Rate

Bab 3

Fanfiction Series 2702

PESAWAT QR 859 Boeing 777 Qatar Airways akan berlepas 40 minit dari sekarang. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dipenuhi orang ramai sejak mereka sampai dua jam lalu. Mata Memey tidak lekang daripada screen iPhone miliknya sedari tadi. Dia bosan.

Hari ini sepatutnya dia menaiki pesawat Malaysia Airlines System untuk pulang ke tanah air. Tapi jauh pula menyimpang destinasinya hari ini. Dia geram. Sungguh dia geram. Kalau tidak kerana music video yang berdurasi lebih kurang lima minit ini, dia sudah berada dalam pesawat MAS pukul 12.45 tengah hari tadi.

Tapi, biasalah. Kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Sekarang dia terpaksa menunggu di departure lounge Incheon International Airport ini bersama crew Big Hit Entertainment. Memey seperti cacing kepanasan. Sekejap dia berjalan ke hulu ke hilir di ruang yang dipenuhi ramai orang itu. Lepas tu ambil phone buka Insta, WhatsApp, Twitter dan segala jenis apps dalam tu. Kadang tu dia tengok kiri kanan depan belakang, tengok orang lalu-lalang. Memang tak ada kerja!

Putra yang memerhati bosnya itu sedari tadi tertawa kecil. Comel pula bosnya dalam keadaan begitu! Desis hatinya. Crew Big Hit yang lain biasa sahaja. Tetapi cuma bosnya itu yang tidak senang duduk. Gelisah yang amat!

"Attention to Qatar Airways' Boeing 777 passengers, please go to door B as the plane will depart 20 minute from now."

Panggilan masuk ke dalam pesawat itu sedikit sebanyak meleraikan kegelisahan Memey. Dia melangkah masuk ke dalam pesawat. Mujur seat yang dia dapat sebelah tingkap. Tak adalah nanti dia 'memerap' je dalam flight tengok muka orang.

Baru je nak terlelap, tiba-tiba dia rasa ada orang tersiku lengannya. Terus bulat matanya dan memandang orang di sebelah. Putra! Lelaki itu buat bodoh je. 'Takkan dia tak rasa kot dia siku lengan aku tadi?' Memey pandang luar tingkap. Malas hendak tengok muka managernya itu. Matanya semakin layu. Pendingin hawa yang menyapa mukanya menambah
lagi rasa selesa dan nyaman. Dia tertidur.


******

"MEMEY! Memey! Bangun Mey!" Sayup- sayup suara garau itu menyapa telinga. Memey membuka matanya perlahan. Wajah Putra menjadi tatapan pertama. Tapi...alamak! Baru dia perasan. Kepalanya terlentok cantik atas bahu Putra!

Pantas Memey mengangkat kepala. Malu oi! Memey acah-acah tengok phone. Tapi pipi merah macam terlebih letak blusher! Putra tersenyum. Adui lah! 'Mana aku nak letak muka lepasni!'

"Dah nak sampai ke?" Akhirnya Memey memberanikan diri untuk bertanya. Dia malu lagi tu sebenarnya! Tapi acah cool.

"Haah." Suasana kembali sepi. Tak tahu nak borak apa. Masing-masing tengok phone je lah.

"Lena tidur tadi." Putra mengejek. Dia menahan tawa. Terlepas juga akhirnya!

Memey memandangnya. Cepat-cepat dia mengalihkan mata ke screen iPhone. Malas nak jawab.

"Tak cakap terima kasih pun tumpang bahu orang tadi." Putra mengejek lagi. Tapi Memey buat pekak je. Dia rasa nak tampal pinggan je kat muka tu!

"Lain kali kalau nak tumpang bagitahu awal-awal. Senang nak standby peha saya ni!" Riak wajah Putra selamba sahaja.

Memey pandang Putra tak puas hati. Melampau! Ada kena tendang layang juga sorang ni! Eyy...sabar Mey, sabar. Selagi boleh sabar, sabar je lah. Dia buat pekak je telinga. Matanya memandang keindahan kota London yang dilimpahi cahaya lampu berwarna-warni. Tidak lama saja lagi pesawat itu akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.


******

BLAIR VICTORIA HOTEL
Deela mencuit hidung mancung Memey. Berkerut-kerut dahi Memey sebelum perlahan-lahan terbuka matanya. Deela dan Az sudah tersengih-sengih.

"Kak Long! Bangun Kak Long!" Mereka berdua ketawa. Kak Long ialah gelaran Memey di dalam keluarga besar mereka.

Memey menggosok-gosok matanya. Lambat-lambat dia bangun dan terus menuju ke hadapan cermin meja solek. Tangannya ligat menyimpul rambut hitam keperangan separas dada itu. Setelah mengenakan shawl ala kadar, dia mengambil kasut di tepi pintu. Dia mengantuk lagi tu!

"Hah, bangun pun kau! Ingatkan nak tidur sampai esok pagi!" Suara Yan itu membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya. Mr. Bang menggeleng-geleng kepala. Nisa dan Lily berpandangan sambil menahan tawa.

"Beolsso, meomchwo! (Sudah, berhenti!)" Hah, tu dia! Mr. Bang meleraikan suasana dengan bahasa ibundanya. Semua diam, termasuk cameraman sekali. Tau takut bila orang tua tu naik angin!

"Emm..okay okay. Jom kita gerak sekarang. Dah pukul berapa ni." Jaja mengubah topik.

Tiga buah van khas untuk mereka sudahpun dihidupkan enjin. Semua peralatan sudah disiapkan awal-awal lagi. Destinasi mereka hari ini hanya lebih kurang 20 minit dari hotel. Memey hanya merenung ke luar jendela.


******

"AND, cut!" Suara Lee Young-Jae, selaku pengarah music video Night Changes ini bersuara lantang. Memey, Jaja dan Az kembali seperti biasa setelah bertungkus- lumus melakonkan babak yang agak meletihkan mereka tadi. Deela bersiap sedia kerana selepas ini gilirannya pula untuk babak seterusnya. Babak ini merupakan babak terakhir untuk hari ini di Istana Buckingham. Hari esok mereka akan ke tempat lain pula untuk menyambung lagi shooting.

"Memey!" Kepala yang dilitupi shawl merah jambu itu menoleh ke belakang.

"Nah," sebotol air mineral dihulurkan lelaki bertopi hitam itu. Memey menyambut agak lambat huluran itu. Dia tak dahaga pun.

"Nak apa-apa lagi tak?" Soal lelaki itu kembali setelah Memey hanya berdiam diri dan memerhati lakonan di hadapan matanya.

Memey menoleh semula ke belakang. Muka tidak puas hati jelas terpampang pada wajah comel gadis muda itu. Putra tidak jadi untuk bertanya lagi. Nanti tak pasal-pasal bosnya itu jadi bisu dua hari, tak nak tegur dia! Bukan sekali dua Putra diperlakukan begitu oleh bosnya, dah banyak kali sejak hari pertama dia jadi manager Memey. Sampai satu tahap dia malas nak layan angin bos dia tu, lima hari tak bercakap!

And then, Putra decide untuk biar je bos dia tu. Kalau Memey bad mood, dia takkan tegur Memey, tapi dia buat lah benda lain nak pujuk Memey. So, begitulah tugas Putra hari-hari. Kena make sure mood Memey in good and happy even kadang-kadang dia letih nak layan. Tapi sebab dia rasa tu tanggungjawab dia, so dia pun hadap je lah. Padahal tak ada kena-mengena pun dengan kerja.

Deringan iPhone di atas meja mematikan lamunan Putra. Pantas dia menjawab panggilan itu setelah nama 'Anis Sayang' tertera di skrin. Mulutnya mengukir senyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience