BAB 4

Romance Completed 7221

Anita dan Adam keluar beriringandari pawagam. Buat masa sekarang, Anita tak mahu membebankan perasaannya dengan berfikir tentang Edry. Anita tak mahu terus tertekan kerana perasaan marah dan geram yang sedang dirasakannya ketika ini. Dia nak menganggap Edry dan Azza adalah dua orang makhluk halimunan yang tak dapat dilihat. Jadi, Anita berlagak selamba seolah Edry langsung tak ada di depan mata.

‘’Kita nak ke mana pula selepas ni?’’ Adam menyoal Anita yang sudah membelit tangannya seolah mereka benar-benar pasangan kekasih yang tak dapat dipisahkan lagi.

‘’Shoping.’’ Anita menjawab sepatah sambil bibir mengukir senyuman.

‘’Siapa yang belanja?’’ Adam menyoal lagi.

‘’Hmm..rasanya duit elaun akak sebagai isteri separuh masa dah masuk kot, hari ni. Biar akak yang belanja. Adam nak apa, cakap saja?’’ Anita berkata selamba dengan suara yang sedikit kuat, walaupun dia sedar Edry ada di sebelahnya.

‘’Kak Nita ni, sejak bila pula jadi isteri separuh masa ni? Mengarut betullah.’’ Adam membantah kata-kata Anita sambil menjeling sekilas ke arah Edry yang sedang memandang ke arah mereka dengan wajah merah padam. Isteri separuh masa? Boleh pula macam tu? Sejak bila aku upah dia jadi isteri separuh masa ni? Hati Edry berkata-kata. Geram dengan ungkapan Anita yang keluar tanpa berlapik.

‘’Ehh..Adam tak tahu ke? Dah sembilan tahun dah, tapi akak hanya berguna bila betul-betul diperlukan saja. Kalau suami separuh masa akak tu tak nak, dia buang akak macam sampah tau.’’ Anita mengeluarkan lagi kata-kata sentap itu. Adam serba salah bila melihat wajah Edry yang sudah berubah merah.

‘’Cukup kak Nita! Kita balik saja, kalau macam ni. Adam tak ada mod nak keluar shoping.’’ Adam bersuara tegas. Rasa menyesal kerana membawa Anita bersamanya hari ni. Niatnya baik pada asalnya, untuk membuatkan Anita rasa cemburu kerana perhubungan Edry dan Azza. Tapi, tak sangka pula, Anita akan mengeluarkan kata-kata begini yang mungkin akan mengeruhkan perhubungan mereka berdua.

‘’Adam balik dulu. Kak Nita ada date hari ni. Okey..bye.’’ tanpa berfikir panjang Anita melepaskan pegangannya dan melangkah laju meninggalkan Adam tanpa menoleh ke belakang lagi. Adam dan Edry sempat berpandangan di antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience