BAB 5

Drama Completed 49002

BAB 5. SETELAH Rose bangun dari tidur,Orkid menemani anak itu membersihkan diri. Bukan main suka lagi Rose apabila melihatnya. "Happynya mummy ada sini. Mummy takkan tinggalkan Rose lagi, kan?" kata Rose penuh harap. Orkid terkaku seketika. Setelah itu dia terus memakaikan baju pada si kecil. Patutkah dia berjanji sedangkan dia tahu, dia tak mungkin akan ada bersama Rose? Dia bukan ibu kandung Rose. Mengingatinya saja membuatkan hatinya sedih. "Rose nak breakfast apa pagi ni? Nanti mummy buatkan." Orkid cuba mengalihkan fikiran anak itu. Dia tak mahu Rose memaksanya berjanji lagi. "Erm..." Rose berfikir seketika. Terkelip-kelip matanya sewaktu berfikir. Alahai... comel ...

— Locked Chapter —


NovelPlus Premium

The best ads free experience