Aku benar-benar tergamam mendengar kenyataan Tengku Rayyan Raykal. Dari mana dia tahu sebegitu banyak rahsia mengenai diriku? Siapa dia? Kenalkah dia dengan keluargaku?
"You tentu terkejut bukan?" Soal Tengku Rayyan Raykal.
"Maafkan saya, tengku... Emm, sejujurnya saya benar-benar ingin tahu, siapa tengku yang sebenarnya? Macamana tengku tahu tentang keluarga saya? Arwah ayah dan ibu saya... Malah, tentang bapa tiri saya dan pekerjaan saya sekarang ini... Macamana tengku tahu?" Tengku Rayyan tersenyum sinis.
"Tak perlu risau dari mana I tahu segalanya tentang you, Aisyah Aulia... By the way, Aisyah... Apa kata, kita menjamu selera dulu? I cepat lapar... Lagi-lagi depan wanita cantik seperti you..." Ujarnya selamba. Aku terkesima mendengar kata-kata Tengku Rayyan.
"Silakan, Aisyah..." Tengku Rayyan mempersilakan aku ke ruang makan tidak jauh dari bilik bacaan. Hampir terjojol mataku melihat pelbagai jenis makanan mewah yang berada di atas meja. Lobster, king crab... Manisan-manisan yang hanya mampu aku lihat di media massa.
"Jemput makan, Aisyah. Jangan malu-malu..."
"Tapi, tengku... Banyaknya... Saya..."
"I tahu, you tak pernah makan semua jenis makanan nikan?" Aku angguk laju. Terasa berselera melihat makanan-makanan yang terhidang di atas meja.
"Be yourself, Aisyah..." Aku benar-benar mahu menjamah semua makanan yang ada di atas meja ini. Namun, aku perlu menjaga adab susila sebagai seorang wanita melayu. Walaupun pekerjaanku tidak baik di sisi masyarakat, apatah lagi diharamkan di sisi agama, itu tidak bermakna adab dan sopan santun juga perlu digadaikan.
Satu per satu makanan aku ambil dalam kuantiti yang sedikit. Enggan dituduh buruk perangai, aku harus menjaga tatasusila sebagai seorang gadis melayu walaupun hakikatnya aku rasa teruja mahu mencuba semuanya.
"Aisyah, don't..." Terdongak aku bila tengku menegur.
"Maafkan saya, tengku..."
"I tak nak you malu dengan I, Aisyah... I tahu you teruja tengok makanan ni. Makan je... Just be yourself, ok... I nak you makan. Rasa semua makanan ni..." Aku merasa sebak.Sebak dengan sikap prihatin Tengku Rayyan Raykal. Sepanjang dalam tahanan Rizman dan Mama Shiqah, kami hanya makan apa yang terhidang. Kalau mahukan
"Tengku, jemput makan..." Dia tersenyum sebelum menganggukkan kepala.
"Terima kasih... Aisyah makan. Saya suka tengok orang makan."
"Emm, jangan macam tu, tengku... Saya... Saya jadi kekok bila ornang tengok saya makan... Jadi, sebelum saya hilang selera makan, ada baiknya, tengku makan sekali bersama saya." Jemputku, dengan sopan.
"As you wish..." Tengku Rayyan mengambil makanan dari atas meja. Aku tahu, dia leka memerhatikan tingkah lakuku yang sedang menjamu selera.
"Aisyah, wait... I akan ajar you macamana nak makan lobster ni... Macam ni, dear..." Aku tergamam bila Tengku Rayyan menyentuh tanganku yang sedang memegang garfu dan sudu. Terasa nafas hangat Tengku Rayyan mengenai leher jinjangku.
"Faham?" Aku angguk laju.
"Good... Now, open your mouth, dear..." Aku menelan air liur.
"Aisyah, open your mouth..."
"Err, tengku... Tengku nak buat apa?"
"I nak suap you."
"Emm, saya boleh makan sendiri..."
"Aisyah... Rules number one, kalau bersama I, I tak suka penolakan..."
"Open your mouth, Aisyah..." Ujar Tengku Rayyan bersama garfu yang sudah terisi dengan isi lobster dihalakan ke mulutku. Mahu tak mahu, aku turutkan jua permintaan Tengku Rayyan.
"Good girl..." Ujar Tengku Rayyan sebaik sahaja isi lobster selamat mendarat ke dalam mulutku.
"Sedap?" Soalnya. Aku angguk kepala. Dia tersenyum.
"One more..." Garfu berisi degan lobster, dihalakan ke mulutku untuk kali kedua.
"Tengku..." Bukan apa, aku segan. Bukan aku menolak, tapi, aku betul-betul segan dengan layanan Tengku Rayyan. Selama ini, lelaki-lelaki gersang hanya mahukan layanan dan aku tidak pernah dilayan sebegitu rupa.
"Aisyah... I dah cakapkan, I tak suka penolakan..."
"Saya..."
"Aisyah, I nak kenyangkan you sahaja."
"Tapi, tengku sendiri tak makan." Tengku Rayyan tersenyum kecil.
"You risaukan I?" Aku angguk kepala perlahan.
"It's okay, dear... I akan makan... Tapi, dengan tangan you..." Terdongak aku buat kesekian kalinya mendengar kata-kata Tengku Rayyan. Tengku Rayyan beriak selamba.
"Dear, cepat... Buka mulut you..." Aku menggigit bibir bawah.
"Aisyah... Buka mulut you atau you nak I suap you using my sexy lips... Pilihan di tangan you." Tengku Rayyan menjongketkan kedua-dua keningnya. Cepat-cepat aku menarik tangannya lalu isi lobster selamat masuk ke dalam mulutku untuk kesekian kalinya. Tengku Rayyan tertawa kecil.
"I suka you, Aisyah..." Aku simpan senyum.
"Emm, sekarang... Turn saya untuk suap tengku. Bolehkan?" Soalku sambil menjongket keningku.
"I tak kisah... Come. Suap I cepat."
"No, no, no... I dah cakapkan... I nak makan dengan tangan you..." Ujar Tengku Rayyan sebelum sempat aku menyuakan sudu yang terisi dengan isi lobster ke mulut Tengku Rayyan.
"Aisyah... I'm waiting..." Sudu aku letakkan ke atas pinggan sebelum aku mengambil isi lobster dan disuakan ke mulut Tengku Rayyan.
'Mengadanya tengku ni...'
"Nah! Buka mulut tengku. Saya suapkan..."
"Emm, sedapnya..." Terpejam mata Tengku Rayyan menikmati air tanganku.
"Aisyah..."
"Hurm..."
"Thanks..."
"Sama-sama, tengku... Err, terima kasih juga sebab izinkan saya menikmati makanan yang enak-enak."
"No sweat, dear..." Senyuman terukir di bibirku. Aku rasa gembira malam ini. Gembira yang amat sangat. Aku tahu, aku takkan dapat menikmati saat ini lagi selepas ini. Jadi, aku berdoa agar diberi aku kesempatan untuk merasai kegembiraan ini walaupun hanya sementara.
"Are you sleepy, baby?" Soal tengku sambil mengelus rambutku. Sesekali dapat aku rasakan sisi kepalaku dikucup. Bahagia. Itu ungkapan yang paling sesuai dapat aku gambarkan perasaanku ketika ini. Usai menikmati makan malam yang agak lewat, kami sekadar menghabiskan masa beriadah di balkoni tertutup di vila serba mewah itu.
Beratapkan cermin kaca, kami berbaring di sofa bed yang memang diletakkan di situ untuk Tengku Rayyan mencari ilham ketika fikirannya serabut.
'Baby? Tengku panggil aku, baby?'
"Baby?"
"Hurm..."
"Mengantuk?"
"Hurm..." Jawabku pendek beserta anggukan dengan mata tertutup.
"Sini. Let me hugh you..." Tanpa mendengar jawapanku, Tengku Rayyan mendakap tubuhku erat. Jantungku berdegup laju. Kenapa aku rasa selesa dengan dia walaupun kami baru bertemu?
"Baby?"
"Hurm..."
"Stay here for another night..." Terus tegak tubuhku hingga terlerai pelukan.
"Kenapa?"
"Bo...boleh ke? Bukan ke tengku hanya bayar saya untuk satu malam?" Tengku Rayyan memincingkan matanya.
"I nak spend time dengan you... Just you and me..."
"Tapi... Rizman..."
"Baby, listen here... I yang bayar you. I tak kisah berapa pun I kena bayar, asalkan you ada dengan I, okay?" Wajahku dielus.
"I akan suruh PA I call Rizman... Don't worry, okay?"
"Thank you..." Sejujurnya aku gugup. Bimbang aku tak mampu melayan lelaki misteri seperti Tengku Rayyan. Aku bimbang, jika Tengku Rayyan akan membuat aduan pada Rizman tentangku. Aku tahu, hukuman yang bakal aku terima tentunya menyakitkan. Ugutan Rizman tempoh hari, masih terngiang-ngiang di mindaku.
"My pleasure, dear... Kita rehat dulu. Tidur... Esok, kita berbual panjang, okey. I ada banyak nak tanyakan pada you..."
"Okey..."
"Just relax, okay... I takkan buat apa-apa pada you. I just nak hug you... I nak tidur, rehatkan mata, rehatkan minda I... I tahu, tentu banyak soalan yang you nak tanya pada I, kan?" Aku angguk laju. Tengku Rayyan terseyum.
"I akan jawab semua soalan you, esok... I promise... Now, bagi I lelapkan mata. I nak peluk you erat-erat..." Aku angguk lagi.
"Baby..." Aku baru nak melelapkan mata, Tengku Rayyan menegurku.
"Ya..."
"Can I kiss you?"
"Kenapa perlu bertanya?"
"I lelaki budiman. I takkan buat sesuatu tanpa keizinan you..."
"It's okay, tengku. Tengku dah bayar saya. Now' I'm yours..." Ujarku dengan berani. Berani dalam takut sebenarnya. Dengan wang sepuluh ribu ringgit untuk satu malam, tanpa melayan lebih-lebih. Worth it, right? Tengku Rayyan melebarkan senyuman sebelum bibirku dipagut penuh kelembutan.
"You make me crazy, baby..." Ujar Tengku Rayyan penuh sensual, di telingaku usai kucupan terlerai. Bibirku diusap. Aku melorek senyuman.
"Okay, time to sleep..." Tubuhku dipeluk erat. Terkebil-kebil mataku tatkala terdengar dengkuran halus. Aku melirik wajah tampan milik Tengku Rayyan Raykal. Wajah yang tenang tanpa cacat cela. Namun sayang, kenapa aku yang menjadi pilihan Tengku Rayyan? Apa yang sedang dia alami ketika ini?
Aku mengusap wajah dan bibir Tengku Rayyan Raykal. Kepalaku disandarkan ke dada bidang milik lelaki itu. Degupan jantung yang tenang dan sekata.
"Good night, tengku." Ujarku sebelum melabuhkan kucupan di pipi Tengku Rayyan. Aku melingkarkan tanganku membalas pelukan Tengku Rayyan. Aku tenang berada di sisinya. Mungkinkah aku dapat menikmati ketenangan ini lagi?
Aku terjaga tatkala terasa silauan menerpa ke arah wajahku. Aku meraba-raba kiri dan kanan, cuba mencari keberadaan Tengku Rayyan. Tegak tubuhku bila aku mendapati Tengku Rayyan tiada di sisi setelah aku tersedar.
"Tengku? Tengku?"
'Ah, sudah... Mana aku nak cari Tengku Rayyan? Villa ni besar sangat. Sesat aku nanti...' Gumamku.
"Tengku..."
"Are you looking for me, baby?" Suara maskulin Tengku Rayyan menusuk ke gegendang telingaku.
"Tengku..." Tubuh tegap Tengku Rayyan aku dakap tatkala aku memusingkan tubuh mencari empunya suara.
"Emm... Maaf... Sa...saya tak sengaja..." Tengku Rayyan menarik tubuh langsingku masuk ke dalam pelukannya.
"I'm sorry... I tak bermaksud nak buat you terkejut... I baru selesai mandi..." Aku angguk kepala usai pelukan terlerai.
"Come... I dah sediakan segalanya untuk you..." Aku mengerutkan dahi.
"Baby, you takde suara, ya? Suara you mahal, ya?" Tengku Rayyan mengusap bibirku.
"Bu...bukan macam tu... Saya..."
"Don't worry... I dah sediakan segalanya mengikut keperluan you. Next time, bila you datang sini, just bawa diri you sahaja, okey?"
"Keperluan I?"
"Come... Let me show you..." Tanganku digenggam erat sebelum ditarik perlahan menuju ke sebuah bilik. Aku tergamam melihat suasana penuh mewah di dalam bilik itu. Lengkap dengan bilik mandi dengan bath tub dan jakuzi. Malah di dalam milik itu turut diletakkan bilik pakaian.
Ya Allah, serius... Aku jakun. Kehidupan yang serba mewah. Ternyata ianya berbeza dengan kehidupan yang aku tempuhi saat ini. Andai aku tidak berkerja sebagai call girl, kehidupanku tetap sama. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Baby, take a bath first, okay? Pakaian you termasuk pakaian kecil you, dalam wardrobe sana." Terjegil mataku mendengar kenyataan Tengku Rayyan.
"Baby, please... I dah cakapkan yang I tahu segalanya tentang you?" Aku angguk perlahan. Malu sebenarnya, bila tengku menceritakan tentang pakaian kecilku. Rasa mahu menyorok dalam bilik mandi. Yelah, aku bukan orang kaya yang mampu beli pakaian yang mahal-mahal. Pakaian yang membaluti tubuhku ini semuanya disediakan Mama Shiqah. Termasuk yang kecil di dalamnya.
Kami tidak dibenarkan bertanya dari mana pakaian ini dibeli, berapa harganya... Semuanya dilarang sama sekali. Jadi, kami hanya memakai pakaian yang disediakan tanpa boleh bertanya dengan lebih lanjut.
"Go... Bersihkan diri you. I nak bau tubuh you, sentiasa wangi... I tak suka orang yang tak bersih ni. Segalanya sudah disediakan di dalam bilik mandi. Go..." Tubuhku ditolak perlahan.
"Err, baby..."
"Ya, tengku..."
"Pakaian you letak di dalam bakul yang disediakan, okey?"
"Okey..." Jawabku pendek. Hampir aku mahu menjerit melihat keluasan bilik mandi itu. Kalau bilik mandi sebesar rumah aku di kampung, bayangkan betapa besar bilik tidur Tengku Rayyan yang aku jejakkan kaki ketika ini?
"Emm, wangi... I suka..." Aku sedikit tersentak bila secara tiba-tiba Tengku Rayyan berada di belakangku saat aku menghadap cermin besar di bilik pakaian usai membersihkan diri tadi. Aku tergamam bila Tengku Rayyan merenung wajahku di cermin besar itu.
"Kenapa?"
"Nothing. You cantik, Aisyah... I adore you..." Ujar Tengku Rayyan sambil berbisik di telinga sebelum digigit manja telingaku. Aku kegelian. Tengku Rayyan memelukku dari belakang dan dagunya terletak elok di bahuku.
"You look sexy, baby..." Puji Tengku Rayyan. Aku baru tersedar yang aku masih belum berpakaian dengan sempurna. Aku perasan aku hanya memakai bathrope.
"Aisyah..." Tengku Rayyan memusingkan tubuhku. Mata bertentangan. Degupan jantungku tidak sekata.
"You're beautiful, Aisyah..." Tidak semena-mena Tengku Rayyan memagut bibirku penuh kelembutan. Sesekali terasa perit bila dia mula meneroka leher jinjangku.
"Argh!" Tubuhku dicempung lantas diletakkan perlahan-lahan di atas katil bersaiz super king.
"I'm sorry, Aisyah... I just control myself... You're so beautiful..." Tanpa jawapan, bibirku sekali lagi dipagut. Leherku sekali lagi diteroka. Dapat aku rasakan, tangan Tengku Rayyan menerokai tubuhku sebelum bathrope yang tersarung di tubuhku, ditanggalkan Tengku Rayyan.
Kruk... Kruk...
Terhenti aktiviti kami tatkala perutku berbunyi. Aku menekup wajahku dengan kedua tapak tangan. Malu. Itu yang aku rasakan ketika ini. Tengku Rayyan turut melepaskan tawanya.
"I'm sorry, baby... I terlupa... You belum bersarapan. Pakai baju. Kita bersarapan sama-sama."
"Sorry, tengku..."
"No... It's okay... I yang salah. Gelojoh sangat. Pergilah bersiap. I tunggu you."
"Thank you..." Tengku Rayyan tersenyum sambil meraup wajahnya. Jelas terpancar kekesalan di wajah tampan itu.
'Sorry, tengku... Saya lapar...' Gumamku.
Selepas chapter ni, kena unlock ya sayang-sayang semua. Sorry, matured content...
Share this novel