutkan saiz badan, tidak mampu dia melawan. Sudah kalau begini gayanya, biarlah mulut emak sendiri menolak.
“Apa???" Soal semula Puan Rozie sebaik menerima tetamu masuk ke rumah. Itu pun suaminya ajak masuk. Kalau ikutkan dia, tengok saiz badan tu, sampai pagar rumah saja dibenarkannya. Sekali pandang sudah tahu niat kedatangan ke mari. Beberapa kali juga pandangan setajam mata pedang memancung anak perempuannya berani bawa lelaki balik ke rumah. Tanpa keizinannya pula!!!
Tidak memandang wajah kemerahan emak Adania, mata Mahfuz hanya keras ke wajah Encik Kamal. Baginya persetujuan Encik Kamal lebih kuat. “Boleh pakcik?" Soalnya untuk kepastian setelah meluahkan hasratnya. “Jika hujung minggu ni rombongan meminang datang, ikutkan rancangan saya hujung bulan ni kita langsungkan pernikahan. Saya harap Encik Kamal dapat mewalikan Adania untuk jadi isteri saya."
“Itu rancangan kau! Rancangan kami sekeluarga kau tak ambil kira? Kau ingat Adania ni anak patung. Mak dia hidup lagi. Ayah dia ni hidup lagi." Menujah-nujah jari telunjuk ke arah setiap muka.
“Sebab tu saya datang berbincang hari ni." Mahfuz meninggikan sedikit suara. Bunyinya lebih memaksa.
“Berbincang??? Tapi cara kau cakap tadi bukan berbincang. Kau nak kami sekeluarga ikut rancangan kau. Eh.. aku yang lahirkan Adania ni. Aku yang besarkan dia, suapkan makan bagi dia sekolah tinggi-tinggi kau ingat aku besarkan Nia ni untuk kau?" Marah Puan Rozie.
“Pakcik... tolonglah setuju dengan rancangan saya. Saya amat cintakan Nia. Saya tak boleh berpisah dengan Nia lagi. Tolonglah satukan kami."
“Hoiii!!! Kau ni tak faham bahasa ke? Atau kau ni otak udang tak reti hormat orang tua? Aku ni mak Adania tak benarkan kau kahwin dengan anak aku!!! Kau tu tak layak!!! Setakat pakai kereta besar, ingat aku terima kau dengan mudah? Kalau pangkat kau besar, kau tu tak reti hormat orang tua, jangan mimpi aku terima kau sebagai menantu! Tengok cara kau nak ambil anak aku tu pun aku boleh tahu kau bukan lelaki baik. Silap-silap hari bulan, bila Nia jadi isteri kau, kau halang Nia balik kampung ni pula. Kau putuskan Nia dengan keluarga dia." tuduh Puan Rozie lagi.
“Rozie... sudah... Kita boleh cakap baik-baik." Bantah Encik Kamal.
“Baik apanya bang. Budak ni nak paksa kita setuju. Aku tak benarkan! Sudahlah badan pun saiz xxxl. Kesian Nia, buat malu Nia nak mengaku ada suami xxxl ni. Lebih kau balik. Terima kasih hantar Nia. Tapi aku ingatkan sekali lagi, jangan pernah bermimpi nak ambil Nia jadi isteri kau!!!"
“Pakcik... saya kena kahwin dengan Nia juga. Sebab kami dah terlanjur..."
“Encik Mahfuz!!!" berderau darah Adania diam dicelah dinding sedari masuk ke rumah. Bahang panas naik hingga ke kepala.
“Betul pakcik... kami dah terlanjur. Kami dah hidup macam suami isteri selama Nia praktikal di KL. Hampir setiap malam kami melakukan hubungan intim. Jadi sebelum Nia mengandung, saya nak bertanggungjawab atas perbuatan kami. Sebab tu saya nak cepatkan pernikahan ni. Saya takut mana tahu minggu-minggu hadapan Nia mengandung anak saya. Saya nak bertanggungjawab."
"Kurang ajar!!!" Seluruh tubuh Puan Rozie telah menggigil meluru dan menyambar kepala Adania. “Kau memang nak conteng arang kat muka aku ke, hah yang? Aku benarkan kau belajar jauh-jauh tu bukan untuk kau bawa balik perut tau. Aku suruh kau belajar! belajar! belajar!!!" digoncang-goncang kepala Adania. “Untuk masa depan kau juga! Sekarang kau nak gelapkan masa depan kau sendiri! Kau memang nak orang kampung mengata aku sampai mati!!!"
Tudung Adania dicengkam lebih kuat ke atas biar rambut di dalam turut rabak dengan kulit kepala sekali. Begitulah sakit hatinya dirobek kepercayaan anak sendiri.
“Haaa... sakit mak... sakit..." menggigil bibir Adania menjerit dalam esakan kuat. “Nia tak buat mak... Nia tak buat... sumpah mak, Nia tak buat!" Tangan emak cuba dicapai agar lepaskan kepalanya, tidak berjaya.
“Kalau kau tak buat, kenapa lelaki gemuk tu berani cakap macam tu???" Ditolak-tolak pula kepala anaknya biar bergoncang otak. “Kalau kau mengandung yang, aku sanggup bunuh kau! Kau dengar tak ni!!!" Kali ini ditampar-tampar kuat pipi Adania biar berbirat, biar pecah bibir terabur gigi sekali pun tidak mampu melepaskan tahap kemarahannya kini.
“Sakit! Mak! Sakit!!!" dalam badan lemah berbisa-bisa rasanya masih bergelut tangannya minta dilepaskan. Datang ayah telah menarik tangan emaknya menjauh dari tubuh longlai kena belasah. Terlerai tudung menyembah lantai simen. Mujur anak tudungnya masih melekat menutup rambut walaupun telah senget-benget.
Dalam mata masih berkaca, mendogak ke atas. “Hei... apa benda kau cakap tadi, hah? Masa bila kau sentuh aku sampai aku nak mengandung!!!" Jerkah Adania langsung terbang segala hormat. “Kau fitnah aku! Kau fitnah aku!!! Badan aku ni tak pernah disentuh kau mahu mana-mana lelaki! Kau penipu! Penipu!!!" Dilaung cuba membelah diri tetapi berani lagi Mahfuz menghampirinya.
“Sayang... jangan takut. Kita kena beritahu hal sebenar. Barulah kita dapat bersatu." Dia ingin memujuk pujaan hatinya, ingin menyentuh tangan Adania untuk berdiri, dihalang tubuh Encik Kamal.
Iya... memang dia nak sorokkan anaknya dibelakang badannya. Dia percayakan Adania sepenuhnya. Tidak akan sesekali dia serahkan anaknya pada lelaki penipu ini!!! Marah dalam hati. “Pakcik rasa ada baiknya tuan balik dulu. Biar kami selesaikan dengan keluarga dulu."
“Tapi pakcik..."
“Balik tuan... pakcik cakap elok-elok ni. Pakcik akan berbincang dengan keluarga pakcik dulu. Nanti pakcik telefon semula."
“Tak boleh pakcik saya nak keputusan sekarang. Hujung minggu ni rombongan saya..."
“Balik dulu pakcik cakap!!!"
Muka Encik Kamal menjadi perhatian. Itulah kali pertama Adania mendengar suara tegas ayahnya. Selamat ini ayah dijerkah-jerkah oleh ibu juga, tidak sekali ayah meninggi suara. Tapi kali ini, untuk Adania... terkeluar suara jantan Encik Kamal.
Baliknya Mahfuz, tubuh badannya diganyang emak lagi. Mujurlah Amin dan Aiman baru pulang dari sekolah, melindungi tubuhnya telah berberat dari terus dilibas bulu ayam. Belakang tubuh adik-adik lelakinya juga turut berbirat melindunginya. Amin yang menghubunginya Adila menggunakan telefon rumah, balik petang itu juga merawat luka-luka diseluruh tubuh Adania.
“Mee goreng mamak, siap..."
Mati lamunan Adania bila serombong hidung membau semerbak wangi kelazatan buat perutnya makin lapar. Dapat makan panas-panas ni lebih sedap. Kenangkan jam menunjukkan 11 malam, mati niatnya. Nanti makin lewat dia sampai ke rumah.
Bungkusan teh ais ikat tepi serta bungkusan makanan telah bersangkut di celah jari. Apa lagi, bayar cepat-cepat, sampai rumah pun cepat, boleh makan panas-panas.
Beratur Adania di hadapannya ada tiga orang lelaki sedang membuat pembayaran. Dia berdiri di tepi meja sambil mengeluarkan wallet siap-siap senang membuat pembayaran.
Ting...
Gambarnya sedang berdiri dalam kedai mamak tertayang di skrin.
'Sayang tunggu abang ke tu? Abang on the way datang ke hati sayang ni. Malam ini kita akan bertemu, sayang. Esok pagi sayang bangun pasti ada dalam pelukan abang...'
Ting...
Kali ini video lucah pula tertera di ruangan mesej. Tidak mungkin dia nak buka.
Ting...
'Abang nak puaskan Sayang macam perempuan tu puas dalam pelukan lelaki tu. Sekejap saja lagi abang sampai. Malam ni juga abang akan buat berkali-kali hingga Sayang lemah. Nantikan Sayang...'
Menggigil tangan Adania hingga terlepas smartphone ke lantai. Ketika dia capai semula, tangannya menyentuh skrin 'play'. Kuat kedengaran suara perempuan mengerang.
Mengelupur Adania mematikan smartphone. Beberapa orang telah memerhatikannya. Bukan saja malu, keseimbangan badannya juga tidak stabil seiring dengan emosinya cukup terganggu.
"Mahfuz nak culik aku... Mahfuz nak culik aku..." terkumat kamit mulutnya dalam langkah gontai mencari jalan keluar tanpa kisahkan lagi bayaran yang perlu dijelaskan. Perasaan tidak senang hati bertukar cemas bercampur takut.
Bahunya ada yang rembuh, dek kepala lutut telah menggigil, tubuh lemah terjunam. Permukaan meja selamatkannya dari tersungkur ditambung.
Yang rebah, plastik teh ais tumpah ke atas seorang pelanggan sedang menunggu pesanan. Air itu juga tumpah ke atas ipad lelaki itu.
“Sorry encik... sorry... saya tak sengaja." Ucap Adania mengambil tisu diberikan kepada tangan cuna mengangkat ipad.
Sedikit kekecohan, mamak menghantar pesanan tadi turut datang.
Terdiam sekali lagi mulut Adania dan badannya lebih lemah. Lelaki berkulit gelap yang mengejarnya itu berdiri dihadapannya. Pasti dia tukang menangkap gambar tadi. Itu bermaksud lelaki negro itu orang upahan Mahfuz.
Meluru Adania lari keluar kedai.
.
.
.
.
.
Melekat kaki menekan pedal minyak, biar kereta selaju mungkin ke arah balai polis berdekatan. Mata Adania kerap singgah cermin pandang belakang. Ada sebuah kereta mengikutnya dari kedai mamak tadi, mencium bontot keretanya.
Melantun ke hadapan badannya walau mengikat tali pinggang keledar. Bontot keretanya di asak sekali lagi juga high beam tidak henti-henti diberikan kereta belakang.
Tidak mungkin dia nak berhenti! Biar sampai balai polis barulah dia berhenti!
Sekali lagi rempuhan dari belakang. Kali ini lebih kuat, hilang kawalan Adania melanggar pokok di bahu jalan.
Kepalanya terhentak stereng terasa berdenyut. Pandangan matanya nampak cahaya samar-samar sekejap-sekejap gelap.
Badan Adania terlalu perit, terasa ditarik keluar dari kereta. Sekejap terasa diangkat, kini terasa rebah ke bumi pula.
“Jangan! tolong! tolong!!!" Tenaga yang ada, sedaya upaya dia menolak badan yang datang merabat ke badannya semula. Pelopak mata digagahkan terangkat walaupun sedikit. Susuk bayang berwarna hitam sama seperti lelaki di kedai mamak tadi. 'Allah... lindungi aku...' bisik dalam hati Adania.
alhamdulillah... published juga Bab 4... tunggu next chapter bab 5 akan di unlock chapter. Terima kasih pada suka dan Komen... pada yang kurang suka, doakan sy dapat memikat hati anda... ;) Dan... pada readers berminat nak membaca novel-novel hebat daripada barisan penulis-penulis hebat yang bergelar Exclusive Author, anda boleh memilih karya-karya hebat dari penulis-penulis hebat dibawah ini: -Wanie Azlieana. -Rafizah. -ErraElla. -Lentera Maya. -Azzalea. -Mandakz. -Dreamy. -Fatih Tieha. -WiNWiN. -PinkRose -Wahida. -WaneyZack. -Ayana Zehra. -Nurul_MataPena78 -Che Da(Ayunifalin) and me, Syahduolva ;)
Share this novel