BAB 3

Drama Completed 48973

ORKID hanya kaku melihat lelaki itu menunaikan solat. Ammar Mateen. Nama yang dia baru tahu tadi. Tapi mengapa nama itu asyik bermain-main di dalam kepalanya? Dia juga seolah-olah pernah melihat raut wajah lelaki itu. Siapa agaknya? Dia teringat kembali perbualan antara dia dan Mateen. Betapa malunya dia apabila dia tertangkap menipu. Lagi parah, dengan selambanya dia mengaku yang anak lelaki itu anaknya.
"Maafkan saya, encik. Saya sebenarnya nak cepat tadi. Saya cuma takut encik marahkan saya sebab tumpahkan air encik," jawabnya sambil menunduk. Dia masih lagi merasa malu dengan perbuatannya.
Mateen hanya mendiamkan diri. Tapi Orkid tahu, lelaki itu sedang memerhatikannya.
"Maaf, encik," pintanya sekali lagi.
Mateen menunduk memandang wajah Orkid.
"I boleh maafkan you. Tapi satu syarat," ujar lelaki itu senada.
Orkid telan liur berkali-kali. Takut dengan syarat Mateen padanya.
"Ap...apa dia, encik?"
Mateen senyum. Mungkin terhibur dengan gelagat Orkid yang gelabah.
"Jagakan Rose untuk I."
"Apa?" suara Orkid ternaik sedikit.
"I tahu famili you dah bagitahu yang you kena jaga anak I, kan? Tapi you belum bagi keputusan lagi. Betul?"
Lambat-lambat dia mengangguk. Orkid dapat merasakan yang dia tak akan dapat mengelak lagi. Mahu tak mahu, dia kena juga menjaga anak lelaki ini dan bekerja dengan lelaki berwajah serius ini. Ngeri pula rasanya.
"So, you tak ada pilihan lain Puan Orkid."
"Cik. Saya belum kahwin," laju dia memotong kata-kata Mateen.
"Betul ke you ni belum kahwin?" Mateen bertanya sinis.
"Yalah. Kenapa?" tanya Orkid semula. Entah mengapa, hilang pula perasaan takut dalam dirinya. Boleh pula dia berbalas kata dengan Mateen, bakal majukannya.
Mateen tak segera menjawab pertanyaan Orkid. Sebaliknya, dia merenung wajah wanita itu dengan renungan yang... entah apa maknanya. Orkid seolah-olah terpukau dengan renungan itu. Mereka saling berpandangan. Tak lama setelah dengan selamba tangan Mateen menjentik dahi Orkid kuat.
"You dah tua, tapi belum kahwin. You tak laku ke apa?"
Spontan wajah Orkid berubah. Selamba dia membeliakkan matanya. Geram dengan Mateen yang selamba menjentik dahinya dan berkata dia tua. Orkid hendak menggosok dahi yang sakit tapi ada tangan lain yang pantas mengusap dahi yang dijentik tadi.
"I solat dulu, okey?" kata Mateen lembut dan terus bangun menuju ke bilik air.
Orkid terkebil-kebil tak tahu apa yang sedang berlaku. Mengapa dia membenarkan lelaki itu menyentuhnya sesuka hati? Tak sempat dia nak membidas kata-kata Mateen. Pandai sungguh lelaki itu melarikan diri.
"Dah puas ke renung muka handsome I ni? Ada macam suami you tak?"
Orkid tersentak sedikit mendengar suara garau Mateen yang betul-betul berada di sebelah kirinya. Entah bila lelaki itu selesai solat. Tiba-tiba saja bersuara.
"Tolong sikit. Muka suami saya nanti mestilah lagi handsome dari encik. Lagipun saya bukan tengok muka encik pun. . Saya tengah tengok Rose tidur," jawab Orkid biasa walaupun nampak sangat dia menipu.
Mateen tergelak kecil. Terhibur dengan penafian Orkid.
"Ya ke? Bukan I satu-satunya lelaki yang you cinta ke? Otak boleh menafikan. Tapi... hati takkan boleh menipu."
Selesai saja kata-kata Mateen, tak semena-mena hatinya merasa sebak. Orkid memejamkan mata seketika. Dia cuba menghalang rasa yang tiba-tiba menghuni hati.
"Jumpa esok, Puan Orkid. Jangan lambat."
Orkid cepat-cepat membuka mata. Dia memandang lama lelaki itu yang sedang berdiri.
"Saya bukan puanlah. Saya belum kahwin lagi," bidas Orkid sudah mula meninggi. Mengapalah si Mateen ini suka naikkan darah dia?
"What ever. Esok, pukul 7 I nak you ada dalam rumah I. Jangan lambat," arah Mateen sesuka hatinya.
"Tapi... saya tak tahu rumah encik dekat mana," kata Orkid lagi.
"Ada nampak muka I macam peduli ke semua tu? Yang pasti, I nak you ada dalam rumah I tepat pukul 7 pagi."
Setelah selesai kata-katanya, Mateen terus mengendong Rose dan berlalu. Orkid menarik nafas sesak. Mengapalah dia ditakdirkan berjumpa lelaki yang menyebalkan sebegini? Orkid tak peduli dengan tetamu yang berada di bawah sana. Dia tak peduli juga dengan majlis tunang kakaknya yang meriah itu. Dengan selamba dia membuka tudung dan merebahkan diri. Dia betul-betul merasa penat melayan kerenah si Mateen ini. Baru satu jam, dia sudah kepenatan sebegini. Macam manalah dia nak bekerja dengan lelaki itu? Sesak kepalanya memikirkannya. Entah berapa lama dia merenung siling, sudahnya dia tertidur juga.

SETELAH pulang dari rumah Dato Rizwan, Mateen cepat-cepat membersihkan dirinya. Kelihatan anaknya masih lagi mengantuk.
"Letih sangat ke anak daddy ni?" tanyanya lembut sambil mengusap lembut kepala Rose.
Rose sekadar mengangguk. Walaupun raut anak itu nampak letih, tapi Mateen tahu. Rose sangat gembira bertemu Orkid. Tak semena-mena Mateen tersenyum bahagia. Bahagia melihat Orkid di hadapan matanya. Sungguh dia sangat merindui Orkid.
"Kenapa You suka I?" tanya Mateen 5 tahun yang lalu.
Dengan selamba Orkid menjawab,
"Allah hantar saya untuk awak."
Hampir lelah Mateen hendak menepis godaan demi godaan Orkid.
"Awak tengah sedih ke sekarang ni?" tanya Orkid lembut.
Mateen tahu soalan itu berkenaan sewaktu mereka berpandangan agak lama pada suatu malam. Mateen menarik nafas dalam. Mereka hanya berbual di dalam pagar rumah masing-masing saja.
"I dah putus dengan girlfriend I.
Orkid terdiam mendengar kenyataan Mateen. Rupanya Mateen ini teman lelaki orang. Dia menunduk. Tak mampu memandang wajah sedih Mateen.
"Sorry, saya tak tahu awak dah ada girlfriend."
Mateen melihat kesedihan yang amat dalam pada mata Orkid. Benarkah Orkid cintakannya? Sedangkan Arlana kekasihnya pun memilih lelaki lain kerana bosan dengannya. Adakah lagi cinta untuknya?
"You tak dengar ni cik Orkid. I cakap, I dah putus dengan dia," ulangnya sekali lagi.
"Sebab saya?" tanya Orkid perlahan.
"Bukan sebab you. Lagipun, kita baru kenal 2 minggu. X girlfriend I pun tak kenal you."
"Jadi, kenapa awak dengan dia putus?"
"Dia... tak sesuai untuk I. I pun tak sesuai untuk dia. Dia cuma cari lelaki yang boleh ikut kehendak dia yang mana... I tak mampu buat. Jadi jalan terbaik, kami putus ajelah," ujar Mateen lirih.
Orkid mengangguk lembut. Dalam diam dia bersyukur juga bukan dia yang menyebabkan Mateen dan kekasihnya putus.
"Awak masih sayangkan dia?" tanya Orkid masih tak jemu mengorek isi hati lelaki idamannya.
Mateen menyentuh pagar di hadapannya. Dia termenung agak lama.
"Sayang I pada dia dah mati semenjak dia curang dengan I. Sejak tu, dia dah tak ada dalam hati I."
"Tapi kenapa awak sedih?"
"You tak faham, Orkid. Mummy I asyik bising suruh I kahwin. Kami dah ready nak bertunang. I pun dah ready nak kenalkan dia dengan mummy I. Mummy betul-betul nak tengok I kahwin. Lagipun, dia ada dalam hidup I terlalu lama. Hampir 10 tahun. Susah I nak buang dia dari hati I. Walaupun sayang I pada dia dah hilang, tapi kami pernah bersahabat dan I sayangkan persahabatan tu. Bila kami dah putus, persahabatan kami pun terjejas sama."
Orkid kagum juga dengan kesetiaan Mateen sebagai seorang kekasih dan sahabat. Makin menggebu-gebulah sayang dia terhadap lelaki ini. Tapi itulah. Dia hanya bertepuk sebelah tangan saja. Perlahan dia mengeluh lemah.
"Betul ke you sukakan I?" tanya Mateen ingin tahu buat kali terakhir.
Perlahan saja anggukkan Orkid. Mateen sedar, gadis itu sudah malu yang teramat sangat kerana ditolak berkali-kali olehnya.
"Kita kahwin. Dan you boleh buktikan cinta you pada I."
"Apa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience