Hah... jumpa!!!
Satu lagi buku berkaitan sumber manusia ditariknya dari barisan susunan rak lalu diletakkan di atas enam buah buku kesemuanya di tangan sebelah. Langsung tangan kanan turut menampung buku yang makin berat tidak tertanggung. Buku-buku pun boleh tahan tebal. Semput nafasnya.
Dalam meniti di celah-celah deretan rak buku, telefon nak berbunyi pun masa itu jugalah.
Aduh... ni mesti si Tyara yang cari tempat duduknya di mana. Dalam pada hendak abaikan tidak boleh. Bunyi phone perlahan pun kedengaran kuat apabila dalam perpustakaan ni wajib senyap. Dia pun lupa hendak set dalam mood senyap.
Jadi tidak keruan bawa bebanan berat bercampur bunyi bising dan pastinya dia menjadi perhatian. Langkah makin laju dan mata tidak lepas mengerling phone di celah poket seluar.
Bang!!!
Terlentang Adania ke lantai turut ditimpa buku-buku tebal telah bercelerek.
Aduh... boleh tahan bisa juga badannya sambil terkitai-kitai bahagian yang pedih lalu tiba-tiba seluruh pergerakan tubuhnya jeda.
“Awak tak apa-apa?"
Kacaknya senyuman dia... tenggelam juga Adania dalam leka dunia.
“Awak... awak okey ke ni?" Kepala lutut sebelah telah mencium lantai, turut melambai di hadapan muka kaku.
Bunyi telefon tidak habis-habis berbunyi dalam masa tidak kena, menyedarkan Adania dari alam fantasi. Makin kelam-kabut gerakannya mengeluarkan hingga terjatuh telefon dari pegangan. Laju dia menyambar semula hingga tersentuh tangan lelaki sedang melutut di hadapanya lebih pantas mendapat phone. Terangkat semula tangannya mengalih.
Tetapi lelaki itu dengan selamba, menerima panggilan lalu ditekap ke telinganya.
“Nia sayang... kau kat mana? Jenuh aku cari kau ni? Tak nampak bayang pun dalam library tu?" Bisik Tyara yang masih mencari. Dalam dia menilik setiap celah ruang rak buku, selangkah dia ke celah rak seterusnya, langsung melantun kebelakang semula.
“Aku..." terdiam semula Adania dek bersuara biasa seakan kuat bunyinya dalam tempat sunyi sepi ini. "Aku duduk di meja tengah tu. Ada beg aku atas meja tu." Kali ini berbisik hingga bawah phone dirapatkan oleh lelaki yang tiba-tiba muncul. Pastinya dia yang rempuh lelaki itu dan jatuh salah juga pada dirinya.
“Okey... byeee..." laju Tyara matikan panggilan dan sempat menghendap lagi ke arah kawannya terduduk atas lantai. Amboi... date ke bekelah tu dengan boyfriend baru?
Telefon milik Adania dipulangkan semula. Kali ini Adania berjaga-jaga mengutip buku-buku yang dibawanya tadi kerana lelaki tidak di ketahui nama turut membantu.
“Saya minta maaf. Saya tak perasan awak ada depan saya tadi."
"It's okey, Adania..."
“Awak kenal saya?" Melantun soalannya.
Tetapi lelaki berwajah kacak itu hanya menggeleng lalu menunjuk kad yang tergantung di leher. “Kad pelajar awak bisik pada saya." Dia mengajuk cara berbisik Adania tadi.
Pecah ketawa cover mereka berdua agar tidak riuh.
“Biar saya bawakan buku-buku ni..." buku sedia dikutip menyangkut di lengannya, lebihan di tangan Adania turut diambilnya sebelum berdiri tegak.
Tangan dihulur ke arah Adania untuk membantu berdiri semula.
Tidaknya Adania nak sambut, laju dia berdiri sendiri dalam kaki kirinya terasa sedikit sengal. Tetapi masih boleh berjalan lagi. Kenalah cover sikit.
“Kaki awak okey ke tu? Kalau tak, saya boleh kendong awak ke meja."
“Gila???"
Pecah lagi ketawa perlahan, “tidak... saya main-main saja. Supaya awak tak malu depan saya."
Kali ini Adania betul-betul tersipu malu.
“By the way... saya Adzrin... and awak Adania. So kita ni pasangan AA lah kan."
“Pasangan???" Bergaris juga dahi Adania dengan kenyataan tidak sepatutnya.
“Iya... mungkin kita berjodoh?"
Memang tidaklah! Sebulan yang lepas dia baru saja putus dengan Haris gara-gara emaknya called sendiri Haris tanpa mengetahuannya. Emak marah-marahkan Haris dan minta jangan dekatinya lagi. Haris tanpa berfikir dua kali, menoktahkan hubungan mereka berdua. Dia juga telah mengambil keputusan untuk tidak bercinta lagi. Dia tidak mahu bebankan emosi Haris. Biarlah Haris fokus pada pengajian tanpa ada masalah datang daripadanya. Dan dia juga tidak mahu bebankan emosi mana-mana lelaki kerana taniat emaknya. Jadi dia juga perlu fokus pada pengajian.
“Nia..." tegur Adzrin sedang menghulur tangan ke arah Adania sama seperti lima tahun lepas.
Kini Adania tersandar terduduk di belakang timbunan buku di belakangnya hanya memerhati tangan itu penuh simpati. Tangan itu juga telah dilepaskannya sebaik dihambur ayat-ayat sinis oleh emaknya.
“Kau tu sedarlah diri sikit. Datang dari keluarga miskin, ada hati nak kahwin. Pergi cari harta banyak-banyak dulu. Senangkan mak bapak kau dulu, baru pasang niat nak kahwin. Ini, duit pun tak ada, simpanan lagi-lagilah tak ada, kerja tetap pun belum dapat, ada hati datang sini nak kenal-kenal dengan keluarga aku. Ingat ya, selagi kau tak ada harta, ada baiknya kau putuskan hubungan kau dengan anak aku. Kau tak layak untuk anak aku!!! aku dan keluarga aku tak terima kaulah!!! sebagai kawan anak aku pun, aku tak terima!!!"
Kata-kata emak cukup kejam buat Adzrin. Tanpa lebih lama Adania melayan perasaan lampau, cepat-cepat dia berdiri sendiri sambil mengibas-gibas blouse dan skrit labuhnya.
“Awak buat apa duduk kat situ?" Soal Adzrin tidak lepas menilik wajah yang amat dirinduinya.
“Saya..." melilau dia mencari buku yang dia Tyara berikan tadi telah dijatuh ke lantai kerana terkesima dengan kemunculan Azdrin, lalu dikutip semula. “Saya nak beli buku ni." Di tayang depan muka Adzrin. Buku apa pun dia tidak tahu, asalkan jangan buku pelik-pelik.
“Awak masih suka baca novel?" Soal Adzrin lagi. Apa tidaknya, kerana Adania dia turut terjebak membaca novel. Sejak perkenalkan mereka di perpustakaan, dia sering menghabiskan masa di perpustakaan selepas habis kuliah. Adania seperti mengelak dan tidak mahu berkawan dengannya, dia berusaha juga mencari punca untuk buat-buat terserempak. Bila Adania terbuka hati sedikit, mereka sering menghabiskan masa di perpustakaan untuk study dan bila penat, Adania akan membuka buku keramatnya. Apa lagi kalau bukan novel cinta, untuk release tention katanya
Pernah juga dia bertanya, “kenapa awak suka baca novel? Best sangat baca bahan-bahan tak berasas tu?"
“Hey... dalam novel ni penuh dengan kisah hidup tau. Banyak yang beri tauladan dan pengajaran. Yang baik-baik tu kita nak cedok, yang buruk jangan dibuat sekali. Lagi pun dalam kehidupan saya ni tak banyak warna. Dari novel ni dapat memberi saya pelbagai perasaan dan yang pastinya saya akan cari novel endingnya happy. Sebab kehidupan saya ni, belum nampak cahaya masa depan happy ending tu. Mungkin saya ni pemegang title anak dara tua kot. Jadi, dengan novel ni, saya dapat sedikit cahaya kebahagiaan tu." Itulah jawapan Adania tidak pernah dia lupakan. Kerana statement itu, dia tekad menjadi watak utama dalam kisah kehidupan Adania untuk hadiahkan sebuah happy ending dalam hubungan mereka. Tapi dia terlalu kerdil untuk melawan takdir, percaturannya kehidupannya tidak mengena. Dia dilahirkan dari keluarga fakir miskin. Emak Adania terang-terangan menolaknya sebagai calon menantu. Adania juga sekeras hati memintanya pergi agar maruah keluarganya tidak dicaci lagi.
Adania memandangkan novel di tangan, “hah.. ha'ah, masih." Mengaku sajalah.
“Saya ada nampak posting di fb ucap congrats untuk awak dan Haris dah bertunang semalam." Aduh... rasa kecewa amat terasa sejak mengetahui berita itu. Tidak berpeluang dia merebut hati Adania lagi. “Congrats Nia... akhirnya ada juga watak hero dalam hidup awak. Haris berjaya bawa awak ke happy ending."
“Oh... dia tak jadi bertunang. Si Haris tu larikan diri. Dia cakap Nia bukan jodoh dia..." sampuk Tyara dalam sibuk buat-buat baca novel dari tadi. Dia menutup muka dengan novel dari awal, bergerak-gerak bebola matanya ke kiri dan ke kanan mengikut arah mulut berbicara.
“Tya!" potong Adania tidak sanggup mulut Tyara mencanang lebih panjang cerita memalukan.
“Oh... gitu. Mungkin awak jodoh saya." Meleret senyuman Azdrin yang amat kacak.
Yes... dengan mudah dia tertawan hati pada Adzrin selepas beberapa bulan putus dengan Haris. Kerana senyuman kacak itulah sentiasa buatnya berdebar-debar telah membuka hatinya untuk terima cinta Adzrin. Debaran itu, kini terasa semula.
“Mungkin juga. Kau nak cuba sekali lagi ke? Sementara Adania masih single ni..." cadang Tyara masih berdiri di tengah-tengah di antara mereka berdua.
“Tya!!!" Ditelangkup permukaan novel ke mulut Tyara agar senyap. Dalam keadaan begini, sah mulut Tyara susah untuk diamkan. Kalau lebih lama lagi terjerongkoh ni, mahu seribu satu idea Tyara boleh bagi ni. Elok dia bawa Tyara keluar!!!
“Bukan sekali... hati saya memang berkali-kali ingin mencuba. Awak masih tersimpan rapi dalam hati saya." Luah Adzrin berbisik ke telinga Adania dalam tangan menghalang agar Adania tidak pergi.
“Okeylah... kalau kau sudi. Ni kalau aku tinggalkan Nia dengan kau, okey ke? Kau boleh jaga Nia? Tadi tu ada Negro kejar Nia ni. Itu yang kita orang menyorok kat sini. Agaknya terpesona dengan kecantikan Nia kot." Sempat berdekit-dekit Tyara ketawa kecil. Sengaja dia menukar sedikit cerita.
“Ayat terakhir tu saya amat setuju... saya tengok Nia pun makin terpesona. Awak makin cantik Nia. Awak buat saya jatuh hati sekali lagi." Semakin susah anak matanya ingin mengalih.
“By the way, kau buat apa kat sini? Beli buku novel juga ke? Atau stalker Nia ni?" Soal Tyara ingin mengalihkan perhatian Adzrin yang pandang Nia bagai nak terkam. Risau juga yang sorang ni mungkin buat perkara pelik-pelik pada kawannya. Ingat tadi mahu terus blah... ola siasat dulu.
“Saya sudi jadi stalker Nia. But saya di sini bukan nak beli novel. Tapi sayalah yang jual novel tu." Kini beralih juga ke wajah Tyara.
“Oh... sale kat sini ke?"
“Bukan-bukan... ni kedai buku saya."
Berhimpit Tyara melekat ke badan kawan baiknya yang sedikit tidak keruan sekejap-sekejap pandang ke arah luar. Nak larikan dirilah tu. “Nia... dia dah ada kedai bukulah... dia dah ada harta. Inilah peluang kau. Mak kau mesti terima dia ni. Biar Haris putih mata!" Bisik Tyara yang menyorokkan mulutnya guna novel di tangan dan berbisik ke telinga Adania memberi saranan.
“Kau ni Tya!" Menepuk lengan Tyara sempat mengerling sekilas Adzrin pasti memerhatikan tingkah laju kurang sopan mereka berdua.
“Okeylah Nia... aku balik dulu. Okey, adzrin... Congrats dah ada kedai buku ni. Dah nampak masa depan kau dan Nia ni." Giliran Adzrin dapat saranan daripadanya.
“Amin..." sengaja dia mengaminkan laju-laju ayat yang mungkin diangkat sebagai doa.
“So dah alang-alang ini kedai kau, novel ni kau belanja aku okey. Bye Nia... Thanks Adzrin..." Laju Tyara berlalu di tengah-tengah antara pertemuan kekasih lama.
"Tya... Tya..." panggil Adania juga selangkah ke depan, berdiri Adzrin di hadapannya tiba-tiba. Aduh... tidak berjaya dia mengekori jejak Tyara. Eee... Tyara ni memamg sengaja!
Dari jauh dia nampak Tyara berpaling semula dan angkat thumb up dengan kedua-dua tangannya lalu hilang di balik kereta.
“Nia... awak takut ke kena tinggal dengan saya?" Loreh senyuman tipis.
“Oh, taklah. Cuma saya pun kena balik ni. Em, buku Tya tadi biar saya bayarkan." Pantas tangannya membuka handbeg.
“Tak perlu Nia. Tak apa... saya belanja. Dan novel ni..." Novel di tangan Adania ditarik lembut. Pen di sebelahnya telah dicapai dan menulis sesuatu di muka depan lalu dihulur semula cara terbaik. “Yang ni untuk awak. Saya hadiahkan novel ni. Saya harap saya dapat jadi watak utama dalam hidup awak semula sama seperti novel ini." Dia telah membaca jalan cerita dan happy ending cerita itu pasti dapat membahagiakan Adania.
Nak tolak atau terima? kalau tolak banyak ceritanya lagi. “Okey... saya terima. Thanks Adzrin." Dipandang jam sekilas buat-buat nampak sibuk, “Okeylah Adzrin, saya pergi dulu."
“Nia... boleh kita minum-minum dulu. Berbual ke?"
“Tapi saya nak cepat..." dalam tangan sibuk menyeluk handbeg ingin keluarkan kunci kereta, sesuatu tiada dalam tu. Mana pula pergi wallet? Dia menyelongkar isi dalam hingga novel disuakan ke tangan Adzrin semula. Tiada!!!
Diingat-ingatnya, kali terakhir dia keluarkan di restaurant tadi!!! Allah... macam mana dia nak ke restaurant tu semula? Dibuatnya terserempak dengan lelaki berkulit hitam tu lagi?
“Nia... okey ke ni? Ada barang hilang ke? Beg duit awak hilang?" Meneka bila nampak mata Adania tegun ke arah deretan kedai paling hujung.
Mengangguk Adania dan terlepas wajah minta kesian.
“Awak ingat tertinggal kat mana?"
Mengangguk lagi. “Dekat restaurant hujung sana tu."
“Jom saya temankan awak ambil. Kalau tak ada juga, saya teman awak buat report polis, okey."
Polis!!! Aduh... kena pergi bagai polis juga ke ni? Makin serabut Adania pikirkan masalah nak ke balai polis, wallet hilang, nak elak jumpa lelaki berkulit hitam tu lagi dan masalah-masalah lain. Gontai kakinya mengikut di belakang Adzrin. Sebaik melepasi pintu kedai buku, dia menyorok di belakang badan sasa Adzrin. Dia takut kalau muncul lagi lelaki berkulit hitam itu atau nampak keberadaannya kini.
“Awak takut dengan negro tadi tu ke?" Soal Adzrin yang awal-awal lagi cam Adania kelibut masuk ke kedai bukunya tadi, nampak dengan jelas lelaki negro yang disebut Tyara.
Tidak mendengar suara menyahut dari belakang, terhenti langkah tiba-tiba. Adania merempuh belakang memandang tepat ke matanya yang telah memusingkan badan. Iya.. dia mahu Adania memberi perhatian kepadanya saja.
“Awak tunggu kat kedai sayalah. Biar saya pergi tanyakan. Restaurant Chinese Muslim di hujung tukan?"
“Tak apa... saya boleh ikut."
“Nia... Please, saya tak nak letak awak dalam bahaya. Saya nak lindungi awak. Terutama daripada si negro tu. Berani dia kacau awak. Saya jumpa sekali lagi, saya tumbuk muka dia. Duduk negara orang, berani buat kacau!"
“Okey... Okey... Saya tunggu dalam kedai awak." Dari dia biarkan Adzrin bertumbuk dengan lelaki kulit hitam tu, lebih baik dia elakkan kejadian tidak diingini. Menambahkan pening dia saja.
.
.
.
.
.
“Assalamualaikum Cik Nia..." sapa selepas mengetuk pintu tidak bertutup.
Laporan di tangan sedang disemak semula agar isi dalamnya lebih tepat untuk dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan, kewangan dan akaun jam 10 pagi nanti.
“CC..." Teruja dia melihat stafnya yang telah bercuti selama dua minggu munculkan diri. “Alhamdulillah, selamat pulang CC..."
“Cik Nia... Maaf, CC baru dengar berita sedih tu. CC tak sangka boleh pula perkara macam tu terjadi kat Cik Nia... Allahuakhbar..."
Perkara apa lagi kalau bukan pasal pertunangannya tidak jadi. Hari pertama dia naik kerja tiga hari yang lalu, seluruh bahagian ucapkan tahniah. Nak iyakan saja serba salah. Terpaksa juga dia cakap hal sebenar.
“Tak apalah CC... tak ada jodoh. Biarlah... saya pun malas fikir. Jadi macam mana perjalanan CC kat Umrah?"
"Alhamdulillah... semuanya dipermudahkan. Seronok dapat sampai ke sana, hanya Allah saja yang tahu."
Adania mengangguk setuju. “Saya pun harap suatu hari nanti saya dapat pandang kaabah, sujud depan kaabah, berdoa panjang depan kaabah."
“Insya-Allah Cik Nia. Banyakkan berdoa. CC kat sana pun sempat doakan untuk Cik Nia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki sampai ke Mekah tu bersama suami Cik Nia."
“Amin... kalau diizinkanNya, insya-Allah... sampai saya ke sana. Terima kasih CC doakan saya. Jadi, CC dah balik ni, lunch time nanti kita makan di Alamanda. Saya belanja hari ni. Ajak juga yang lain-lain, yang mana free. Yang ambil anak tu, kita bungkuskan saja." Rancangan tiba-tiba bukanlah sesuatu yang pelik. Sudah menjadi kebiasaan dia akan belanja staf-staf bawahannya. Paling tidak pun setiap pagi jumaat akan ada sekotak besar sandwich ke, kuih-muih ke atau makanan lain untuk berkongsi rezeki.
“Nanti CC sampaikan pesanan Cik Nia tu." Diletakkan paper beg ke atas meja. “Tak banyak pun Cik Nia, tapi ni ikhlas CC belikan dari Mekah sebagai buah tangan."
“Ya Allah... Susah-susah saja CC. Terima kasih. Saya terima."
Sebaik Chief Clerk atau lebih senang dipanggil CC sejak berabad lama berlalu keluar, dia mengintai isi dalam paper beg. Ada buah kurma, kekacang dan buah tin. Dimasuk ke mulut selepas bismillah dan selawat sebagai alas perut sebelum breakfast kemudian sambung semak laporannya semula.
.
.
.
.
.
“Kak Zara... tadi cakap nak singgah Watsons kan? Tak apa, saya pun nak masuk Packson tu sekejap. Kita jumpa kat escalators bawah." Pesan Adania sesudah membuat pembayaran makanan untuk lima orang makan dan bungkus untuk tiga orang telah dijinjing oleh anak-anak buahnya yang kebanyakkannya lebih berusia daripadanya.
“Tak apa ke Cik Nia? Takut Cik Nia tunggu lama pula."
“Tak apa... Awal lagi ni. Saya pun ada barang nak beli ni."
Di pertengahan jalan, mereka mula berpecah. Adania telah masuk area barangan perempuan, melihat-lihat handbeg sambil lalu dan masuk ke ruangan pakaian dalam. Dia pun nak melihat-lihat baju tidur. Mana tahu beli baju tidur baru dapat suntik sedikit kegembiraan di malam hari.
Lagi pun sejak beberapa hari lalu, malamnya kurang sunyi sedikit apabila sempat dia mengisi kekosongan dengan membaca novel dihadiahkan oleh Adzrin.
'Saya masih cintakan awak, Adania...' Adzrin.
Itulah ayat ditulis Adzrin dalam novel tempoh hari.
Ting...
'Awak dah lunch?'
Panjang umur Adzrin. Dengan lemah hati, 'alhamdulillah...' balas juga mesej.
Untuk dia buat tidak perduli, susah juga bila sudah terhutang budi. Dompetnya berjaya dibawa pulang oleh Adzrin dari restaurant yang ditinggalkannya.
Ting...
Sampai lagi mesej Adzrin, tidak sempat dia membaca kerana anak matanya mengecam susuk wajah seseorang sedang memilih baju dalam.
Itu bukan lelaki berkulit hitam yang mengejarnya ke Ishhh... betul ke dia tu stalker? Diupah oleh Mahfuz?
Wajahnya telah menyorok dicelah gantungan baju-baju tidur, naik malu melihat lelaki itu memegang baju dalam juga membelek luar dan dalam.
"Dia nak buat apa dengan baju dalam perempuan tu? atau dia buat-buat nak beli sebab aku dah nampak dia?" Mengomel sendiri. “Ke dia tu gila...ishhh." seram nak cakap.
Perasan sales girl berdiri berhampiran juga buat tidak tahu walaupun telah dipanggil lelaki itu. Agaknya takut sebab lelaki itu berkulit gelap. Siapa tidak takut tengok warga asing berkulit gelap yang selalu saja dikaitkan dengan kes-kes jenayah. Terutama kes rogol dan bunuh. Sepertinya juga, pertama kali nampak lelaki itu pun, sudah difikir buruk dan mahu buat perkara jahat kepada dirinya.
Lelaki sedang dihendapnya terpaksa bawa beberapa helai baju dalam ke arah sales girl yang lain kerana sales girl berdekatan tadi telah menghilangkan diri.
Tiba-tiba lelaki itu memandang tepat ke arahnya. Langsung terduduk Adania ke lantai. Tidak sempat dia bertindak, ada bayangan sepatu berkulit berderap-derap datang mendekati. Memang tidaklah dia nak menyerah diri, perlahan-lahan dia menyelukkan diri ke bawah gantungan baju. Sudahlah dia memakai baju kurung moden. Amat terbatas segala pergerakannya.
Telapak tangan telah telangkup mulut agar tidak berbunyi nafas. Biji matanya memerhatikan sepatu hitam berada di hadapannya dan berdoa agar beralih pergi cepat-cepat.
Muka lelaki berkulit hitam itu terjegul ke bawah. Terkesiap Adania menolak badan ke belakang.
“You!"
Dengar saja sergah lelaki berkulit hitam serta menujah jari telunjuk tepat ke arahnya, tidak tunggu sesaat lagi, laju langkah diambil terus berlalu keluar.
Mati niat membeli baju tidur, sebaliknya langkah terus ke parking kereta. Tunggu staf-stafnya di kereta saja daripada berpotensi ditangkap oleh lelaki berkulit hitam tadi.
alhamdulillah... update juga untuk hari ini... kita jumpa di hujung minggu hadapan pula... bye... Selamat menjalankan ibadah puasa... pada yang belum membaca naskah "Apa ke gila perempuan tu?" jemput baca. Pada yang rindukan kegilaan Sayang Seroja, nantikan edisi raya... jumpa lagi... pada yang suka boleh komen, pada yang kurang suka, saya memohon maaf...
Share this novel