Bab 3

Romance Completed 17117

Selepas asar tetamu yg dijemput datang pun hadir.Kebanyakkannya adalah golongan-golongan orang atasan bukan orang biasa .
"Ari, ni knpa? knpa tak keluar jumpa kawan-kawan papa " soal dato azlan yang kehairanan dengan anaknya itu tetamu sudah datang dia pula sibuk didapur memasukkan lauk pauk yg akan dihidangkan nanti.

" kjap lagi pa, Ari nak tolong mak timah" balas Ariana yg sibuk memasukkan lauk kedalam tempat.

"hm,yelah . cepat sikit" ujar Dato azlan berlalu pergi

"ish ,papa ni msih tak nampak ke sape yang rajin sape yg tak " rungut Ariana

"sya,tu tengku Ashraf anak kawan papa. Sya pegila tegur dia" arah datin kalsom

"wah untuk sya ke ma? pndai mama aturkan sayang mama" kata syatila smbil mencium pipi datin kalsom.

"hai ashraf" sapa syatila melemparkan senyuman menggoda smbil memeluk lengan sado tengku Ashraf . Tengku Ashraf kurang senang dengan tingkah laku syatila yang menggedik gedik

"hai" balas Tengku ashraf dengan pantas meleraikan pelukan syatila itu tadi

hm jual mahal I like.getus syatila

" tak payah lah nak malu dngan I anggap je kita ni rapat " tambah syatila

"Maaf aku takde masa " jawab Tengku Ashraf terus berlalu pergi meninggalkan syatila yg terpinga pinga, malas dia hendak melayan karenah gedik syatila .

"mama tengok dia tu jual mahal sangat lah !" rengek syatila mengadu kpda mamanya

" cis, takpe sya. sya pegi cari jantan lain yg boleh dibodohkan jantan macam dia tu tak guna jugak!" marah datin kalsom

syatila hnya menurut perintah mamanya, dia mula mencari lelaki lain untuk 'dibodohkan'

........

Didapur, Ariana yg lebih suka duduk di meja dapur smbil bermain hpnya berasa lebih selesa.daripada dia keluar lagi menyusahkan dirinya hendak melayan tetamu. Persisnya seperti Kera sumbang!
Tengku Ashraf yang sejak tadi berjalan-jalan kerana tiada arah tuju ternampak seorang gadis yang duduk bersendirian di meja dapur.Tanpa ada yg menyuruh Tengku Ashraf menuju ke arah gadis itu . ntah kenapa kaki nya tiba tiba melangkah ke arah gadis itu seperti ditarik magnet.Tengku Ashraf berdiri di sebelah meja dapur.
Ariana yg melihat ada bayangan berdiri di sebelah meja dengan pantas mendongakkan kepalanya untuk melihat wajahh si manusia yang 'mengganggu ' ketenangannya.

"err..er..hai?" sapa Tengku Ashraf sedikit gentar. apa tidak Ariana memandangnya dengan pandangan yg sngat tajam! Tengku Ashraf memandang wajah itu seperti dia pernah berjumpa dengan wajah itu sebelum ini.hah! perempuan yang langgar bahu aku tu jawab tengku Ashraf sendiri.

"kau nak apa?' soal Ariana sedikit keras

"nak kau minta maaf"
"kau kenapa tiba -tiba datang suruh aku minta maaf?" soal Ariana berkerut-kerut dahinya memandang lelaki yg berdiri dihadapannya.

"kau langgar aku pagi tadi." jawab tengku Ashraf

"Kau.. Kau.." kata Ariana sambil memetik metik jarinya cuba untuk mengingati lelaki yg dihadapannya itu

"lelaki yang kau langgar kat taman tadi" balas Tengku Ashraf . Pelik juga perempuan ni baru tadi pagi kot dia langgar bukan bertahun tahun dah lupa.

"Ohh." jawab Ariana pendek.

"minta maaf?" soal tengku Ashraf kembali
"takperlu kot,aku terlanggar je kan? tengok skrng kau masih hidup kan? tak mati lagi" selamba Ariana

"tapi kalau dah buat salah mesti minta maaf. benda ni yg kita kena ajar oleh ibu bapa Dari kecil"

"Aku tak kena ajar. So aku biadap. dah! pergi pergi" Ariana menghalau tengku Ashraf daripada mengganggu dirinya.

gila perempuan ni muka je cantik tapi mulut ish ish mcm longkang .

" Tunggu apa lagi? blah lah " marah Ariana apabila memandang tengku Ashraf yang masih berdiri disebelah meja

"Tak selagi kau tak mintak maaf!" tegas Tengku Ashraf sambil memeluk tubuh . Tengku Ashraf memang dah dibiasakan dengan ibu bapanya sejak dulu untuk meminta maaf selepas melakukan perkara yang salah.

Ariana yang mulanya tenang mula naik angin . mamat ni dah kena halau pun masih jugak nak aku mintak maaf ! tak pndai paham bahasa betul lah !.Ariana berdiri mendekati tengku Ashraf .

" aku dah cakap kan tadi aku taknak!"

" tapi aku nak"

" eh kau ni kan..."

"Ariana oi Ariana! tambah lauk lagi!! lauk kat luar tu dah nak habis!' jerit Syatila

Ariana dan Tengku Ashraf terdiam,mereka saling berpandangan.

"oo Ariana nama dia patula hothot spicy orangnya' kata tengku Ashraf didalam hati .

"haihhh" Ariana melepaskan keluh sambil mengangkat tmpat makanan yg berisi lauk. Tengku Ashraf hnya memandang tidakk tahu mahu berbuat apa .
sedang Ariana mengangkat tmpat makanan dia menuju ke pintu keluar dapur dalam masa yang sama Syatila masuk kedalam dapur.
Bummm! lauk yg dibawa Ariana tadi jatuh kebawah. sedikit lauk ayam masak kari itu tertumpah di baju Syatila

"eee euwwww apa ni! kau dah kenapa hah?!" tengking syatila

"knpa apa?kau yang masuk tiba -tiba then tertumpah lah padan muka kau ! " Ariana membuat muka menyampah
"apa bising-bising ni sya?" soal Dato Azlan yg kebetulan lalu dikawasan itu dan terdengar sesuatu yg jatuh kelantai diikuti dengan jeritan syatila .

"papa, Ariana sengaja tumpahkan lauk tu kat baju sya habis Kotor sya !" rengek syatila meminta simpati

"Ari! kenapa buat macam tu kat kakak tiri kamu!" marah Dato azlan . Datin Kalsom yang mendengar pertengkaran yang berlaku didapur dengan laju kearah mereka . mana dia mahu melepaskan saat saat itu.

"pa, Ari tak sengaja pun! syatila yg tiba -tiba masuk dapur" balas Ariana membela diri

"tipu pa! dia memang dah nampak syatila masuk tpi dia sengaja nak jatuhkan lauk atas sya" tambah syatila membuat cerita

"hah abang dengar apa sya cakap tu? memang Ariana ni tak puas hati dengan kitorang bang entah apa yang dia benci dengan kitorang ni bang." tambah datin kalsom membatu api

Ariana yg mendengarnya naik angin! wajahnya yg putih berubah menjadi merah akibat kemarahan nya yg mula naik keatas.dia mengetap bibir.

"Ari papa tak prcaya Ari buat mcm ni.apa salah ibu Dan sya kat kamu? kamu jngan nak bawa-bawa kan perasaan kamu tu! mama dah lama mati dah mati! cuba terima kenyataan" tengking dato azlan

"Jangan Cuba nak kaitkan mama dalam hal ni! kalau papa tak kahwin dengan perempuan ni Ari takkan jadi macam ni! dorang ni cuma nakkan harta papa je!" jerit Ariana yg sudah hilang sabar

"Ariana diam!" marah Dato Azlan

"mama Mati pun mesti sebab papa!"
Pangg! satu tamparan hinggap di pipi mulus milik Ariana . tersenyum puas datin kalsom dan Syatila

" huh smpai hati papa kan tampar anak kandung sndiri demi perempuan ni" kata Ariana smbil tersenyum sinis. didalam hatinya suda sakit bagaikan dihiris hiris.

"kau keluar dari rumah ni! aku taknak tengok Kau kat sini lagi!!" arah dato Azlan
Ariana memandang wajah papanya itu dengan pndangan yang sukar dipercayai .dengan pelahan dia tersenyum tawar
"terima kasih"

Tengku Ashraf yang memandang aksi tersebut dengan pantas menarik lengan Ariana agar pergi Dari tmpat itu . sebelum dia membawa Ariana pergi dia sempat berpesan kepada Dato Azlan

"Dato saya bukan nak kurang ajar oleh sebab saya hormat dato sebagai kawan papa saya. Sya cuma nak cakap seorang ayah tidak akan memperlakukan anak kandungannya sndiri seperti apa yang dato lakukan tadi demi orang lain" kemudian berlalu pergi bersama Ariana.

Datin kalsom dan Syatila hnya mmandang sinis . cis, nak jdi heroin konon!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience