Bab 21

Romance Completed 17117

Tiba-tiba

'Assalammualaikum'

'waalaikumsalam' Ariana dan Nurin menjawab salam.Nurin langkas membuka pintu

'eh..maksuu!' terkejut Nurin apa tidak baru sebentar tadi dia menjual nama maksunya untuk menipu Ariana Tup tup! muncul pulak!

'Maaf ye Nurin Maksu datang tak bagi...'

'ehh.. maksu mari masuk kesian maksu berdiri je ' potong Nurin takut dia kalau kalau maksunya menyambung ayatnya nanti habis rosak semua. Nurin masuk ke dalam ruang tamu diikuti maksunya.

'maksu ini Ariana kawan nurin dia tinggal sini buat sementara waktu dia tak tinggal kat Kl jadi tumpang kat rumah Nurin' bohong Nurin terhadap Maksunya.'Habislah aku kalau macam ni dua orang nak cover berlipat ganda dosa aku menipu' Ariana menyalam tangan maksu Nurin lantas memberi senyuman yang manis.

'manis kamu ni nak, mesti dah berpunya kan?' puji Maksu Nurin

'eh takdelah belum berpunya lagi heheh' balas Nurin ketawa kecil

'orang macam kamu ni mesti dapat orang yang betul betul sayang kamu dan orang tu jugakla yang akan lindungi kamu.' pesan Maksu Nurin. Ariana hanya tersenyum tidak tahu mahu memberi tindak balas apa

'alahai Maksu Ari ni dah ramai sangat orang nak pinang tapi tulah selera dia lain sangat ' sampuk Nurin memang betul satu Tahun sahaja suda ada lima keluarga dato dato datang ke rumah Dato Azlan dengan niat untuk meminang Ariana tapi apakan daya Ariana tetap dengan pilihannya untuk menolak bukan Ariana tidak tahu dia dipinang atas dasar rupa dan harta bukan kerana cinta .

' hah bagusla tu tolak untuk cari cinta sejati gituww' gurau Maksu Nurin. tergelak mereka bertiga

....

Tok tok! pintu rumah Dato Azlan diketuk

'Assalammualaikum Lan ' seorang lelaki separuh umur memberi salam selepas pintu dibuka

'waalaikumsalam..' Dato Azlan terkejut

....

'Omg! Nurinnnnnnn kenapa jadi macam ni tiba tiba?!' soal Ariana dengan gelabah

'Kenapa apa? elok la tu '

'elok? elok apa? kalau sebab syarikat takkan aku kena bekorban macam ni ? hal kahwin bukan main main Nurin '

' ye aku tau tpi Ari kalau kau kahwin dengan dia kau dapat lari dari semua ni kau takkan sedih lagi aku yakin Ari dia dapat bahagia kan kau !' tegas Nurin

Ariana hanya membisu.

#FLASHBACK

'Assalammualaikum Lan ' seorang lelaki separuh umur memberi salam selepas pintu dibuka

'waalaikumsalam.. Hasyim' Dato Azlan terkejut

'jemput masuk' Dato Azlan mempelawa. mereka duduk di ruang tamu rumah .

'sebenarnya Aku datang ke rumah kamu ni ada hajat ' pembuka kata Tengku Hasyim

'apa hajat yang Tengku maksudkan?' soal Dato Azlan

' kami datang mahu memutik bunga di taman Dato ' sambung Puan Sofea

' bunga? apa rumah kamu tiada Bunga?' seloroh Dati Azlan

'kamu ni Lan ' terbahak bahak gelak Mereka

'Bunga yang Mana satu Orang disana berkenan?' soal Dato Azlan

'Bunga Ari Ariana..' tambah Puan sofea

'kalau yang itu susah sedikit nanti saya tolong uruskan.' jawab Dato Azlan

' saya berharap sangat yang kita boleh berbesan kira kalau mereka kahwin urusan Syarikat kita yang tertunggak tu selesai la ' terang Tengku Hasyim

Tanpa mereka sedar ada dua orang sedang memasang telinga dari atas.

'ma macam mana ni? Ari dapat kahwin dengan Tengku tu ' adu Syatila

' tulah pasal kenapa pulak lah Tengku Hasyim ni nak pinangkan Ariana untuk anaknya. sepatutnya Syatila ! ' marah Datin Kalsom

'Maaa... macam mna ni ma.. Ari ni dah lebih ' rajuk Syatila

' takpe Sya , Sya sabar nanti kita rancang plan ye ' pujuk Datin Kalsom

' Hmm kay..' muncung mulut Syatila

'baiklah kami balik dulu ya Dato'

'iye lah hati hati ya Tengku '

Dato Azlan mendail nombor telefon Ariana.

' Tadi Tengku Hasyim datang nak pinang kamu untuk anaknya sekarang tiada nak tolak tolak dah ' Tiada salam mahupun pembuka kata Dato Azlan terus sahaja Memberi tahu akan hajatnya ego didada masih belum turun

'What?! tapi pa..' belum smpat Ariana menghabiskan ayatnya Dato Azlan sudah menamatkan panggilan

....

'Ash mama dan papa dah pinang dah Ari ' kata Puan Sofea

' dah? wahh cepatnya baru je semalam Ash bagitau nak kahwin dengan Ari. Jadi dia cakap apa? terima?' ' soal Tengku Ashraf dengan gembira

' belum lagi ada jawapan Dato Azlan cakap nanti dia uruskan '

'Kenapa Dato Azlan? kan Ash cakap tanya Ari je buat apa Jumpa Papa dia yang takde hati perut tu ' tambah Tengku Ashraf

' Ash Dato Azlan tu papa kandung Ari kalau Ari kahwin papa dia yang akan jadi wali macam mana Ari nak kahwin dengan kamu kalau takde papa dia? ' terang Puan sofea pening kepalanya melayan sikap Tengku Ashraf yang terburu buru

'hmm' balas Tengku Ashraf dengan pendek
' Awak kena faham anak kita ni takut kalau Ari tu kena kebas dengan kumbang lain tulah dia terburu buru je membuat keputusan' tambah Tengku Hasyim yang faham akan anaknya sedangkan dulu sewaktu ingin mengahwini Puan sofea Tengku Hasyim menyuruh kedua ibu bapanya untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan.

'ish Ash tak sama macam papa lah papa tu takkuat ash kuat '

'kurang asam betol Ash ni' tergelak mereka bertiga

'Amboi amboi apa yang bising sangat kat bawah ni ' tegur Tengku Alisha yang sedang turun dari tangga

' ni abang kamu ni dah nak kahwin ' jawab Puan sofea

'hah?! betul ke ma? abang betul ke bang?! ' soal Tengku Alisha meluru ke arah Tengku Ashraf

' ye'

' dengan bakal kakak ipar tu?'

' ye '

' yeahhh sepadan lah korang dua bang ! bila nak pinang? Lisha nak ikut ' sorak Tengku Alisha penuh semangat

' dah pinang dah tadi Lisha lambat ' balas Tengku Hasyim

'hah?.. kenapa tak tunggu Lisha dulu...' rajuk Tengku Alisha

'macam mna nak tunggu Lisha sebok tidur tak bangun bangun '

' Lisha tidur ek? ' soal Tengku Alisha terpinga pinga

' yelah hah ni tak mandi lagi ni busuk ! '

'alaaa okla Lisha mandi dulu bai ' jawab Tengku Alisha berlari anak untuk kembali ke bilik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience