Kisah 1
Selepas makcik selesai berubat, kini tiba giliran kawanku pula. Kawanku itu memulakan bicara bahwa dia sering sakit dan bermimpi pelik dan menakutkan setiap malam.
Aku mendengar setiap butiran Syuhada. Aku melirik ke arah dua kawanku Janna dan Mas. Aku terperasan yang Janna bagaikan tidak selesa dan matanya meliar.
Aku menegur Janna tetapi dia buat tak kisah aje. Hembusan nafasnya juga kencang apabila Syuhada mengadu kepada Pak Hassan sedangkan aku dapat melihat Pak Hassan memandang sekilas ke arah Janna.
Janna mula gelisah.
Pak Hassan dan aku melihat keadaan Janna yang seperti serba tak kena. Aku hanya meneka dalam kesamaran...
Pas Hassan memandang tepat ke arah Janna dan membuatkan rakan aku Syuhada terpinga-pinga. Aku mengajak Syuhada dan Mas yang duduk bersebelahan dengan Janna berganjak dan pergi ke sofa yang berhampiran.
Syuhada kehairanan...Lantas aku menarik tangan mereka supaya beredar segera dari duduk disebelah Janna.
Share this novel