Rate

Bab 2

Fanfiction Series 2702

"What?! Seriously Nisa?!" Suara di hujung talian itu hampir-hampir memecahkan gegendang telinga Laila Annisa. Dia menjauhkan sedikit iPhone dari telinganya.

"Eh, lek-lek ah. Ni bukannya first time Mr. Bang decide macam ni. Kau tahu je lah kan perangai dia macam mana. Suka tukar semua benda last minute." Nisa mendengar keluhan perlahan keluar daripada mulut Memey.

"Bila nak pergi?"
"Emm...tadi Ellen cakap Jumaat ni flight delay pukul 4.30 petang."
"Hah?!" Sekali lagi Nisa menjauhkan iPhone dari telinga. Perempuan ni memanglah!

"Wei, Nisa! Jumaat ni aku nak balik Malaysia dah! Aku nak bincang pasal wedding aku nanti. Aduh..." Memey memicit dahinya. Sumpah dia serabut gila sekarang!

"Emm...yang tu aku tak boleh tolong. Kau pergilah slow talk dengan Mr. Bang pasal ni. Mana tau kau 'terlepas' ke." Nisa memberi cadangan. Tapi satu habuk pun tak masuk dalam kepala Memey.

"Hmm...tengoklah dulu macam mana."
"Alah...Memey. Janganlah macam ni."
"Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Pergi merayu dekat orang tua tu suruh postpone proceed music video kita ni?" Suara Memey agak kasar. Nisa diam. Tidak tahu apa yang mahu dibalas.

"Eyy...dah lah. Aku banyak kerja ni. Nantilah kau call balik." Panggilan terus ditamatkan.

Nisa hanya memandang iPhone di tangannya. Wajahnya bertukar gelisah. Pasti sepupunya itu merajuk! Dalam kecelaruan mindanya berfikir, tiba-tiba terdetik satu idea bernas di benak fikirannya. Putra! Pantas jarinya mencari nama manager Memey dalam contact list.
Dia menunggu beberapa ketika.

"Assalamualaikum," Nisa tersenyum lebar.


******

TOKKK! TOKKK! Ketukan pintu kaca itu menyedarkannya daripada lena. Dalam mamai-mamai itu dia mengerling jam tangan. Sudah pukul 8.30 malam. Biliknya sudah separuh gelap, menandakan sudah tiada orang di bangunan Big Hit Entertainment. Memey memicit-micit kepalanya.

TOKKK! TOKKK! Ketukan kali ini lebih kuat. Memey tersentak. Baru dia teringat ada orang mengetuk pintu semasa dia terjaga tadi. Dia memanggil orang di luar untuk masuk ke dalam dengan suara serak basahnya.

Tubuh tegap dan tinggi lampai Putra berdiri di hadapannya. Lelaki itu duduk menghadapnya. Mata Putra memandang tepat ke arah anak mata Memey yang sememangnya sembap akibat dia menangis hingga tertidur tadi.

"Are you okay?" Putra memulakan bicara. Ada riak risau pada wajahnya.
"Hmm...okay." Pendek jawapan Memey.
"Cheat!" Buntang mata Memey mendengar kalimah yang keluar daripada mulut managernya itu.
"Betul. I'm okay."

Tipu lagi. Putra menggeleng-gelengkan kepala. Degil betul dia ni!

"Seriously okay? Habis tu kenapa mata tu bengkak je?" Putra senyum sinis. Memey tersentak. Pantas disapu air mata yang masih bersisa di kelopak mata. Tapi masih jelas nampak bengkak mata tu!

"Nothing."
"Huh..." Ada keluhan kecil terbit dari bibir merah Putra. Pasti dia bosan dengan kedegilan bosnya itu. Memey menutup mata. Suasana sepi seketika.

"Saya dah bagitahu Mr. Bang pasal awak nak balik Malaysia Jumaat ni."Suara Putra itu mengejutkan Memey. Pantas kepala gadis itu terangkat dan memandangnya.

"Hah?"
"Yup. Mr. Bang kata kita tak ada banyak masa nak proceed music video tu. So, team kita kena pergi Wales Jumaat ni juga." Nada suara Putra mendatar.

Memey menekup wajahnya. Dah agak dah! Mr. Bang memang macam tu. Hal family pun kene korbankan demi company. Aduh!

"Pasal perbincangan hari wedding awak tu, lain kali boleh buat. Bukannya awak nak kahwin minggu depan, lambat lagi kan." Putra menyambung lagi.

Kali ini Memey menongkat pula kepalanya di atas meja. Otaknya kian serabut. Pasti kedua-dua orang tuanya bising nanti. 'Eh, kejap! Kejap, kejap! Macam mana mamat ni tau yang aku balik ni sebab nak bincang pasal wedding aku? Sedangkan aku just bagitahu dia yang Jumaat ni aku balik Malaysia je. Aku tak cakap pun balik sebab apa. Hmm... pelik ni.' Omelnya sendirian.

"Putra. Macam mana awak tau saya nak balik ni sebab nak discuss dengan family pasal wedding saya? Haritu kan saya just cakap kat awak yang saya balik Jumaat ni je. Saya tak ada pula cakap saya balik untuk apa." Soal Memey bertalu-talu.

Putra memandangnya lama. 'Emm... nak bagitau ke tak? Nak ke tak? Emm' Emosinya berperang. Kalau dia bagitau bosnya yang Nisa menceritakan semua ini kepadanya, habislah dia kena marah dengan Nisa nanti. Tapi kalau tak bagitau perkara sebenar, dia nak bagi alasan apa pula? Aduh! Ah, bagi je lah tau!

"Cousin awak yang bagitau."
"Cousin?" Nada suara Memey agak tinggi.
"Hmm...Nisa bagitau." Jawab Putra takut-takut. Habislah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience