BAB 4

Drama Completed 48973

BAB 4.
KITA kahwin. Dan you boleh buktikan cinta you pada I."
"Apa??"
Spontan Orkid terbangun dari pembaringannya. Dia mimpi lagi. Tanggannya naik memicit kepala yang berdenyut kerana bangun mengejut. Ya Allah, mengapa dia mimpi Mateen melamarnya? Dan... selama ini rupanya Mateenlah yang muncul dalam mimpinya. Mengapa lelaki itu? Mereka bukannya saling kenal pun selama ini.
Orkid kerling jam sekilas. 5.30 pagi. Dia bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi. Dia baru teringat yang dia harus menjaga anak lelaki itu. Bibirnya tersenyum saat teringat telatah Rose yang melucukan.
'Mummy rindu Rose.' Hati Orkid berbisik sayu.
Walaupun baru mengenali Rose, dia rasa terlalu dekat dengan anak itu. Tak sanggup rasanya nak berpisah lagi. Tapi itulah, Rose bukan anaknya. Terpaksalah dia menumpang kasih.
Selepas selesai mandi, dia bersolat sunat dan meminta Allah mudahkan segala urusannya dan ahli keluarganya hari ini. Selepas bersolat subuh, barulah dia menuju ke dapur. Kelihatan Puan Mawar sedang membakar roti.
"Morning, mama," sapanya ceria.
Puan Mawar memandang anaknya sekilas. Satu senyuman dihadiahkan untuk Orkid.
"Morning, sayang. Amboi... happy semacam aje anak mama ni? Ada apa-apa ke yang mama terlepas pandang?"
Orkid diam seketika. Betul ke dia gembira luar biasa hari ini? Rasanya, dia biasa-biasa saja.
"Tak adalah. Kid biasa aje, ma."
Orkid menarik kerusi dan melabuhkan duduk. Dia memandang wajah Puan Mawar. Dia nampak ada kesedihan di wajah wanita separuh umur itu. Mengapa agaknya? Mama dan daddynya bergaduh ke? atau mama dan mummy yang bergaduh? Memanglah selama ini mama dan mummynya baik-baik saja hidup bermadu. Tetapi, dia tahu juga. Pasti salah seorang dari mereka akan terluka juga. Pandai-pandailah hendak mengawal perasaan sendiri.
"Yalah tu biasa-biasa aje. Ni nak pergi mana ni siap cantik-cantik?" tanya Puan Mawar seolah-olah memaksa diri keluar dari kesedihannya.
"Hari ni Kid dah start kerja jaga cucu kawan mummy tu. Tapi tulah. Kid tak tahu mana rumah dia."
"La, ada pulak dah start kerja tapi tak tahu rumah bos. Tak tanya Mateen? Semalam dia ada, kan?" tanya Puan Mawar hairan.
Orkid menggeleng. Mamanya seperti kenal akan Mateen.
"Kid dah tanya. Mama tahu apa dia jawab?"
"Apa?" Puan Mawar bertanya pula.
"Dia boleh cakap macam ni. Ada nampak muka I macam peduli ke semua tu? Yang pasti, I nak you ada dalam rumah I tepat pukul 7 pagi. Dengan muka kerek dia tu. Geramlah, mama."
Puan Mawar tergelak sudahnya dengan aduan anaknya. Dia boleh lihat betapa menyampahnya Orkid pada Mateen.
"Tak baik tau menyampah dengan bos sendiri. Nanti gaji tak berkat. Nak ke macam tu?"
Orkid terdiam pula ditegur mamanya. Ya tak ya juga. Dia tersengih saja tanda alpa.
"Mama macam kenal aje dengan Mateen tu," tanya Orkid ingin tahu.
Puan Mawar menyerahkan roti yang disapu jem pada anaknya.
"Kenal. Aunty Betty tu pun kawan mama," jawab Puan Mawar ringkas.
"So, mama tahulah rumah dia kat mana, kan?"
Anggukan Puan Mawar membuatkan Orkid melepaskan nafas lega. Tak payahlah dia pergi mencari ibu tirinya di rumah satu lagi. Dengan senang hati dia menyumbat roti ke dalam mulut.
"Kat mana rumah dia?" tanya Orkid dengan roti penuh di dalam mulut.
Puan Mawar menggeleng dengan perangai anaknya. Dah umur 28 pun macam budak-budak. Puan Mawar menyerahkan air suam ke arah Orkid. Dengan senang hati Orkid mengambilnya.
"Mama tahu. Rumah dia dekat depan ni aje," jawab Puan Mawar selamba.
"Apa?"
Terbuntang mata Orkid mendengar jawapan sang ibu. Mujurlah dia sempat menelan cebisan roti di dalam mulutnya. Jika tak, pasti dia akan tercekik.
"Betul ke, ma? Sejak bila Mateen tu ada depan rumah kita tu? Kenapa Kid tak perasan?" tanya Orkid benar-benar ingin tahu.
"Baru aje. Sebelum ni Mateen dengan mak dia memang tinggal sini. Tapi diorang pindah. Rumah depan tu diorang bagi orang lain yang sewa. Tahun lepas kut tak silap mama. Diorang start pindah balik," terang Puan Mawar lembut. Dia tahu juga mereka berpindah kerana Orkid. mMereka mahu mendekatkan diri pada anaknya ini. Orkid saja yang tak tahu.
Orkid angguk perlahan. Dia tak tahu pula yang ada orang tinggal di hadapan rumahnya ini. Ahh! selama ini, dia bukan ambil tahu hal orang lain pun. Keluar rumah pun jarang-jarang. Orkid terfikir sendiri, macam manalah keadaannya sebelum dia hilang ingatan, ya? Sepanjang dia sakit, ibu kandungnya inilah yang selalu ada bersamanya. Saat dia hilang arah, Puan Mawar selalu berbisik padanya, akan ada cahaya yang akan meneranginya suatu hari nanti
"Mama okey?" tanya Orkid lembut dan menyentuh tangan sang ibu.
"Okey. Kenapa tanya macam tu?"
"Mama macam tak okey. Mama macam sedih. Mama gaduh dengan daddy atau mummy ke?" tanya Orkid lagi tak putus-asa.
Puan Mawar cuba tersenyum. Dia tak mahu anaknya risau. Orkid belum pulih sepenuhnya lagi.
"Dont worry. I'm find," jawab Puan Mawar pendek.
"Mama nak bagitahu ni. Hari ni mama nak pergi JB. Esok baru mama balik. Kid jaga rumah ya?"
Orkid mengangguk saja. Dia tahu selama ini ibunya sedang menjejaki seseorang yang dia tak tahu siapakah dia. Dari dahulu, sewaktu dia kecil lagi Puan Mawar selalu akan pergi ke setiap negeri. Pantang dia mendapat maklumat, laju saja dia bertindak. Tapi sayang, pencariannya tak pernah berhasil. Pernah sekali Orkid melihat sang ibu kemurungan. Menangis-nangis wanita itu kerana tak dapat bertemu si dia. Mujurlah ada mummy dan daddynya. Mereka berdua tak pernah sekali pun meninggalkan sang ibu keseorangan. Pernah dia bertanya pada mereka, siapa orang itu? Mengapa sang ibu tak berputus-asa mencarinya? Tapi Datin Seri dan Dato Rizwan hanya senyum. Suatu hari nanti, pasti dia akan tahu juga. Sudahnya Orkid membiarkan saja. Kerana dia yakin, hari itu akan sampai juga nanti.
"Dia dekat JB pulak ke?" tanya Orkid ingin tahu.
"Hope So," ujar Puan Mawar penuh harap.
Orkid menggenggam tangan sang ibu erat. Dia ingin berikan kekuatan pada Puan Mawar seperti mana wanita itu cuba sedaya-upaya memberikan dia kekuatan sewaktu sedar saja dia dari tidur yang panjang.
"Mama tahu kan Kid akan selalu ada untuk mama?"lunak kata-kata Orkid menusuk masuk ke sanubari Puan Mawar.
Lantas tubuh Orkid dia dakap erat.
"Love you more, darling," luahnya sebak.
Orkid membalas pelukan itu. Tangannya mengusap lembut belakang badan sang ibu. Dia kerling jam sekilas. Terbuntang matanya melihat jarum jam sedikit lagi hendak pukul 7/00. Cepat-cepat Orkid meleraikan pelukan mereka.
"Oh no... Kid kena pergi sekarang sebelum singa tu mengaung, mama. Love you, bye."
Dia mendaratkan ciuman di pipi sang ibu dan terus mengambil beg tangannya. Air suam yang mamanya bagi pun, dia tak sempat nak minum. Punyalah takut terlambat. Satu masalah lagi, kasutnya sesuka hati saja dirembat oleh kakak bertuahnya. Dia merengus geram. Sudahlah dia nak cepat. Ada saja orang yang cuba membuatkan dia lambat. Mahu tak mahu, kasut Oshin di dalam almari dia ambil juga. Sudahlah kasut kakaknya itu dia tak berkenan lansung.
"Kak Shin! nanti pulangkan kasut orang balik.," jerit wanita itu geram.
Pedulilah orang lain mendengar suaranya pun. Setelah bersedia, laju dia berlari menuju ke rumah jirannya. Tercungap-cungap perempuan itu setelah sampai di hadapan pintu rumah jirannya. Dia diam seketika dan menarik nafas dalam. Mengapa dia rasa seperti pernah berada di hadapan pintu ini dahulu? Belum sempat tanggannya naik mengetuk pintu di hadapan. pintu itu dibuka oleh seseorang. Spontan, mata mereka berpandangan.
Deja vu! masing-masing terpegun.
"Cari Mateen ke?" tanya suara itu lembut.
Teragak-agak Orkid mengangguk. Sudahlah dia tak kenal orang di hadapannya ini.
"Nama aunty, Betty. Ni Orkid, kan?" tanya Puan Betty menahan sebak.
Orkid mengangguk lagi. Dia seperti tak mampu bersuara waktu ini.
"Dah lama aunty tunggu Kid datang," luahnya lagi.
Orkid berkerut dahi. Dia melihat jam ditangannya sekali lagi. Baru pukul 7.05. Apa yang lamanya? Tapi dia senyum sajalah dengan ujaran wanita sebaya mama dan mummy ini.
"Maaf aunty. Saya lambat."
Puan Betty tunduk menahan tangisannya. Lama sangat dia tak mendengar suara wanita ini. Betapa dia amat merindui Orkid. Sebelum ini, mereka tersangat rapat.
"Aunty, okey?" tanya Orkid perasan dengan perubahan Puan Betty.
Laju Puan Betty angguk.
"Jom masuk. Mateen tunggu Kid dekat dalam." Laju dia menarik tangan Orkid.
Orkid cepat0cepat menanggalkan kasutnya dan mengikut saja arah Puan Betty. Mereka berhenti di hadapan pintu sebuah bilik. Tangan Puan Betty mengetuk pintu itu dua kali. Tak sampai beberapa saat, pintu itu dibuka dari dalam. Kelihatan Mateen sudah bersedia hendak ke pejabat.
"Ni, Kid dah sampai. Mummy turun dulu. Ada apa-apa bagitahu mummy."
Mateen angguk dan mengucap terima kasih kepada sang ibu. Setelah Puan Betty berlalu, pandangannya tajam memandang Orkid yang tertunduk takut. Tak mampu Orkid hendak memandang Mateen yang garang itu. Dari pandangan matanya saja telah membuatkan Orkid rasa nak balik.
"Semalam I bagitahu you datang pukul berapa?" tanya Mateen dingin.
Orkid telan liur sekali.
"Pu... pukul 7, encik."
"So? Sekarang pukul berapa?"
Orkid diam. Takut hendak menjawab pertannyaan lelaki di hadapannya.
"Hampir 7.10. You're late! Puan Orkid."
Orkid menyumpah lelaki itu di dalam hati. Tak puas hati dipanggil Puan. Mengapalah lelaki ini suka sangat memanggilnya Puan Orkid?
"Maaf, Encik Mateen," pintanya perlahan.
"Hari ni I maafkan you. Kalau esok you lambat lagi..." Mateen diam seketika. Dia mendekati Orkid,
Laju Orkid menjauhkan diri. Mateen tersenyum sinis.
"You akan didenda. Dan i akan make sure, you takkan lewat lagi. Okey, honey?" lembut suara Mateen menyeru 'Honey' itu.
"Ba... baik, encik," katanya gugup.
Mateen senyum puas melihat Orkid akur saja dengan arahannya.
"Pergilah masuk tengok Rose. Apa-apa yang you nak tahu, you boleh tanya mummy. I dah lambat."
Mateen hendak berlalu tapi cepat0cepat Orkid memanggilnya.
"Yes?" Mateen mengangkat kening bertanya.
Entah apa yang tak kena pada diri Orkid, tapi laju pula tangannya membetulkan kolar baju kemeja Mateen. Dan lebih memeranjatkan, sesuka hatinya saja membuka ikatan tali leher Mateen dan mengikatnya semula seperti mana yang dia mahu. Masing-masing terpegun dengan kelajuan tangan Orkid. Lagi-lagi Orkid, dia tak tahu mengapa dia berperangai sebegitu. Sahlah, lelaki itu menganggapnya cuba mengggoda pula.
"Errrr... maaf, encik. Saya..."
"Thank you. I pergi dulu. And dont worry. Nanti balik I bagi upah ya?"
Orkid terkaku di tempatnya berdiri. Dia mengetuk kepalanya berkali-kali.
'Kau dah kenapa, Kid? Cukuplah hilang ingatan. Janganlah gila pulak. Suka-suka hati aje betulkan kolar baju dengan tali leher mamat tu. Kau dah kenapaaa!!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience