Pak Hassan memberikan isyarat kepadaku untuk mengejutkan Janna.. Aku menarik tangan Janna dan memapahnya.
Syuhada yang dari tadi takut dan matanya terbeliak kerana tak percaya apa yang berlaku di depan matanya mula memberanikan diri menolong aku menarik Janna ketepi.
Didalam hati kami masih tertanya siapa yang tidak puas hati dengan group kami?
Aku disuruh oleh Pak Hassan menyapukan air yang diberi oleh isterinya ke muka Janna. Dan dengan perlahan aku mengikut perintah.
Janna mulai sedar dan terpinga-pinga..badannya lemah dan dia mengadu sakit. Aku hanya menyuruh Janna berehat sebentar dan minum air kosong.
Kami bertanya kepada Pak Hassan dan dia menyatakan bahawa ada benda yang merasuk Janna.
Pak Hassan hanya menyatakan memang sebenarnya Syuhada yang sakit dan diganggu oleh pontianak itu tetapi apabila mengetahui bahawa Syuhada dibawa ke sini, pontianak itu terus berpindah dan memerhatikan pergerakan kami.
Itu sebabnya Syuhada merasakan biasa sahaja apabila ditanya oleh Pak Hassan..
Share this novel