Aku masih lagi memerhatikan pergerakan Janna...Tiba-tiba Pak Hassan bersuara dan berkata denganku.
"Kau pun tahu jugak ke...siapa pontianak dan siapa yang sakit sebenarnya kat sini?"
aku tergagap..
"Tidak..saya cuma meneka kerana perangainya lain sekarang..."
Tetapi dalam hatiku aku juga pelik bagaimana aku dapat perasan begitu pantas....
Mata Janna semakin meliar dan mula mengeram halus..mula resah dan secara tiba-tiba menyeringai...aku jadi takut.
Janna mengcengkam kepala lututnya dengan kejap..aku pun tak tahu nak buat aper nih.Pak Hassan bertanya siapakah namanya dan mengapa dia menganggu anak cucu Adam??
Janna masih lagi dalam keadaan tadi dan hanya memandang sinis.Pak Hassan telah bertanya berkali-kali tetapi Janna boleh buat 'dek' aje.
Pak Hassan pergi ke dapur mengambil sesuatu. Aku melihat Pak Hassan mengeluarkan sesuatu yang bergumpal yang disimpan di dalam kotak kecil yang seakan-akan rambut.
Share this novel