Bab 13

Romance Completed 17117

'Ari balik dulu ye timah,aunty,makcik' kata Ariana mengangkat diri kepada timah puan sofea dan puan suhaila.

' eh ari tak tido sini ke? dah lewat ni ' risau puan suhaila

'taklah Ari dah biasa pulang masa masa ni '
' No Ari bahaya tau aunty takbole benarkan kamu balik dah lewat betul ni aunty risau kamu kena apa apa nanti '

'yelah Ari besok je lah kau balik jangan cepat sangat legipun hari dah lewat'tambah Timah

' Takpe dia nak balik sangat tu biar Ash hantar ' kata Tengku Ashraf sambil mengambil kunci keretanya yang diletakkan di meja

' eh ehh takpaya la hantar biar Ari balik sendiri je ' Ariana menolak pelawaan Tengku Ashraf dengan lembut

'takpayah mengada la dah lewat ni Ash tunggu kat kereta cepat sikit' kata putus Tengku Ashraf menuju ke kereta meninggalkan Ariana yang terpinga pinga

' hah tu Hero dah selamatkan Princess la ' usik Timah dengan senyuman penuh makna

'ish timah ni ' malu Ariana

' Ariana ikut ash ek? boleh?' soal Puan sofea

'hmm okla.'

'macam tulah dah hati hati ye kalau Ash buat jahat kat Ari bagitau aunty biar aunty sebat dia ' meletus tawa mereka berempat .

Ariana berjalan menuju ke dalam kereta, setelah nampak kereta bmw milik Tengku Ashraf dia segera masuk ke dalam.

'Ari turun kat mana?' soal tengku Ashraf

'kat rumah Nurin '

'rumah nurin kat ne?'

'kat..' jawab Ariana terpotong

'kat..?'

'kat...'
'kat mana Ari?' soal tengku Ashraf bingung dari tadi kat..kat..kat je

' Alamak Ari lupa lah ' Ariana menepuk dahi

' ya allah Ari takkan rumah kawan sendiri pon boleh lupa ' jawab Tengku Ashraf

'manala Ari tau Selama ni Nurin bagi location Ari tunjuk kat driver je malas nak ambil kesah ' terang Ariana

' Nurin send kat mana location tu?' soal tengku Ashraf

' kat whatsapp '

' Ari delete convercation ke?'

' tak '

'so?' soal Tengku Ashraf sambil mengecilkan mata

'so? so ape? sos?' soal Ariana tidak mengambil serius .

Tengku Ashraf masih memandang Ariana dengan mengecilkan matanya

'what?' Ariana ligat memikir apa maksud Tengku Ashraf tadi. tiba tiba Ting!

'oh i know' Ariana dengan cepat membuka aplikasi whatsapp dibaca kembali conv nya bersama Nurin

'Nah' Ariana menunjukkan location yang pernah dihantar oleh nurin kepada tengku Ashraf

'Jalan kelang , simpang 12. Rumah no 23' sebut tengku Ashraf

Ariana mengangguk

' spell with me ' tegas Tengku Ashraf

' huh? for what?' soal Ariana heran

' Ash nak Ari hafal lepasni takde dah nak lupa lupa ' terang Tengku Ashraf

Ariana memandang wajah tengku Ashraf yang tajam melihat dirinya.

' do it now ' tegas Tengku Ashraf

'okay okay chill lah, Jalan kelang, simpan 12. Rumah no 23 right?'

'ye hafal tau rumah kawan sendiri pulak tu '

'yelah'

Kereta tengku Ashraf meluncur laju diatas jalan raya .

......

' thanks ' ucap Ariana dengan senyuman

'ur welcome ' balas tengku Ashraf

Ariana turun dari kereta mahu keluar.

' Ariana ' panggil Tengku Ashraf

'ya?'

' jangan lupa..'belum sempat tengku Ashraf menyambung ayatnya Ariana sudah memotong

' ye tau jalan kelang,simpang 12.Rumah 23. okbai ' potong Ariana terus jalan menuju ke dalam rumah

'ish bukan tu lah aku nak cakap ' keluh Tengku Ashraf

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience