BAB 2

Drama Completed 48973

BAB 2.
SELAMA 2 minggu ini, gigihlah anak dara seorang itu cuba memikat hati si hero. Tapi malangnya tetap tak Berjaya. Jadinya dia menukar strateginya. Kalau nak pikat anak, kena pikat ibunya dulu. Jadinya Orkid mulalah membodek Puan Betty dan harapnya wanita itu menerimanya nanti.
“La… dia hantar roti jala pulak. Rajin masak ya? Macam tahu-tahu aje si Mateen tu suka roti jala.”
Apa lagi, tegak telinga perempuan seorang itu apabila mendengar lelaki idamannya suka roti jala!
“Oh… ya ke? Kalau macam tu, aunty makanlah dengan dia ya?” kata Orkid malu-malu.
Puan Betty tergelak sedikit dengan gelagat Orkid. Sejujurnya dia berkenan juga dengan Orkid ini. Tapi tak tahu mengapa si anak tak senang akan gadis ini.
"Terima kasih, Orkid. Kirim salam mak ayah ya?" ujar Puan Betty lembut.
Orkid menghulurkan senyuman manis buat Puan Betty. Dia ingin menuju ke pintu. Tapi langkahnya terpaku saat melihat figura di hadapan mata. Entah mengapa dia rasa gugup saat berdepan dengan lelaki itu.
"Hai," sapanya biasa agar hatinya tak kecewa lagi.
Dia tahu Mateen tak sukakan dia. Orkid harus mendidik hatinya agar tak mengharap berlebihan andaikata Mateen menolaknya lagi.
"You buat apa dekat sini?" tanya Mateen biasa.
"Saya hantar roti jala. Aunty betty bagitahu yang awak pun suka roti jala, kan?" kata Orkid cuba sedaya-upaya mengawal hatinya dari berharap yang bukan-bukan.
Mateen diam seketika. Orkid mencuri pandang sekilas wajah lelaki idamannya ini. Dia pun tak tahu mengapa dia boleh tertarik dengan Mateen.
"Terima kasih," ucap Mateen lembut.
Orkid terkesima seketika. Tak sangka lelaki ini mengucap terima kasih padanya. Dia teruja bukan main, sudah seperti lelaki itu ajaknya kahwin pula. Baru ucap terima kasih perempuan itu dah terkaku semacam.
"You..." seru Mateen kuat sedikit sedari tadi.
Orkid tersentak sedikit. Kantoi pula dia berangan, Cepat-cepat dia memaniskan wajah.
"Errr... sorry sorry. Ya... ya... sama-sama." Orkid seperti tak tahu hendak berkata apa.
Mateen hanya angguk. Dia pun bukanlah dungu sangat tak tahu yang si Orkid ini sukakannya. Jadinya dia hanya berborak perkara yang perlu saja agar gadis ini tak mungkin boleh mendekatinya. Dengan senang hati Orkid pulang ke rumah. pandangan Puan Mawar dia tak hiraukan.
"Kid... Kid. Gigih nampaknya nak takel jiran kita tu. Nak kata handsome... daddy lagi handsome," selamba Puan Mawar mengenakan anaknya.
"Eleh. Memanglah mama puji daddy sebab daddy tu husband mama."
Puan Mawar tergelak juga melihat reaksi lucu si anak.
"Kid nak kerja dengan mamalah. Bosanlah daddy asyik bebel aje," kata Orkid apabila melihat Puan Mawar meletakkan buku lakarannya di atas meja.
Laju Orkid mengambil buku itu dan membeleknya penuh kagum. Tangan ibunya memang berseni. Lukis apa pun menjadi. Dia? Setakat lukis orang lidi, bolehlah.
"Dah fikir habis-habis ke ni? Bukan korang tak nak kerja dengan mama sebab mama suka membebel ke? Tadi kak Shin datang jumpa mama bagitahu nak kerja dengan mama. Ni Kid pulak. Ada apa-apa ke?" tanya Puan Mawar penuh curiga.
Macamlah dia tak tahu anak-anaknya memang akan mengelak untuk bekerja dengannya.
Orkid tergelak kecil. Dia merebahkan kepalanya di atas bahu Puan Mawar. Walaupun ibunya ini garang, suka membebel. Tapi dia sangat sayangkan Puan Mawar.
"Mama terasa ke kitorang selalu mengelak?" tanya Orkid lembut.
Puan Mawar mengusap rambut lebat anak tunggalnya.
"Tak adalah. Mama dah faham sangat perangai Kid dengan kak Shin tu," ujar Puan Mawar.
"Thanks ma... sebab mama dah didik Kid... besarkan Kid dengan penuh kasih-sayang and disiplin yang sangat tinggi. Kalau mama tak garang dengan Kid, mesti Kid lagilah mengada-ngada. Makin tak seriuslah jawabnya."
"Ha, tahu pun. So, betul ke nak kerja dengan mama ni?"
Orkid mengangguk laju. Dia memang sudah nekad. Dia pun sudah malas nak cari kerja lagi. Baiklah dia kerja dengan ibunya saja.
"Okey. Ikut suka Kidlah," akur Puan Mawar sudahnya
Orkid mengeliat kecil. Dia bangun dan mengucup lembut pipi Puan Mawar penuh kasih.
"Love you, mama."
Puan Mawar tak membalas luahan sayang anaknya. Sebaliknya dia mengucup pipi anaknya sekali. Dia tersenyum sendiri dengan kemanjaan anak gadisnya ini. Tak tahulah siapa yang akan menjadi suami anaknya kelak. Mampukah lelaki itu menjaga anaknya yang mengada manja ini? Entah mengapa dia terbayang wajah jiran sebelah rumah mereka ini. Dia menggeleng laju. Tak mungkin.
Orkid mengintai lelaki itu lagi. Dia lihat Mateen termenung saja di luar rumah. Rasa gatal kakinya hendak menuju ke arah Mateen dan menegurnya. Tapi dia sekadar melihatnya dari tingkap biliknya. Dia berteka-teki sendiri. Mengapa lelaki itu nampak sedih?
Tak semena-mena, mereka berpandangan satu sama lain. Tergamam Orkid apabila sepasang mata itu seperti menceritakan kelukaannya. Orkid tak langsung mengalihkan pandangan mereka. Lebih satu jam mereka berkeadaan begitu sehinggalah Mateen mengalihkan pandangannya. Entah mengapa Orkid turut menangis sama. Seperti dapat merasakan penderitaan orang di sana. Dia menyapu airmatanya. Setelah itu Orkid kembali memandang Mateen dengan pandangan lembut. Mateen membalasnya dengan senyuman.
Orkid lihat Mateen seolah-olah ingin mengatakan sesuatu. Tapi sudahnya wajah Mateen hilang dari pandangan Orkid. Mungkin sudah masuk ke dalam rumah agaknya. Dia menyentuh dadanya. Ada paluan hebat di situ dan... sebak.

ORKID terjaga dari tidurnya. Mimpi... dia mimpi lelaki itu lagi. Sejak dia kemalangan 3 tahun lepas, selalu sangat dia bermimpi seorang lelaki yang dia tak kenal. Siapa lelaki itu? Mengapa dia sering bermimpi lelaki itu? Sungguh... dia tak ada jawapan. Dia memicit kepalanya berkali-kali. Teringat wajah sedih lelaki itu dalam mimpinya tadi, dia rasa seperti hendak mendakapnya agar kesedihan itu hilang. Arghhhh! dia dah gila agaknya. Cepat-cepat dia menuju ke bilik air dan membersihkan diri. Entah mengapa tak hilang langsung wajah sedih lelaki itu di dalam fikirannya. Mengapa lelaki itu sedih?
"I dah putus dengan girlfriend I."
Tiba-tiba ada satu suara di dalam kepalanya yang menjawab pertanyaannya. Suara lelaki. Dia laju menyudahkan mandinya. Mungkin mainan syaitan agaknya. Terlalu sangat memikirkan lelaki misteri itu sehingga terdengar-dengar suara lelaki itu di dalam kepalanya.
Setelah selesai mandi dan berpakaian sempurna, Orkid turun menuju ke ruang tamu. Kelihatan ahli keluarganya sedang berbincang sesuatu. Dia kerling pula ke arah Datin Seri. Kelihatan wanita itu sedang menyuap seorang budak kecil makan. Berkerut dahi Orkid melihat budak kecil bersama Datin Seri itu.
"Siapa ni, mummy?" tanya Orkid dan menarik kerusi di sebelah ibu tirinya.
Datin Seri tak menjawab pertanyaan Orkid. Sebaliknya dia menyuruh anak kecil itu memperkenalkan dirinya sendiri.
"Nama... Rose Nadeen," jawab Rose petah.
Nenek-neneknya sudah memberitahunya yang wanita di hadapannya ini tak sihat. Jadinya dia tak boleh menyusahkan wanita ini terlalu banyak.
Orkid tergamam seketika. Rose Nadeen. Mengapa dia seperti pernah mendengar nama itu? Dia memejamkan matanya seketika. Cuba mencari wajah yang bernama Rose Nadeen. Tapi makin dia cuba, makin kepalanya terasa sakit.
"Kid..." Puan Mawar menyeru risau. Dia tahu anaknya cuba untuk ingat sesuatu.
Orkid membuka mata. Dia menggeleng perlahan tanda dia tak apa-apa.
"Meh, duduk dulu kita discuss. Kid jangan fikir apa-apa lagi," ajak Datin Seri lembut.
Perlahan langkahnya mendekati mereka. Dia duduk di sebelah anak kecil yang sedari tadi memandangnya. Entah apalah yang budak itu lihat pada wajahnya.
"Kid ingat kan yang mummy mintak Kid untuk jaga cucu kawan mummy tu?"
Orkid angguk biasa. Tapi setelah itu matanya meluas. Takkanlah...
"Nilah budaknya. Kawan mummy tu ada hal sikit. Anak dia pulak kerja. Petang baru balik. Mummy kesiankan Rose. Kid tolong jagakan dia, ya?"
Orkid menarik nafas lemah. Apabila berpasang-pasang mata yang memandang, dia jadi tak sampai hati hendak menolak. Sidahnya dia bersetuju saja dengan permintaan datin Seri. Dia lihat wajah Rose yang sedang membelek permainannya sedari tadi. Mengapa dia rasa perasaan aneh ini apabila bersama Rose?
Setelah Orkid menjamu selera, dia membawa Rose berjalan-jalan di kawasan banglo milik ayahnya ini. Kelihatan Rose teruja melihat kolam di hujung sana.
"Rose suka sweeming, mummy."
Langkahan Orkid terhenti. Terpinga-pinga dia memandang Rose yang turut memandangnya dengan senyuman polosnya.
"Ap... apa dia?" gagap Orkid bertanya.
"Rose suka sweeming," sekali lagi dia berkata-kata pettah. Kelihatan Rose seperti matang saja dari usianya yang sebenar.
Orkid hendak berkata-kata lagi/ Tapi laju Rose memintasnya.
"Rose nak mandi boleh tak, mummy?" pinta anak itu lembut.
Mummy... mummy... Mummy... Kenapa panggilan itu sangat indah kedengaran di telinganya? Lagi membuatkan dia resah, mengapa Rose memanggilnya mummy? Wajah ibu kandung Rose sama seperti wajah dia ke? Atau apa? Banyak persoalan yang berada dalam kepalanya sekarang. Tapi dia simpan dahulu. Mungkin Rose rindukan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia. Siapa tahu, kan? Sudahnya dia mengusap rambut perang Rose penuh kasih.
"Tak boleh, sweety. Nanti tetamu nak datang. Next time, ya?"
"Mummy janji?"
Orkid diam sebentar. Hatinya ingin sekali mengucup si kecil ini entah apa sebabnya. Mungkin Rose terlalu comel di matanya? tapi cepat-cepat dia menggeleng. Ini bukan anaknya. Dia tak boleh buat sesuka hatinya. Masalahnya, kehendaknya yang satu ini tak mampu nak ditahan-tahan lagi/ Akhirnya dia kalah dengan hatinya. Dia menarik Rose dalam pelukannya. Ciuman kasih bertalu-talu hinggap dipipi Rose. Rasa rindunya pada anak ini sudah terlerai sedikit demi sedikit. Tak semena-mena airmatanya jatuh membasahi pipi.
"Miss you, mummy...." rengek Rose perlahan.
Orkid mengeratkan dakapannya pada tubuh kecil Rose.
"Me too," balasnya tanpa sedar.
Setelah puas Orkid melepaskan rindu yang entah datang dari mana, dia pun menjarakkan sedikit tubuhnya pada Rose. Dia menyapu matanya perlahan. Kenapa dia jadi begini? Dia dah gila ke rindu anak orang? Dia tak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Mungkin dia dah gila?
Di suatu sudut, kelihatan berpasang-pasang mata melihat gelagat Orkid dan Rose penuh perasaan.
"Otak dia tak ingat Rose. Tapi hati dia kenal dan tak mungkin lupa," kata Oshin sebak.
Dato Rizwan dan lain-lain mengangguk dan berlalu. Mereka membiarkan Orkid dan Rose melepaskan rindu masing-masing

KELIHATAN Orkid seperti susah hendak berenggang dengan Rose. Dia suka dengan kematangan anak ini yang makin lama mencuit hatinya. Dia teringin punya anak seperti Rose yang bijak. Tapi itulah. Siapa pula mahukan dia? Keluar rumah pun jarang-jarang. Macam mana nak cari jodoh?
"Auch! hey. Tengok oranglah bila berjalan."
Orkid tersentak mendengar suara keras di hadapannya. Dia mendongak memandang lelaki yang selamat dimandikan dengan air oren kepunyaan lelaki itu sendiri. Ahh! dia sudah melanggar lelaki ini. Mampuslah dia. Kelihatan wajah itu serius saja memandangnya. Apa lagi. Dia cepat-ceppat mendekati lelaki itu.
"Maaf... maaf. Saya tak sengaja langgar encik. Anak saya lapar. Saya tak boleh tinggal dia sorang dalam bilik. Nanti dia terbangun cari saya. Maaf, encik."
Punyalah gelabah sampaikan dia tak tahu apa yang dia cakapkan. Habis ayat semua berterabur. Lagi dasyat, dia mengaku yang Rose ini anaknya. Ahhh! pedulilah. Bukannya lelaki ini tahu pun siapa dia. Mungkin lelaki ini salah seorang tetamu daddynya yang dijemput. Jadi... tak apa-apa kan kalau dia menipu untuk melepaskan diri?
"Anak, ya?"
Suara lelaki itu membuatkan mata Orkid kembali ke wajah serius lelaki itu. Entah mengapa ada senyuman sinis yang hampir terbentuk sebentar tadi tapi laju saja senyuman itu hilang.
"Ya, encik. Maaf ya. Saya nak cepat ni."
Tanpa menunggu balasan lelaki itu, Orkid terus berlalu dan masuk menuju ke biliknya. Tadi dia rasa haus sangat selepas menidurkan Rose. Kerana itulah dia keluar sebentar untuk mengambil air. Setelah selesai minum, dia pun hendak masuk semula dan terjadilah perlangaran yang tak sengaja itu. Salah dia sebenarnya.Berangan tak ingat dunia.
Ketukan pintu membuatkan Orkid terkejut sedikit. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke pintu. Tak mahu Rose terjaga. Perlahan-lahan dia membuka daun pintu. Terkejut dia melihat lelaki tadi berada di hadapan matanya. Dia berkalih pula ke sebelah lelaki itu. Datin Seri senyum sedikit memandangnya.
"Ad... ada apa, mummy?" tanyanya gugup. tambahan pula melihat wajah lelaki itu. Lagilah dia rasa seperti hendak menghilangkan diri saja dari situ.
"Mummy nak tumpangkan Mateen salin baju dan solat. Dia dah nak balik ni."
Orkid terkebil-kebil memandang Datin Seri.
"Kenapa tak suruh dia solat dekat bilik tetamu aje?"
"Bilik tetamu dah penuh. Boleh ya?"
"Tapi mummy, Rose tengah tidur tu." Orkid cuba menghalang tindakan ibu tirinya ini yang sesuka hati saja hendak tumpangkan lelaki di biliknya.
"Tak apa. Ni anak I. You tak perlu risau." Keluar juga suara lelaki itu. Macho saja pada pendengaran Orkid.
Tapi kejap. Apa lelaki ini kata? Rose ini anak dia? Merah wajah Orkid bila teringat penipuan dia pada lelaki ini tadi. Ahhh! sungguh dia malu. Itulah. Siapa suruh dia menipu? Allah balas sekelip mata saja. Kalaulah dia dapat putarkan waktu.
"Kid?" seru Datin Seri sedikit tinggi. Anak tirinya ini sempat lagi berangan.
Orkid tersentak lalu laju dia menganggyk. Dia pun tak tahu mengapa cepat sangat reaksi tubuhnya berubah.
"Ha, masuklah Mateen. Kid dah bagi tumpang bilik dia tu," kata Datin Seri dan terus meninggalkan Orkid dan Mateen yang saling berpandangan.
Sungguh Orkid rasa tak selesa dengan renungan sejuk beku lelaki itu.
"Sa.... saya keluar dulu, encik.
"Tunggu, Orkid."
Suara tegas dan macho lelaki itu membuatkan dia tak jadi melangkah.
"So, Rose anak you, ya?" sinis pertanyaan lelaki itu.
Orkid tak tahu hendak menjawab apa. Sungguh... waktu ini dia rasa nak pengsan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience