Kisah 2
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Syafik menekan pedal minyak semahunya. Wan menekup muka, Adhan pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hafiz bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
“Aku rasa aku nampak pontianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita. Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Syafik ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Syafik cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan.
Hafiz pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.
“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hafiz.
Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hafiz pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.
“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya.
Share this novel