Rate

Bab 4

Fanfiction Series 2702

PUTRA merenung potretnya dan Anis Batrisya yang bergantungan pada dinding. Dan, untuk kali yang keberapa dia mengukir senyuman sendiri. Dalam mindanya sudah terbayang suasana di hari bahagia mereka nanti. Baju Melayu songket berwarna ungu gelap yang dipilihnya sebulan selepas majlis pertunangannya menerjah fikiran. Dia semakin tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Tempoh tiga minggu itu dirasakan begitu lama buatnya.

Bunyi pemberitahuan aplikasi WhatsApp di telefon bimbit menghentikan lamunannya. Laju sahaja dia melihat foto yang dihantar oleh anonymous itu.

Dia terpempan. Diam tidak berkutik. Terkejut, pelik, geram semua ada. Memorinya tiba-tiba melayang kepada peristiwa hitam kira-kira lapan tahun lalu...


******

"KAK Jamel!" Suara lunak budak perempuan itu serba sedikit telah mengganggu fokusnya untuk mencari kayu api kering. Pantas dia menjeling tajam budak perempuan itu. Tapi budak tu buat bodoh je.

"Ya, kenapa Ain?" Pemilik nama Kak Jamel itu bertanya lembut.

"Banyak ni cukup tak?" Soal budak perempuan itu sambil menunjuk ke arah timbunan daun kering di depan khemah mereka.

"Bolehlah tu," Jamel memunggah
peralatan memasak daripada beg.

Ahli kumpulan yang lain masih belum nampak batang hidung. Lama benor cari buluh dengan kayu api. Tapi, tak hairan juga sebab malam semalam hujan lebat masa diorang kat kaki gunung. Pagi tadi masa baru mendaki pun laluan licin. Tapi, alhamdulillah diorang selamat sampai kat tapak camping.

"Ain,"
"Ya, akak,"
"Jom teman akak turun bawah kejap. Ada barang tertinggal," Kak Jamel bangun sambil menyapu-nyapu tanah yang terdapat pada seluarnya.

Ain menghentikan kerja-kerjanya. Dia mula menapak mengekori langkah Kak Jamel. Lebih kurang sepuluh minit perjalanan, tiba-tiba Ain merasakan kakinya ditarik kasar oleh satu tangan yang besar. Serta-merta tubuh gempalnya terdorong ke hadapan. Dan dalam masa yang sama dia menolak tubuh Kak Jamel. Semuanya berlaku begitu pantas.

Ain tidak mampu mengangkat wajahnya yang tersembam kuat sebentar tadi. Kepalanya berdenyut. Ekor matanya menangkap cecair merah yang menitis daripada tepi kepalanya. Pandangannya semakin kabur. Suara Wawa dan Yun dapat didengar oleh gegendang telinga sebelum semuanya menjadi gelap, kelam. Dia pengsan.


******

KELOPAK mata dibuka perlahan. Kepala masih berdenyut. Suara Nana menyapa halwa telinganya.

"Mey! Alhamdulillah kau dah sedar," ujar Nana ceria. Dia masih lagi terpinga-pinga. Tidak tahu apa-apa langsung.

Apa yang dia tahu kini, kepalanya sedang berbalut dengan kain putih. Aku kat hospital ke ni? Itu soalan yang terbit dalam mindanya. Namun, tidak terungkap oleh bibirnya.

"Kau tak sedar lima hari Mey," ujar Nana mematikan lamunannya.

"Hah?"
"Kau jatuh masa turun dengan Kak Jamel kat Gunung Ledang haritu. Kepala kau terhantuk kat batu," terang Nana tanpa dipinta. Otak si gadis yang terbaring di atas katil itu masih lagi memproses. Apa sebenarnya yang terjadi?

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Nana...Nana...Kak Jamel. Kak Jamel mana?" Soalnya cemas. Nana merenungnya sebelum lambat-lambat menjawab.

"Kritikal. Now dia kat ICU. Sudahlah. Bukan salah kau pun," ujar Nana seakan faham apa yang tersirat dihatinya.

Memey merenung sayu pada selimut yang membaluti tubuhnya. Raut wajah musuh tradisinya tiba-tiba menerjah fikiran. Dia tersentak. Habislah dia lepas ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience