BAB 2 - MENJADI BAYANG-BAYANG

Family Series 47297

“Aduh... ni semua pasal mulut-mulut makcik bawang tu la bercakap. Agaknya sampai ke pendengaran mak la tu." Teka Azalia mencari punca emaknya main suka-suka conner lap di saat-saat akhir. Akibatnya, Adania yang tanggung perit.

“Apa yang makcik-makcik tu cakap sebenarnya ni?" Soal Adila yang tidak tahu-menahu pangkal cerita. Sedang dia sibuk memunggah nasi di periuk besar di belakang luar rumah bersama beberapa orang kampung, tiba-tiba terdengar panahan suara emaknya. Laju dia masuk ke rumah dan ketika itu semua muka-muka kaum kerabatnya tengah tegang.

“Kak long tahu ajelah makcik Leha dan makcik Siah tu. Anak siapa yang dia tak jaja. Yang bagusnya dia jaja yang baik-baik aje. Itu yang dia cakap anak jiran sebelah rumah kita ni, si Yaya tu baru habis SPM. Dah ada yang masuk meminang. Kata makcik Leha lelaki tu jutawan segera. Jutawan tu letak duit hantaran RM25 ribu tau. Mak dengar la kot bila makcik Siah tu cakap, yang SPM pun RM25 ribu takkan si Nia ni RM15 ribu saja... hah... itu kot yang mak meletup." Cerita panjang Azalia. Sah... pasti itu puncanya.

“Aduhai... kenapalah time-time macam ni juga ada mulut nak keruhkan keadaan." Memicit kepala yang telah diserang pening lalu memandang adiknya yang baru keluar dari kamar mandi tersedia di dalam bilik itu. Melihat tubuh halus telah menukar pakaian serta make up tebal telah di buang, makin pucat muka tu. Rasa kesian makin bercambah kenangkan nasib adiknya seorang.

“Yang... kau nak ke mana tu?" Soal Azalia perasan adiknya telah mencapai bagasi dan mula menyimpan barang-barang peribadi ke dalam.

Apa gunanya dia bercakap lagi. Semuanya telah berakhir. Matanya juga telah bengkak kemerahan kerana menangis semahu-mahunya di dalam kamar mandi tadi. Tambahan pula Haris tidak menjawab panggilannya langsung. Mesej juga tidak berbalas. Sugul wajahnya tidak dapat di cover lagi. Now... rancangan terdesaknya, dia perlu jumpa Haris!

“Yang... sabar yang..." pujuk Adila telah berdiri di sebelah adiknya mengusap belakang tubuh agar bertenang. Selepas semua ahli keluarga senyap membawa haluan masing-masing tadi, dia menghubungi Adania di dalam bilik. Mujurlah Adania terbuka hati membuka pintu berkunci dan Azalia juga turut mengekori di belakangnya, mengunci pintu semula.

“Kak long... bukan mudah yang nak terima apa yang mak dah buat." Tubuh Adila dipeluknya. Makin lama makin erat sama kuat dengan esakan makin menjadi-jadi kerana terlalu kecewa.

“Betullah tu. Kak ngah faham, memang tak mudah yang. Tambah kau dah berhabis untuk mak. Tengoklah rumah kita ni dulu dari dua bilik, elok kau dah ada kerja tetap, kau ikutkan aje bila mak minta besarkan rumah, buat bilik seorang satu bilik. Kata mak senanglah anak-anak nak balik tidur duduk lama kat rumah ni. Bila kau dah ikutkan mak nak besarkan ruang tamu tu sampai lima keluarga boleh tidur bergelempangan, mak tetap ikutkan kemahuan dia. Tak adanya dia nak ambil kisahkan kecewa kau tu yang."

“Ngah!" Sedikit tegas sapaan Adila agar Azalia tidak menambahkan ruang kecewa Adania.

Terkunci terus mulut Azalia. Bukan takut tetapi mereka adik-beradik amat hormati kakak sulung mereka yang sentiasa mengambil berat.

“Sabar yang... mungkin nampak macam mak yang salah. Tapi kita tak tahu mungkin perkara ni berlaku sebab ada hikmah yang lebih besar Allah tentukan untuk yang. Yakin dengan ketentuan Allah, yang. Kalau ada jodoh yang, pasti bersatu juga nanti." Pujuk Adila agar adiknya yang masih memeluk tubuhnya lebih tenang.

“Yang nak balik KL..." itu keputusan muktamadnya pula sesudah mukanya disapu bersih. Semua pakaian dikeluarkan dari dalam almari, tanpa berlipat, disumbat terus begitu saja. Dia perlu cepat bertentang mata dengan Haris!

“Sekarang?Jangan macam tu yang. Berehat kat kampung dulu. Mungkin kita boleh berbincang lepas ni." Pujuk Adila lagi menarik tangan adiknya agar berhenti mengemas. Risaunya hendak lepaskan adiknya balik dalam keadaan emosi tidak stabil.

“Tak boleh kak long. Yang tak mampu. Kalau yang stay sini lagi, yang takut jadi anak derhaka. Biarlah yang balik KL. Doakan yang cepat tenang, cepat sembuh hati ni, barulah yang mampu nak balik ke kampung ni semula." Dalam ayat terluncur sama laju luncuran zip menutup bagasi lalu mencecah bumi. Tudung bawal telah disambar, menyarungkan ala kadar asalkan menutup aurat.

Ketika menarik bagasi, jalannya dihalang Azalia.

“Yang... kalau rasa keseorangan, sunyi perlukan teman berbual atau nak luahkan masalah, call kak ngah atau kak long. Ingat... yang jangan buat perkara bukan-bukan kat KL tu. Kami adik-beradik sentiasa ada untuk yang." Tubuh adiknya dipeluk erat.

Begitu juga Adila tidak berdiri saja, turut memeluk Adania dan Azalia serentak.

“Nia..."

Langsung mati bayangan semalam. Pandangannya kini tepat ke wajah menegurnya dengan nada teruja. Tiada orang lain yang dia ingin jumpa dalam saat-saat begini selain Tyara saja gerangan di hubunginya awal pagi tadi.

“Sorry Nia... aku tak datang hari pertunangan kau semalam. Kau tahukan aku ikut trip kawan-kawan ofis aku. Nak cancel... dari tahun lepas lagi aku dah bayar. Aku baru sampai malam tadi. Nah... hadiah untuk kau dan Cikgu Haris tu." Paper beg disua hadapan muka kawan paling baik sejak dari universiti lagi.

“Thanks..." liat teruk pun, ditarik juga hujung bibir agar nampak senyum sebagai penghargaan.

Perasan rentak nada Adania lain macam dan biji mata turut melirik tangan mengalih paper beg ke tepi, barulah dia perasan jari manis itu... kosong!!! Sepatutnya Adania akan terima sebentuk cincin emas belah rotan sebagai cincin tanda dan sebentuk lagi cincin pertunangan. Ini... sebentuk karat pun tidak ada! “Haiii... semalam baru tunang, takkan hari ni dah tanggal cincin..." mengusiknya nada gurau.

Air muka Adania menjadi lebih keruh, tertunduk sedikit agar dapat mengawal kolam matanya tidak tumpah. Ketenangannya yang telah dibendung baik-baik malam tadi. Atas sejadahlah tempahnya mengadu semua perasaan kecewa dan memohon kekuatan untuk terus hidup. Cukuplah dia menangis semahu-mahunya depan Sang Pencipta agar hari ini air matanya kering.

Tetapi, dia juga manusia biasa. Tidak mudah hanya semalaman semua kecewanya terlerai. Inilah dugaan terbesar dalam hidupnya.

“Kau orang berdua ni gaduh ke? Ala Nia, biasalah tu. Dugaan bertunang. Orang cakap time bertunang nilah dugaan besar tau. Kau kena banyak bersabar. Zaman aku bertunang dulu pun berapa kali aku bergaduh dengan Zikir tu sampai nak putus tunanglah. Alhamdulillah, kahwin juga aku dengan Zikir tu. Dah keluar seorang pun. Jadi, kau kena banyakkan bersabar. Contohi aku. Tapi part-part yang positiflah. Yang buruk tu jangan kau ceduh sekali."

“Okey..."

Haiii... sepatah perkataan saja terpacul keluar dalam panjang berjela dia beri ceramah. Muka bermuram durja buat dia makin pelik. Sepatutnya Adania gembira. Tapi... tak apalah. Kita pesan makan dulu. Manalah tahu kawannya itu penat baru habis kenduri. Bagi makan kenyang-kenyang, baru boleh soal lebih.

“Order makan, Nia. Takkan nak minum kopi tu saja." Tegurnya sambil mata menilik satu-persatu menu yang menaikkan seleranya makan. “Hari ni aku belanja, okey? Untuk tebus kesalahan aku tak dapat hadir pertunangan kawan baik aku ni."

Suara Adania masih tenggelam, terangkat pelopak mata Tyara. Tangan tengah menyelak buku menu turut jeda.

“Kau okey ke ni kalau kita lepak lama sikit ni? Tunang kau tak marahkan?" Sengaja petik mencari hint agar mulut berat dapat menceritakan masalah yang dia tidak tahu.

Tetap tiada respon. Tak apa... tak apa... pesan makan dulu.

“Awal kau balik KL Nia? Mak kau tak marah ke?" Masih cuba menggali punca. Muka renyok seribu tu sahih, mesti ada cerita di kampung dan tidak lain tidak bukan, kisah makcik Rozie la ni. Apa saja yang dia tidak tahu. Semua cerita dan masalah Adania dia tahu. Pastinya dia korek habis-habisan sepanjang bertahun-tahun mereka sambung belajar dan duduk bersama. Cuma ada yang terkini lagi ke?

“Nia..." rendah nada memujuk lalu dipegang tangan kawan baiknya.

Saat itu tidak dapat dibendung lagi kekecewaan, menutup muka Adania menangis semahu-mahunya sehingga bahunya turut bergoncang halus.

Yang memerhatikan semestinya terkesiap seketika sebelum mengubah tempat ke sebelah. Tubuh Adania ditarik dalam pelukan erat.

“Shhh..." mengusap belakang tubuh kawannya. Itulah perkara yang biasa dia buat kalau Adania menangis. “Nia..."

Dalam sedu, “aku... aku tak jadi bertunang. Keluarga Haris tak terima aku sebagai menantu lagi. Haris pun dah cakap... aku bukan jodoh dia..." makin deras esakan bila mulut menyebut ayat terakhir Haris. Itulah ayat paling dalam menikam hatinya.

“Allah... Nia. Sorry Nia... Aku tak tahu apa-apa ni. Apa yang dah berlaku kat kampung tu sampai keluarga Haris tolak kau? Kerja gila apa yang Haris cuba buat ni? Dia nak malukan kau ke?" Rasa kesian dan perasaan geram serta marah berapi-api datang serentak.

“Bukan Haris... mak aku..." tak terlepas lagi cerita sebenar kerana tangisnya makin menjadi-jadi, ditelangkup tapak tangan ke muka sekali lagi agar tidak menjadi tatapan umum

“Okey... okey... kau releks dulu. Ambil masa untuk tenang." Begitu juga dia, perlu redakan perasaan marah. Tangannya masih mengusap di belakang tubuh Adania, melingas di ruangan restaurant. Mujurlah ada beberapa pasang mata memandang sekilas dan kemudian tidak ambil port lagi.

“Okey... Sekarang kau tarik nafas dalam-dalam kau hembus. Bila kau dah ready, kau slow talk dengan aku. Tak apa, hari ni aku milik kau. Lagipun anak aku tu, pengasuh bawa balik kampung. Saja bawa jalan-jalan katanya. Laki aku pun kerja. Aku ada untuk kau Nia..." memujuk lagi agar Adania tidak rasa keseorangan.

Tyara duduk semula ke tempat asal, merapatkan badan ke meja agar dapat mendengar keseluruhan cerita tanpa tertinggal satu patah perkataan pun. Dalam sedap dia menyelami cerita Adania dan Haris siap boleh terbayangkan setiap babak bagaikan menonton layar perak, tengah klimaks tu, part makcik Rozie tarik tudung makcik Asnah pula, time tu jugalah makanan nak dihidang oleh waitress.

Potonglah!!!

“Hah... sambung-sumbung... lepas tu, mak kau dapat ke cakar muka mak si Haris tu?"

Dalam kecewa sekali lagi apabila terpaksa menceritakan semula, Adania teguk air membasahkan tekak yang kering terlebih dahulu. Kemudian barulah dia menggeleng kepala.

Menepuk kuat permukaan meja, Tyara kecewa. “Kalaulah makcik Rozie tu dapat cakar muka makcik Asnah tu... sikit pun cukuplah... sikit...berbaloi jugalah untuk kau Nia. Dah alang-alang makcik Asnah tu berminat sangat dengan anak jiran sebelah dia tukan. Pergilah kahwinkan anak kau dengan perempuan tu. Dia orang juga rugi tak dapat menantu sebaik kau Nia..." bergoyang-goyang tangannya ke udara, dalam mulut mempertahankan kawan baiknya. Ketika itu sempat lagi anak mata bertaut sekali lagi dengan lelaki tidak jauh dari mejanya. Mungkin terkejut dengan reaksinya menepuk meja dan nampak seperti dia dan Adania pula bergaduh.

“Kau ni... terkejut aku." Tidak kurangnya Adania sebagai tukang cerita juga lemah jantung dengan reaksi Tyara, telah memegang tangan Tyara tidak berani lepas. Takut ada pula tepukan susulan. Nak malu tu, tidaklah. Sudah biasa dengan Tyara yang tidak pernah tidak over acting, over excited kalau berbual atau menceritakan apa-apa saja cerita. Terus tenggelam rasa kecewanya, terbit pula rasa lucu.

“Sorry... sorry... so, sebab tu ke Haris cakap kau bukan jodoh dia?"

Part tu malas nak ulang-ulang dialog. Anggukkan sajalah lalu terkunci mulut. Bayangan Haris lemparkan ayat itu masih segar dalam ingatan ni. Lalu terlepas keluhan berat, “yang salah, bukan Haris, bukan keluarga Haris. Yang paling bersalah dan punca pada semua ni terjadi, keluarga aku."

“Dan kau tersepit ditengah-tengah, jadi mangsa keadaan. Sedangkan kau dah berusaha. Bermacam-macam kau buat untuk bersama Haris sebelum ni. Cukuplah Nia. Cukup. Dengar cakap aku ni, cukup! Jangan malukan diri kau. Aku tak sanggup tengok kau terhegeh-hegeh kat Haris tu lagi. Mungkin Haris tu betul-betul bukan jodoh kau. Dulu kau pernah bercinta dengan dia di zaman uni, terputus. Sambung balik hubungan, nak bertunang dah ni, tak jadi juga. Kalaulah lepas ni kau sambung hubungan kau orang berdua lagi, nikah sampai jadi, betullah Haris tu jodoh kau. Tapi, mungkin juga perkara ni terjadi satu petanda yang Haris tu bukan jodoh kau."

Adania cukup jelas mendengar, menarik nafas dalam agar menyerap kata-kata panjang lebar Tyara ke dalam hati dan jadikannya sebagai semangat untuk terus tabah.

Dia sambung menyuapkan makanan. Sungguh tekaknya tidak tertelan. Tapi takkan dia nak membazir walaupun duit Tyara yang membayar.

Ting...

Telinga lintah Adania mendengar bunyi notification mesej. Laju dia menyambar handbeg. Harapannya setinggi gunung. Amat-amat mengharap mesej itu daripada Haris. Kalaulah Haris mahu teruskan hubungan mereka, dia sanggup menunggu hingga keluarga mereka berbaik semula. Bertahun lama pun dia sanggup, asalkan Haris mempertahankan hubungan mereka.

Dalam sibuk mengeluarkan smartphone, wallet terlebih dahulu terkeluar dek ruang sempat. Papan skrin dipandang lama.

“Siapa Nia? Jangan cakap Haris?"

Tanpa respon, akur dia membuka video melalui notification. Aksi terkandung dalam video itu membuatkan dia terlempar phone cap Apple ke atas meja. Elok skrin yang cium permukaan meja.

“Lah... kenapa ni Nia?" Ini mesti kes Haris tidak habis-habis lagi! Entah-entah hantar gambar bertunang dengan jiran sebelah. 'Tunggu kau Haris, aku kerjakan kau hingga kau menyesal tinggalkan Nia!!!' marahnya dalam hati kerana jadi lelaki pengecut tidak berani mempertahankan cinta kawan baiknya.

Smartphone Adania di tangan Tyara. Terbeliak biji mata melihat video masih berjalan, cepat-cepat ditutupnya.

“Nia..." tercegang pula dia memandang wajah kawan baiknya itu. Masalah apa pula yang sampai kali ni? Kemudian dia pandang ke kiri dan kanan mana tahu ada orang lalu di belakangnya nampak video yang ditontonnya tadi. Mujurlah suara off.

“Siapa dia ni?" Soal Tyara makin tidak puas hati.

Di scroll mesej-mesej yang ada di atas. Mulutnya telah terngangar turut ditutup dengan telapak tangan. Tengok tarikh, mesej-mesej itu sejak beberapa bulan yang lalu. Cuma tidak kerap.

“Nia... dia nikan..."

Ting...

Laju ibu jari Tyara meluncur paling bawah.

“Nampak bestkan. Suatu hari nanti aku nak culik kau, aku nak paksa kau, bawa kau masuk ke alam bahagia aku. Seperti perempuan dalam video tu..." berbisik Tyara membaca mesej yang baru muncul.

“Kenapa kau tak beritahu aku, kau kena ugut macam ni?" Sedikit marah dengan kawan baiknya. Ada juga cerita yang dirahsiakan daripada pengetahuannya. “Haris tahu tak ni?"

Menggeleng laju. “Aku takut nak beritahu Haris. Aku takut Haris cari dia. Aku tak nak Haris dalam masalah. Lagi pun dia hantar video-video aje. Dia tak muncul depan aku lagi."

“Nia!!! Ni bukan video joget-joget tiktok tau. Ni video lucah! Aduh... yang kau pun berani pula simpan mesej tu, video-video tu? Dibuatnya orang lain tengok, Haris ke tengok tak pasal dituduh kau suka tengok video-video mengarut ni." Masih tidak lepas smartphone Adania di tangannya.

“Aku kena simpan untuk bukti tu." Malas nak cakap banyak. Kepalanya juga terasa makin berat. Tidak lega lagi masalah Haris, timbul pula masalah si Mahfuz ni.

“Macam mana kau boleh tahan dengan semua ni Nia? Perkara ni bahaya. Bukan boleh dibuat tak tahu." Aduh... panas balik hatinya. “Ni bukan ugut biasa-biasa Nia. Ni dah kes ganggual seksual. Kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu jadi kes rogol ke?"

“Kau ni... jangan cakap macam tu." Naik seram dengar perkataan tu. Apakan lagi kalau betul-betul terjadi. Rosak hidupnya buat selama.

Ishhh!!! Tak boleh jadi ni. “Jom Nia. Kita report polis. Aku tak boleh tahan lagi nak biarkan jantan tak guna ni ugut kau. Dia ni sebenarnya nak balas dendam dengan kaukan. Sebab mak kau tolak mentah-mentah pinangan dia dulu sebab muka pecah tembok dia tu. Mentang-mentang dia kaya, betulkan muka tu dulu. Ini nak upah orang culik kau pula. Eeee... jahat betul."

“Tak payahlah. Aku malas nak besarkan cerita."

“Habis kau biarkan saja macam ni, kau tak takut? Ishhh!!!" Geram betullah! Laju ibu jarinya menaip mesej.

'Kalau kau hantar lagi video bodoh ni, aku report polis!!!' send.

Ting...

Hai... laju balas.

'Cubalah... kau ingat aku tak tahu bukan Nia yang balas mesej. Kawan duduk depan Nia yang balas mesej. Ingat... aku sentiasa ikut Nia seperti bayang-bayang gelap.'

Kali ni Tyara pula melemparkan smartphone Adania tanpa rasa bersalah. Dia memerhatikan persekitaran. Sekali lagi dia bertentang mata dengan lelaki yang sama. Ishhh... Negro tu... dah jatuh cinta pandang pertama dengannya ke? Dari tadi asyik terpandang saja. Tahulah dia kelihatan cantik hari ni tapi...

Pandangan jatuh ke muka Adania yang sibuk menyimpan phone ke dalam handbeg semula...

“Nia... jomlah... aku tak sedap hati duduk sini lama-lama." Laju dia menarik tangan Adania lalu menyambar paper beg berisi buah tangan diberinya tadi lalu membuat pembayaran.

“Nia... kau okey ke ni?" menyoal sebaik berjalan ke arah parking kereta. “Atau... aku temankan kau tidur malam ni? Aku tidur rumah kau, okey. Boleh kita berdua buat party pijama." Berat hatinya membiarkan Adania balik seorang apakan lagi memendam rasa seorang diri di rumah.

“Tak payahlah. Kau tu dahlah baru balik. Kau spend time la dengan husband kau tu. Mana tahu keluar kedua pula. Aku dapat anak buah baru."

“Pandai kau ubah topikkan... Dahlah, aku tetap nak tidur rumah kau juga malam ni. Tak kiralah kau halau aku ke, tolak aku ke, aku nak tidur atas katil kau juga. "

Ditarik tangan Tyara agar berhenti. “Tak payahlah... Aku okey... kau jangan risau. Aku masih boleh handle." Ketika memandang wajah Tyara, anak matanya melirik jauh di belakang kawan baiknya itu.

Itu... itu bukan lelaki atas highway semalam tu ke? Lelaki berkulit gelap tu sepertinya tergopoh-gapah ke arah tempatnya berdiri kini. Hah... Sudah!!! sampai ke sini dia mengejar kerana tidak puas hati!

Tangan Tyara disambar lagi lalu berlari mereka berdua. Adania melilau mencari tempat menyorok.

“Nia!!! Kenapa ni? Kau lari dari siapa?" Dikerling ke belakang juga.

Hah! Negro tadi!!! Sah... Negro tu bukan jatuh cinta pandang pertama dengannya. Pasti lelaki itu orang suruhan Mahfuz!

Kini Tyara lebih laju berlari memotong Adania ke depan tetapi ketika membelok persimpangan deretan kedai, Adania menarik tangan Tyara membelok ke kanan masuk ke dalam sebuah kedai buku. Mereka berdua terduduk di tepi susunan buku meninggi di dinding cermin. Terhendap-hendap mereka di celah buku.

“Nia... kau tak ada pinjam kat alongkan?" Bisik Tyara.

“Kau gila? Asal pula aku sampai nak meminjam kat lintah darat?" menyoal semula.

“Bukan mak kau minta kau renovate rumah ke? Besarkan ruang tamu. Mana kau dapat duit?"

“Tidaklah sampai aku nak pinjam kat ahlong. Bank ada."

"Personal loan lagi?"

“Itu aje yang cepat." Adania tetap berbisik lagi.

“Overlap lagilah ni."

“Habis tu. Tu syarat mak aku kalau nak buat majlis pertunangan. So..." terdiam mulut sebaik nampak lelaki berkulit gelap berdiri di hadapan kedai tepandang-pandang sekeliling bagaikan tercari-cari. Beberapa minit kemudian lelaki itu mengambil langkah ke arah asal semula.

“Haaa... lega..." dua-dua tersandar ke timbunan buku melepaskan nafas panjang.

“So, maksudnya lelaki tadi tu bukanlah di upah oleh ahlong kejar kau kan? Maksudnya betullah sangkaan aku. Mahfuz tu upah negro tadi untuk culik kau. Tu pun kau tak nak tunggu lagi. Dah... Jom aku bawa kau report polis. Now!!!"

“Bukanlah..." Potong Adania. “Dia cari aku sebab dia marahkan aku bawa kereta semalam. Aku bawa melelong, break mengejut atas highway. Lelaki tu kat belakang aku. Agaknya tak puas hati lagi tu, sampai kejar aku hari ni."

“Apa? Kau ni memang tak sayang nyawa ke? Kot sayang gila pun kat Haris tu, ishhh... tak berbaloi la Adania!" Kini marahnya tidak boleh bawa bincang lagi kerana melibatkan nyawa pula.

“Adania???"

Kedua-dua mereka memandang gerangan berdiri tegak di hadapan suara yang menyeru nama.

“Alamak Nia... apa lagi yang datang ni?" Bisik Tyara telah mencapai buku di belakangnya lalu buat-buat membaca untuk menyorokkan mukanya. Sebuku lagi disua ke muka Adania agar sorokkan muka juga walaupun telah terlambat.

Tuan nama kena seru tergamam melihat susuk wajah kacak, hingga terjatuh buku yang diberikan Tyara.

“Adzrin..."

Pada yang terhibur, alhamdulillah dan yang kurang terhibur, sy memohon maaf. Jumpa lagi next chapter... bye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience