Bab 8

Romance Completed 17117

" kau nak beli apa kat sini Ari, dah setengah jam kita dok pusing-pusing mall ni " keluh Nurin, apa tidak Ariana yang beria-ria membawa Nurin pergi ke Shopping Mall sesudahnya smpai disana langsung tiada apa-apa yang dibeli Oleh Ariana.

"ish,aku ke sini bukan nak beli belah lah"

"hah?!" terbuka luas mulut Nurin seperti mahu tercabut rahangnya.

"ape ape?" selamba Ariana terus berjalan

"kau ni semenjak tinggal kat rumah Tengku tu Aku tengok macam dah rosak otak kau tu"

"apesal pulak"

"iyelah suka buat keputusan terburu-buru dah tu sekarang buat sakit kaki aku jelah ikut kau ke sini " Nurin menjeling dengan tajam

"Heheh kau kan kawan aku " balas Ariana sambil tersenyum manis memujuk rakan baiknya itu .

Nurin yang melihat gelagat Ariana hanya membuat muka menyampah . berderai tawa Ariana.

.....

"wei... aku lapar siot" kata Tengku Fahmi smbil menggosok-gosok perutnya

"kau ingat kau sorang je?aku pun lah " balas Tengku Ashraf

" dah tu mari la makan dulu "

"makan kat mana ek?"

"MCD jelah dekat sikit dah tak tahan perut aku ni"

" okay "

Semasa Tengku Ashraf dan Tengku Fahmi berjalan, Tengku Ashraf sempat memandang wajah yang amat dikenalinya. dengan pantas dia mendekati si empunya wajah itu diikuti dengan Tengku Fahmi walaupun tengku fahmi sedikit kebingungan.

"ish kau ni Nurin! baru Jalan berapa langkah dah penat" smbil memandang Nurin yang duduk dikerusi mall

"berapa langkah pale otak kau Ari! dah setengah jam kot kita jalan" marah Nurin

"Bertahanlah sikit, aku nak jumpa dengan dia ni"

"Ehem, dia tu sape?" soal Tengku Ashraf yang sempat mendegar perbualan mereka.

"Tengku Ashraf" selamba jawab Ariana.

"siapa?" soal Tengku Ashraf sambil menjongket-jongketkan keningnya.

Ariana membulatkan matanya apabila memandang wajah yang dikenalinya, Tengku Ashraf! dengan pantas mulutnya ditutup dengan tangan.

"aduhai dari mana pulak dia ni muncul dahlah ter'jujur' tadi." bisik hati Ariana memang betul dia nak berjumpa dengan Tengku Ashraf dia hendak berterima kasih sebab tumpangkan dia tinggal disana tapi dia tak sempat jumpa sebab tengku ashraf belum balik ke rumah. Ariana mendapat tahu yang Tengku Ashraf berada disini pun daripada Puan sofea , Puan sofea cakap kalau hari isnin Tengku Ashraf akan keluar bersama Tengku fahmi mahu release tension katanya.

"ada apa nak jumpa ash?" soal tengku Ashraf

"err..Ari nak cakap terima kasih sebab Ash tolong Ari "

" its okay la Ari, lagipun Ash tak suka tengok Princess sedih sedih" ujar Tengku Ashraf sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya .

Hampir jatuh jantung Ariana selepas dihadiahkan senyuman daripada Tengku Ashraf. Memang hensem betul ! kalah kalah prince charming gituw ayat dia pun bukan main mampu menusuk setiap hati wanita yang mendengar. Ariana termenung melihat wajah Tengku Ashraf.
Tengku Ashraf yang memandang Ariana berkerut dahi, dah kenapa Ariana ni.

"Ari? Ari kenapa?" soal Tengku Ashraf menghentikan lamunan Ariana

"eeh takde apa apa lah , okay bai" dengan pantas Ariana berjalan menarik tangan Nurin yang masih duduk kepenatan.Tengku Ashraf hanya memandang Ariana sehingga lah bayangnya hilang dari pandangan mata.

"kau Kenal ke dia tu tadi?" tengku Fahmi bertanya selepas lama mendiamkan diri malas dia hendak masuk campur 'drama' tv3 di depannya itu tadi.

tengku Ashraf hanya menjawab dengan senyuman .

"dah jom kata tadi lapar"

"memanglah lapar tapi sape yang bawak lari ke arah gadis lawa tu kau kan"usik Tengku fahmi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience