"Jangan, tuan... Sakit... Lepaskan saya, tuan..." Rintihku bila dia semakin mengganas. Kesakitan yang aku rasakan tidak mampu aku tahan.
"Tak nak sakit, dengar cakap aku! Aku dah bayar bapa tiri kau seratus ribu ringgit. Kau tahu tak?" Rambutku direntap.
"Argh! Sa...kit..."
"Aku benci bila orang engkar arahan aku! Aku akan ajar kau. Biar kau belajar untuk mendengar kata dan tidak akan membantah lagi arahan aku!" Tali pinggang ditarik dari seluar sebelum tubuhku dilibas bertalu-talu tanpa perasaan bersalah.
"Argh! Ja...ngan! To...long! Sa...kit..!"
"Aku takkan puas selagi kau membantah arahan aku! Aku tak peduli siapa pun kau, betina! Aku tahu, kau dengar segala arahan aku!"
"Argh! Ya Allah... Bantu aku, Ya Allah..."
"Kau nak minta tolong dari siapa? Takpe siapa yang berani nak tolong perempuan kotor macam kau!"
"Tolong! Sa...kit!" Rayuanku tidak diendahkan. Malah Mama Shiqah beriak biasa melihat tubuhku berbirat dilibas dengan tali pinggang Rizman. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Kesakitan yang aku rasakan tidak tertanggung lagi. Darah memercik memenuhi katil dan cadar.
"Allahuakhbar... Allahuakhbar... Bantu aku Ya Allah..." Rintihku.
"Sudahlah, Man. Mati budak tu nanti. Tuan besar tu dah janji dia nakkan si Aisyah ni minggu depan. Kalau tak hilang kesan birat ni, tentu dia tak nak. Rugi kita nanti."
"Ish! Siallah!" Marah Rizman sebelum mencampak tali pinggang ke lantai. Aku tak mampu menahan kesakitan di tubuhku. Malah aku tidak mampu duduk akibat kesakitan ini.
"Mama pastikan betina sial ni tak engkar arahan aku! Atau aku akan bunuh dia nanti! Huh!"
Bam! Terhinjut tubuhku bila pintu bilikku dihempas kuat. Aku tahu Rizman sudah keluar.
"Aisyah, jangan degil ya... Dengar cakap mama. Aisyah sekarang menjadi pilihan orang-orang kaya, tau. Mama nak bantu Aisyah jadi kaya-raya. Aisyah dengar cakap mama, ya..." Rambutku dielus. Ternyata aku dijadikan sebagai lubuk duit buat Mama Shiqah dan Rizman.
Air mata mengalir tanpa henti. Hampir keseluruhan tubuhku dilibas tanpa belas kasihan. Pada siapa yang mampu membantu diriku. Nak melarikan diri? Usah bermimpi... Aku melihat sendiri di depan mataku, hukuman yang diberikan pada seorang gadis yang cuba melarikan diri.
Allahuakhbar... Hanya itu yang terpacul dari bibirku tatkala melihat sekujur tubuh longlai dibelasah separuh nyawa sebelum tubuh itu dicampak ke dalam bilik kurungan. Rizman sengaja membelasah gadis itu dihadapan kami semua dengan alasan sebagai pengajaran pada semua jika berniat mahu melarikan diri.
Hampir aku histeria melihat Kamelia dibelasah tanpa belas kasihan. Raungan Kamelia memenuhi bilik hukuman. Tiada siapa yang berani membantu Kamelia. Masih terngiang-ngiang suara Kamelia menceritakan kisah hidupnya padaku minggu lalu.
Flashback #
"Kau okey tak ni, Lia?" Kamelia tidak memberi respon padaku. Sebaliknya, Kamelia dilihat termenung jauh.
"Lia, kau ada masalah ke? Ceritalah pada aku... Mana tahu, aku boleh bantu..." Soalku sambil mengelus rambut panjangnya.
"Apa yang boleh kau tolong, Aisy?" Aku terkedu.
"Kenapa kau cakap macam tu? Cuba kau terangkan pada aku... Apa yang berlaku sebenarnya... Sekurang-kurangnya, masalah kau hilang sikit..." Kamelia melepaskan keluhan berat.
"Aku... Aku nak lari dari sini, Aisy... Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar dari bibir mungil Kamelia.
"Apa? Kau nak lari? Lia... Kau tahukan macamana Rizman dan Mama Shiqah kawal tempat ni?"
"Aku dah tak tahan, Aisy... Aku tak tahan lagi. Aku tak sanggup nak tipu diri aku sendiri... Aku dah tak mampu nak ikut arahan dorang. Aku sakit, Aisy... Aku sakit..." Rintih Kamelia dalam sendu.
"Lia... Aku faham apa yang rasa ketika ini. Tapi, kau nak lari macamana, Lia? Kau tahukan, setiap gerak-geri kita dijaga."
"Aku tak peduli, Aisy... Tuan Borhan dah janji nak bantu aku."
"Kemudian?"
"Dia janji nak kahwin dengan aku kalau aku berjaya larikan diri dari neraka ni..."
"Dan kau percaya cakap orang tua tu?"
"Kenapa tidak? Dia dah janji dengan aku, Aisy. Bukan sekali dua... Tapi, dah banyak kali. Aku percaya, Aisy... Dia sayangkan aku..."
"Lia... Kau jangan terlalu percayakan lelaki macam Borhan tu, Lia... Cuba kau tengok keadaan kita, Lia... Kau rasa, ada lelaki yang betul-betul ikhlas mahukan kita, Lia?"
"Tapi, Borhan sayangkan aku, Lia... Dia dah janji akan jaga aku, kalau aku dapat keluar dari tempat ni..."
"Lia, aku tak nak kau tersalah pilih, Lia... Aku tak nak kau tertipu dengan Borhan. Kau tahukan, dia dah beristeri dan ada anak sebaya dengan kita. Aku tak lupa apa yang kau katakan dulu, Lia..." Aku cuba memujuk Kamelia.
"Tapi, aku tak tahanlah, Aisy. Aku nak keluar dari neraka jahanam ni. Aku dah tak larat nak kena herdik, kena sepak terajang. Tubuh aku dijadikan lubuk untuk setan-setan ni dapatkan duit." Aku melepaskan keluhan. Aku merasai apa yang Kamelia rasakan.
"Aku dah nekad, Aisy... Aku nekad nak lari dari tempat ni dan aku akan pastikan aku takkan kembali ke sini lagi." Aku melepaskan keluhan.
"Aku harap kau dapat lari terus, Lia... Janji dengan aku, yang kau akan berhati-hati lepas ni. Ubah hidup kau selepas ini..."
"Aku janji, Aisy... Doakan aku, Aisy..."
"In shaa Allah, Lia... Aku sentiasa mendoakan untuk kau, kawan-kawan kita yang lain, juga buat diriku."
"Terima kasih, Lia..." Tubuhku ditarik lalu dipeluk erat. Sememangnya, hubunganku dengan Kamelia agak rapat semenjak aku dihumban ke neraka ini. Hanya Kamelia yang mahu menegurku lantaran kami sama-sama bekerja di restoran makanan sebelum 'diserap' ke bahagian maksiat.
Flashback end #
"Huh! Ingat! Ini semua sebagai pengajaran untuk korang semua! Jangan sesekali berani nak larikan diri dari tempat ni! Aku takkan teragak-agak nak menyeksa korang kalau korang berani menentang aku! Ingat!!!" Terhinjut tubuhku akibat jerkahan kuat Rizman. Aku hanya mampu menganggukkan kepala tanpa mendongak memandang wajah kejam Rizman.
"Korang semua jaga betina-betina ni! Jangan sampai dorang berjaya melepaskan diri!"
"Baik, boss!"
"Jangan baik boss, baik boss je! Ingat! Korang pun akan aku hukum, kalau perkara begini terjadi lagi. Ingat!"
"Kami janji, boss. Perkara begini takkan berlaku lagi, boss!" Rizman memasukkan tangan ke dalam poket sebelum berlalu. Aku melangkah laju. Tak hingin aku mengadap lelaki jahanam itu.
"Aisyah!" Terhenti langkahku bila namaku dilaung.
"Aisyah Aulia!" Perlahan-lahan aku memusingkan tubuhku menghampiri Rizman. Aku tahu, aku takkan terselamat dari Rizman jika aku engkar.
"Ikut aku, Aisyah..." Pujuk Rizman sebelum merangkul bahuku. Peluh mula terbit di dahi.
"Masuk Aisyah..." Aku turutkan arahan Rizman.
"Duduk." Arahnya lagi.
"Kau tahu kenapa aku panggil kau, Aisyah?" Soal Rizman. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Rizman menghampiriku sebelum bersandar disisi meja sambil menyilangkan tangan di dada.
"Begini, Aisyah... Aku tahu. Kau tentu terkejut dan hairan kenapa kau dipanggilkan?" Aku anggukkan kepala.
"Kau tahu tak, Aisyah... Sekarang ni, kau menjadi pilihan lelaki-lelaki kaya di luar sana. Dan disebabkan kau, keuntungan tempat ni berlipat kali ganda. Aku happy, Aisyah."
"Pandang aku, Aisyah..." Daguku dipaut. Rizman tersenyum lebar memandangku. Sumpah! Aku berasa jijik melihat wajah yang penuh dengan pembohongan. Lantas aku mengalihkan pandangan.
"Kenapa, Aisyah? Kenapa kau palingkan wajah kau? Kau bencikan aku?" Aku tidak memberi respon. Aku memberanikan diri mendongak memandang anak mata hitam Rizman.
"Kau cantik, Aisyah... Cantik sangat." Rizman mengelus wajahku. Aku menepis perlahan tangan Rizman. Enggan tangan kotornya menyentuh kulitku. Rizman tertawa besar.
"Tak sia-sia aku membayar seratus ribu ringgit pada orang tua bodoh tu!"
"Aisyah, Aisyah... Aku beruntung kau bekerja dengan aku. Dan, untuk pengetahuan kau... Aku menerima bidaan yang paling tinggi untuk mendapatkan layanan istimewa dari kau untuk seorang lelaki bergelar tengku." Aku tergamam lantas aku mendongak.
"Kau tahu tak, Aisyah. Lelaki itu sanggup membayar sepuluh ribu ringgit untuk kau menemaninya satu malam. Mudahkan mendapat wang?" Aku terkedu. Sepuluh ribu ringgit untuk semalam?
"Jadi, aku nak kau layan lelaki tu sebaik mungkin. Kau jangan risau, Aisyah... Dia bukan sejenis yang gelojoh, Aisyah... Aku kenal lelaki macam dia. Cuma, aku tak nak kau pasang niat untuk melarikan diri, Aisyah. Kau tahukan apa yang aku maksudkan?" Aku anggukkan kepala.
"Kau akan menemani lelaki tadi ke satu tempat dan kau jangan bimbang, jika dia bertindak diluar kawalan, budak-budak aku akan jaga kau. Mereka akan mengekori kau dan lelaki tadi seperti yang dijanjikan. Kau faham?" Aku angguk lagi.
"Aku tak minta lebih, Aisyah... Tolong... Tolong dengar cakap aku... Aku tak nak seksa kau, Aisyah... Aku kenal kau... Dan, aku rasa, kau pun kenal akukan? Aku tak nak sakiti kau, Aisyah. Jadi, aku minta jasa baik kau, jangan bertindak di luar kawalan dan jangan mencabar aku. Kau tahu apa natijahnya kalau menentang akukan, Aisyah Aulia?" Aku mengangguk sambil menelan air liur. Ugutan Rizman membuatkan bulu romaku meriding.
"Kenapa kau diam, Aisyah?"
"Apa lagi yang kau mahu aku katakan? Kau nak suruh aku gembira? Sedangkan kau tahu aku tidak sukakan pekerjaan kotor ni? Kau jadikan aku sebagai lubuk untuk kau buat keuntungan." Rizman tersenyum sinis. Bahuku diusap perlahan.
"Aisyah... Aku janji dengan kau. Selagi tiada gadis yang mampu mengatasi kau, selagi itu kau akan bekerja di bawah aku. Tapi, jika ada orang lain yang mampu membuatkan aku lebih kaya, aku akan lepaskan kau. Kau jangan risau... Aku tak kejam, Aisyah... Aku tahu, tahap kemampuan seseorang itu dengan hanya memerhatikannya sahaja. Itu kelebihan aku, Aisyah..." Aku menghela nafas.
"Kau dah habis cakap? Jika sudah, benarkan aku kembali ke bilik. Aku keletihan." Ujarku sebelum meraup rambut panjangku ke belakang.
"Kau cantik, Aisyah..." Rizman mengelus rambutku. Entah bila dia datang menghampiriku, aku pun tak sedar. Aku bimbang. Aku dapat rasakan nafas Rizman mengenai pipiku.
"Rizman, jangan..." Aku cuba menolak Rizman jauh dariku.
"Kenapa? Kau tak suka aku?"
"Kau nak jawapan jujur?" Rizman mengangguk.
"Sejujurnya, aku tak sukakan kau, Rizman. Aku bencikan kau..."
"Hahaha... Aisyah, Aisyah... Aku suka kau, Aisyah. Kau jujur..."
"Dahlah, Rizman. Benarkan aku kembali ke bilik..." Ujarku selamba.
"Silakan. Silakan Aisyah. Pastikan kau bersiap sedia untuk lelaki itu nanti dan aku tak mahu ada komplen dari dia, Aisyah... Kau tahukan nasib kau nanti?" Aku melepaskan keluhan sebelum mengangguk laju.
"Aku pergi dulu." Rizman mengangguk sebaik sahaja tanganku dilepaskan. Laju langkah kakiku meninggalkan bilik Rizman. Aku menghela nafas lega sebaik sahaja tiba di bilikku. Aku rebahkan tubuhku di atas katil. Lega, itu yang aku rasakan.
Mengingatkan malam yang bakal menjelma, aku jadi tidak keruan. Lelaki bergelar tengku, sanggup membayar sepuluh ribu ringgit untuk aku menemaninya semalaman.
"Gila!" Mahu tidak mahu, aku perlu bersedia sebelum Rizman menghantar balaci-balaci dia mengheret tubuhku keluar dari bilik.
"Aku baru nak ketuk pintu bilik, kau..." Tiba-tiba wajah Rizman berdiri di muka pintu bilikku sebaik sahajaku pintu bilik dikuak. Aku menjeling.
"Kau cantik, Aisyah... Kau bijak mengenakan pakaian yang sesuai mengikut suasana dan acara. Aku suka kebijaksanaan kau..." Puji Rizman sambil mengelus sebelum mencium rambut panjangku.
"Lepaskan aku, Rizman."
"Opss! My bad..." Aku menghela nafas sebaik sahaja Rizman melepaskan rambutku.
"Thanks..." Ujarku sebelum menutup pintu bilik dan melangkah laju.
"Jaga diri kau, Aisyah. Aku tak nak apa-apa berlaku pada kau..."
"Aku tahu."
"Good..." Pintu kereta mewah dibuka oleh seorang lelaki yang memakai sut serba hitam untuk aku. Aku tergamam. Kali pertama aku dilayan sebegini rupa.
"Silakan cik..." Ujarnya sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.
"Terima kasih..." Aku menjadi jakun melihat kemewahan di dalam kereta mewah itu dan aku pasti, kereta ini tentu mahal harganya.
"Err, maaf... Saya, seorang sahaja ke?"
"Ya, cik. Kami akan membawa cik ke sebuah vila di kawasan elit tidak jauh dari sini."
"Vila?"
"Jangan risau, cik... Tengku tak makan orang..." Ujarnya membuatku tertawa kecil sebelum tawaku terhenti.
"Tengku?"
"Ya. Yang Mulia Tengku Rayyan Raykal."
"Tengku Rayyan Raykal... Hurm... Interesting... Baiklah. Saya ikut awak. Siapa nama awak?" Soalku memulakan perbualan.
"Saya, Sam... Pembantu peribadi tengku..."
"Oh... Err, tengku ni dah kahwin ke?"
"Maaf, cik. Saya tak boleh nak cakap apa-apa. Ada baiknya, cik bertanya sendiri pada tengku."
"Awak memang jujur..." Sam tersenyum sebelum meneruskan pemanduannya. Aku sempat melirik ke belakang. Ternyata ada dua buah kereta mewah yang mengekori kenderaan yang aku naiki. Yang pasti, satu lagi kenderaan, merupakan kenderaan milik Rizman.
"Cik, kita dah sampai..."
"Oh... Saya ingat jauh lagi..."
"Silakan cik..." Pintu kereta mewah Bentley berwarna hitam, dibuka. Aku melangkah keluar berhati-hati dari kereta mewah itu.
"Silakan, cik..."
"Hurm..." Pakaian yang melekap ditubuhku, aku betulkan. Maklumlah... Hendak bertemu dengan seorang tengkukan? TTentu aku perlu menjaga penampilanku, walaupun hakikatnya, aku sedar, siapa aku dan apa pekerjaanku.
"Jemput masuk, cik..."
"Terima kasih..."
"Tengku berada di bilik tamu. Silakan..." Aku mengekori Sam. Tergamam aku melihat vila mewah yang dipenuhi dengan barangan warna keemasan. Dua orang pembantu wanita menganggukkan kepala padaku sebelum aku turut membalasnya.
"Tunggu sebentar, cik... Cik boleh duduk di sini, sebentar..."
"Baik. Terima kasih." Sam angguk sebelum menghilangkan diri seketika. Ruangan bilik besar itu agak menyeramkan bila aku sendirian.
"Aisyah Aulia..." Aku tergamam bila nama penuhku disebut oleh suara garau penuh maskulin seorang lelaki. Aku berdiri sebelum memusingkan tubuh menghadap lelaki tadi.
'Hemsem, smart, muka ketat...' Gumamku.
"Have a seat..." Ujarnya.
"Terima kasih..." Aku melabuhkan punggung di sofa yang aku yakin, ianya tentu berjenama mahal dan mungkin buatan luar negara. Aku tertarik untuk melihat wajah lelaki di hadapanku. Terserlah sifat kejantanan lelaki itu di mataku.
"Kenapa pandang I macam tu?"
"Maafkan saya..." Aku menundukkan wajahku. Kekok aku rasakan.
"Kenapa? You malu?" Aku tidak memberi respon. Sebaliknya, aku cuba merenung ke dalam matanya.
"You malu?" Aku angguk sedikit.
"Bekerja begini, you tak malu?" Aku tersentak. Sakit, sedih, seksa, pedih semuanya bermain dalam kepalaku. Hampir aku tersungkur mendengar kenyataan yang pahit itu.
"Maafkan I, Aisyah. I dah periksa latar belakang you dan I tahu, you terpaksa." Aku mendongak.
'Dia tahu pasal aku?'
"Apa maksud, tengku? Tengku tahu segalanya pasal saya?"
"Ya... I tahu. I know everything about you, Aisyah Aulia binti Amri Afhan. Ibu you, Ameera Aizah. You berumur dua puluh tiga tahun. You dijual pada Rizman dengan bayaran seratus ribu ringgit. Betulkan Aisyah Aulia?" Soal lelaki tadi dalam tenang sambil menyilang kakinya.
"Parents you bercerai ketika umur you lima belas tahun sebelum arwah ibu you kahwin dengan bapa tiri you, Zairul Zaiqal." Tambahnya lagi membuatkan aku terdiam seribu bahasa.
Masih free reading sehingga chapter ke tiga. Enjoy guys...
Share this novel