Rate

Bab 1

Fanfiction Series 2702

AZAN Subuh mengejutkannya daripada lena semalaman. Dia bingkas bangun lalu dicapai tuala dan terus ke bilik mandi. Usai solat subuh, dia bersiap-siap mahu ke tempat kerja. Shawl biru gelap di atas kepala dibetulkan sebelum dia mencapai handbag dan handphone. Kakinya menuju ke dapur.

"Amboi, Nana! Masak apa harini? Bau sampai ke pintu bilik aku," Memey menegur. Nana menoleh sedikit ke arahnya.

"Woi, Na! Bapak ah!Sejak bila kau rajin bangun awal lepas tu masak pagi-pagi buta ni?" Rien yang entah dari mana muncul itu bersuara. Terkejut mereka apabila suara Rien agak kasar menegur.

"Eh, Rien! Kalau bercakap tu soft lah sikit. Ni dah jadi bini orang pun still terjerit-jerit bila bercakap," Shaf baru turun dari atas. Di belakang nya ada Amin dan Fina. Diorang semua tu nak pergi kerja lah tu. Cuma Tasha aje yang belum nampak lagi batang hidung. Perempuan tu memang style dia bangun lambat. Since sekolah menengah lagi.

"Ya, itu dia ustazah Nor Shafiqah telah mem beri tazkirah subuh seketika tadi," seloroh Fina. Mereka semua ketawa kecil. Rien pulak macam biasa. Buat muka buruk and annoying dia tu. Dia memang tak berapa suka orang tegur pasal cara dia bercakap. Dia kata memang tak boleh control dah suara tu. Hai lah Nur Safiyya Qairina. Mujur kau dah kahwin. Biar laki kau pulak tegur kau lepas ni.

Mereka semua bersarapan bersama. Memang itu rutin harian ahli-ahli banglo dua tingkat di Insadong, Korea Selatan ini. Lapan wanita ini ber temu semenjak tingkatan 1 di Asrama Sri Semai Bakti Kuantan dulu. Lepas SPM, Allah buka pintu rezeki diorang dapat tawaran ke Seoul National University. Tapi semua ambil course lain-lain. Lepas graduate cari kerja kat Korea and duduk situ sampai sekarang.

Setakat ni Rien, Shaf dengan Fina aje yang dah berumah tangga. Lain semua status single lagi. Hah, dengar kata Baba pun nak kahwin hujung tahun ni. Tapi tak tau jadi ke tak. Baba takde kat Korea since last week. Dia outstation pergi Hong Kong. So, tinggallah mereka tujuh graduan Seoul National University di banglo itu.

"Memey." Amin memecah kesunyian.
"Apa?"
"Bukan harini kau dapat manager baru ke?"
"Haah. Kenapa?"
"Emm...takdelah, sebab aku tengok kau ceria lain macam aje pagi ni," kening tebal Memey berkerut. Apahal budak ni cakap macam tu?
"Lain? Apa yang lain doh? Aku tengok sama je hari-hari best friend kau ni," Tasha mencelah.
"Ha...takde apa-apalah!" Amin menutup topik. Tak nak kena kecam lah tu. Haha.
"Wei, korang! Aku kena gerak dah ni," ujar Memey setelah mencuci pinggan ala kadar. Teman-temannya yang masih menjamu selera hanya mengangguk.

Enjin Honda Civic berwarna perak itu dihidup kannya. Kurang tiga minit, bayang Memey bersama Cik V kesayangannya itu hilang dari pandangan.


******

"Baik, tanpa melengahkan masa saya menjemput kakitangan baru kita masuk. Mr. Alif, come in." Mr. Bang Si-Hyuk bersuara dia hadapan pekerja- pekerjanya. Semua mata tertumpu ke arah pintu bilik mesyuarat. Tapi Memey buat endah tak endah. Dia sibuk membalas mesej tunangnya.

"Sayang, cepat-cepatlah balik. I tak sabar nak bincang pasal wedding day kita nanti."
"Ya, I pun tak sabar actually. But now I kena fokus dengan job baru I."
"Hmm...takpelah. Orang tu sejak popular ni dia dah lupa orang kat sini."
"Alah...merajuk pulak sorang ni."
"Hmm."
"Ish, sayang...janganlah macam ni..."
"Ha...tau takut." Dia tersenyum sendiri.

"Memey!" Lamunannya terhenti. Hampir terlepas iPhone di tangan. Pantas kepalanya mendongak, memandang Mr. Bang Si-Hyuk yang menunjukkan reaksi muka tidak senang dengan perbuatannya. Semua di situ memandangnya.

"Pay attention please." Nada suara Mr. Bang memberi amaran. Memey memandang ke depan.
Tahu malu! Jimin di hadapannya menahan tawa.

"Jadi, saya harap semua dapat memberi kerjasama sepanjang saya bertugas di sini. Dan untuk bos saya, saya minta sangat tunjuk ajar daripada bos untuk saya lebih mahir dalam job saya ni. Emm...so itu saja. Terima kasih semua." Semua ahli di dalam bilik mesyuarat memberi tepukan.
Memey melihat pemuda yang berucap tadi. 'Ni ke manager baru aku?Hmm...boleh tahan. Tapi ayat dia tu tadi cliché sangat. Dah lapuk. Mesti geng budak-budak noob masa belajar dulu.'Bebel nya di dalam hati.

"Dengan ucapan Mr. Alif tadi, maka berakhirlah mesyuarat kita pagi ini. Semua boleh bersurai." Semua ahli di dalam bilik itu mula melangkah kelu ar. Kini, hanya tinggal Mr. Bang, dia dan Mr. Alif sahaja. Kedua-dua lelaki itu seperti membin- cangkan sesuatu sambil mata memandang ke arah Memey yang duduk terpaku di kerusinya.

"So, Mr. Alif. You may start your job today. Any help just ask your new bos, Memey. She is a talkative person so don't be afraid of her even sometimes her face mostly like a hungry lioness." Mr. Bang buat lawak pulak. Mr. Alif ketawa kecil. Mujur perempuan tu tak dengar.

Memey menghampiri mereka berdua. Selepas itu, Mr. Bang keluar tanpa berkata apa-apa kepa- danya. 'Eyy...nasib kau bos besar!' omel hati kecilnya.Kini hanya tinggal mereka berdua di situ. Mr. Alif memandangnya. Tinggi Memey lebih kurang paras dagunya sahaja. 'Hmm...tinggi jugak budak ni!' Tanpa sedar hati Memey memuji lelaki itu.

"Emm...so, awak ni lah yang ganti Park Chae- Young kan?" Mr. Alif mengangguk tanpa bicara.
"So...jomlah ikut saya pergi meja awak." Mr. Alif berjalan mengiringi Memey.

******

Pintu kaca yang berketinggian 200 cm itu ditolak. Memey melangkah ke arah mejanya. Berhadapan mejanya itu ada sebuah lagi meja yang dikhaskan untuk manager. Pada satu sudut bilik itu, terdapat sebuah pantry, almari dan katil. Dah macam apartment dah bilik tu.

"Joh-eun achim. Jasin-eul sogaehasibsio. (Selamat pagi. Perkenalkan diri anda.)" Memey memulakan bicara setelah duduk. Mr. Alif turut duduk di hadapannya.

"Joh-eun achim. Ulineun malleieoloman malhal su isseubnikka? (Selamat pagi. Boleh tak kita bercakap bahasa Melayu sahaja?)"

"Sure, can. So...please introduce yourself." Memey cuba melentur suaranya. Dia sebenarnya dah annoy dengan lelaki ni. 'Apa bendalah dia ni. Nak kerja kat sini tapi tak reti cakap Korea. Ini Korea bukan Alor Setar lah encik abang oi!

"Nama saya Mohamad Alif Putra bin Jamaluddin. Boleh panggil saya Putra. Umur saya 24 tahun. Saya pemegang ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jurusan komunikasi dan ICT from Universiti Malaya." Sekali lafaz sahaja dia bersuara. Laju betul!

"Oh, graduan UM! Okay, okay. Umur berapa tadi 24 eh? Oh...tua setahun lah daripada saya." Putra mengerutkan dahi. 'Aik, perempuan ni muda pada aku? Tapi muka macam mak orang!'

"Awak asal orang mana eh? And, macam mana awak dapat kerja kat sini?"

"Saya asal dari Pahang. Emm...actually kakak yang mohon kerja kat sini untuk saya sebab after dapat degree last year, saya tak dapat tawaran kerja mana-mana pun kat Malaysia."

"Oh, I see. Emm...betul ni awak memang nak kerja kat sini?" Putra mengangguk yakin.

"Serious awak boleh buat apa yang saya minta tolong? Sebab kat sini awak bukan jadi editor sahaja. Awak kena jadi manager saya juga tau."
Putra mengangguk lagi.

"Hmm...okay. Takpelah kalau macam tu. So, start esok dan hari-hari seterusnya awak datang kerja terus masuk bilik ni and duduk dekat meja tu." Putra menoleh ke arah meja di belakangnya.

"Dalam bilik ni hanya ada barang awak dengan saya sahaja. Jangan bawa dokumen orang lain masuk dalam ni. Bahaya."

"Bahaya?" Soal Putra.

"Haah bahaya. Nanti saya bagitahu kenapa." Putra hanya memandangnya pelik.

"Awak boleh guna pantry kalau nak buat air ke apa ke. Tapi almari tu jangan buka! Never and ever! Katil tu pun jangan nak sedap-sedap baring atas tu! Paham?" Ujar Memey sedikit tegas. Putra agak terkejut dengannya. Tiba-tiba sahaja mood bertukar jadi singa kelaparan ni!

"O...okay."
"Hmm...baik. Kalau dah takde apa-apa, meh ikut saya round bangunan ni." Ujar Memey seraya bangun dari duduknya. Nada suaranya kembali seperti biasa. Putra hanya menurut apa yang gadis itu perintahkan.

Pintu kaca itu ditutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience