BAB 1 - HNYT - LEPASKAN

Romance Completed 27986

"Nah! Pakai baju kau..." Pakaianku dicampak tepat ke wajahku. Dalam menahan kesakitan, aku hanya mampu mengesot sambil menutup tubuh separa bogelku dengan selimut yang ada di atas tilam sebelum mencapai pakaianku.

"Hurm... Aku harap, lepas ni, kau akan bersedia seperti hari ni... Aku sukakan layanan kau hari ni..." Ujarnya sambil membutangkan kemeja di dada bidangnya. Dahiku dikucup perlahan sebelum rambut panjangku dielus.

"Ini bayaran untuk kau!" Sejumlah wang dicampak diatas pahaku yang terdedah. Seikat wang not seratus ringgit berada ditanganku. Lumayan. Memang lumayan. Tetapi, kesakitan yang aku terima, tidak mampu aku ungkap. Malah wang yang bertimbun itu belum mampu menghilangkan kesakitan dan rasa ngilu pada tubuhku.

"Kenapa kau tak banyak bersuara hari ini? Kau sakit?" Aku hanya menggelengkan kepala bila wajahku dielus.

"Kau bimbang, aku takkan datang bertemu dengan kau lagi?" Aku mendongak. Mata hijau lelaki tadi, aku renung dalam. Entah apa yang aku rasakan saat ini. Kenapa aku rasa selamat setiap kali berada di sampingnya?

"Okeylah. Aku chow dulu. Ingat! Jangan cuba nak layan lelaki lain." Bibirku dipagut rakus sekilas.

"Aku tak nak kau dengan lelaki lain..." Aku mengerutkan dahi.

"Aku dah beli kau dari bos besar kau, Rizman!"

"Beli? Apa maksud tuan?"

"Ya. Aku dah beli kau dan itu bermaksud kau hanya boleh melayan aku, bukan lelaki lain. Faham?"

"Tapi, tuan..."

"Hurm... Kau nak apa lagi? Nak lagi ke? Tak cukup dengan dua round tadi?"

"Bu...bukan... Kalau betul saya sudah dibeli, kenapa tinggalkan saya di sini?"

"Apa maksud kau?"

"Saya akan turut segala kata-kata tuan, kalau tuan bawa saya keluar dari sini..."

"Apa kau cakap? Kau nak aku bawa kau keluar dari sini?"

"Ya, tuan... Tolonglah saya..."

"Lepas tu, kau boleh bebas lari tinggalkan aku? Macam tu?" Lelaki tadi menyarungkan kemeja hitam ke tubuh sasanya. Air liur diteguk kesat.

"Bu...bukan macam tu, tuan. Saya takkan berani nak lari. Saya takde sesiapa lagi, tuan. Saya sebatang kara di bandar besar ni. Cuma, saya berharap, saya dapat bebas dari tempat ini." Rintihku. Air mata sudah bertakung di tubir mata.

"Aku tak janji. Nak beli kau pun, aku kena bayar dengan harga yang besar. Inikan pula nak bawa kau keluar dari tempat ni..."

"Tolong saya, tuan... Rizman bukan seorang yang patuh dengan kata janjinya. Rizman banyak muslihat. Saya kenal Rizman." Ujarku.

"Apa yang kau tahu pasal Rizman? Rizman pernah sentuh kau?" Soal lelaki tadi membuatkan aku menggelengkan kepalaku. Dia menghenyakkan punggungnya bersebelahan denganku di birai katil.

"Tapi, Amanda juga pernah dijanjikan perkara yang sama seperti saya."

"Amanda? Yang bersama dengan kawan aku, Kyle?"

"Ya, tuan... Saya tahu Amanda juga telah dibeli. Tapi, Rizman jahat, tuan. Dengan duit yang dia dapat dari pelanggan yang kaya-raya, Amanda dipaksa melayan mereka lantaran Rizman menerima bayaran walaupun Amanda sudah dibeli."

"Macamana kau tahu?"

"Amanda yang menceritakan hal ini pada saya, tempoh hari. Bukan seorang lelaki, tapi..." Aku menelan air liur yang kurasakan kesat.

"Jadi, Kyle tahu pasal ni?"

"Saya tak pasti, tuan. Cuma, saya tak mahu perkara yang sama terjadi pada saya. Saya tahu, tuan dah bayar saya dengan harga yang tinggi. Tapi, saya tidak mendapat apa-apa dari bayaran yang tuan berikan pada saya. Semuanya dirampas Rizman dan Mama Shiqa." Dia terdiam seketika.

"Jadi, duit ni semua?"

"Mama Shiqah akan ambil semuanya."

"Semuanya?" Aku angguk lagi. Dia terdiam seketika.

"Saya rayu, tuan... Rizman takkan menolak bila disogokkan dengan sejumlah wang besar walaupun ada gadis-gadis di sini sudah dibeli."

"Jadi, kau nak cakap, kalau ada pelanggan yang mahukan kau, dia kena bayar dengan bayaran yang mahal, dengan alasan kau sudah dibeli?" Aku anggukkan kepala.

"Sial! Ini penipuan!"

"Saya... Saya minta maaf, tuan. Tiada siapa yang berani buka mulut mengenai hal ini."

"Kenapa?"

"Sebab, kami akan diseksa dan dibelasah. Cukuplah, kami sudah melihat kematian seorang rakan kami akibat perkara yang sama. Saya... Saya tak sanggup, tuan..." Ujarku dengan esakan.

"Kematian?"

"Ya, tuan..." Ujarku sambil mengesat air mata.

"Kes kematiannya ditutup lantaran pegawai polis yang mengendalikan kes ini, telah disuap dengan sejumlah wang."

"Engkau pasti semua ni?"

"Saya berani bersumpah, tuan."

"Tapi, kenapa kau ceritakan semua ni pada aku? Atau kau punya agenda untuk mengenakan aku?"

"Tidak, tuan. Demi Allah... Saya berani bersumpah atas nama arwah ibu ayah saya, tuan. Saya bercakap benar. Saya janji, saya akan turuti segala kemahuan tuan. Tolong saya, tuan."

"Ini semua masalah! Aku tak nak ada masalah kemudian hari..."

"Saya janji, saya takkan timbulkan sebarang masalah pada tuan. Saya hanya nak keluar dari sini, tuan. Saya tak sanggup nak tunggu lama di sini. Saya janji, saya takkan minta apa-apa dari tuan. Lelaki itu terdiam seketika.

"Aku tak berani nak janji. Aku tak nak apa-apa masalah kemudian hari."

"Tolonglah saya, tuan... Saya merayu sangat. Saya akan patuh dengan segala arahan tuan. Saya janji..."

"Kenapa kau beria-ia sangat?"

"Saya... Saya tak mahu terus tinggal di sini, tuan." Lelaki tadi melepaskan keluhan.

"Saya dah lelah nak hadap semua ni... Tolonglah saya, tuan..." Rintihku lagi.

"Aisyah... Aku..."

"Saya akur dengan ketentuanNya. Tapi, ini bukan apa yang saya mahukan... Saya terpaksa..." Nafas dihela perlahan. Kesakitan yang aku terima, tiada siapa yang tahu. Aku impikan kebebasan. Bebas dari segala permasalahan dan kesakitan.

"Aisyah... Dengar sini. Aku datang sini, hanya mahukan peneman. Bukan seseorang yang boleh dijadikan teman seumur hidup."

"Tapi, bukan ke selama ini tuan sentiasa mencari saya?"

"Aisyah, kau kena faham... Aku bayar kau dengan harga yang mahal, tau? Tapi, itu tidak bermaksud, aku kena ikut cakap perempuan macam kau." Aku terkedu mendengar jawapan lelaki ini.

"Saya faham... Saya cukup faham dengan lelaki seperti tuan. Maafkan saya sebab meletakkan harapan pada tuan. Saya faham maksud tuan. Baiklah. Saya takkan minta apa-apa lagi dari tuan. Terima kasih untuk bayaran ini." Aku menarik pakaianku sebelum masuk ke kamar mandi.

"Aisyah! Aisyah!" Aku tidak mengendahkan panggilan lelaki tadi. Aku melorotkan tubuhku ke pintu bilik air. Air mataku mengalir lesu. Sakit... Itu yang aku rasakan ketika ini. Dengan langkah longlai dan rasa ngilu dan sakit, aku merehatkan tubuhku ke dalam tab mandi. Air pancuran aku biarkan terus membasahi tubuhku bersama air mata yang setia mengalir.

Kenapa ini yang aku dapat? Kenapa ini yang terpaksa aku hadap? Kesucian dan maruah diri yang aku jaga selama ini, akhirnya terpaksa aku lepaskan pada lelaki yang tidak halal buatku. Sepatutnya, kesucian diri ini aku serahkan pada lelaki bergelar suami. Tapi, sayang... Aku hanya bermimpi di siang hari.

Kebencian pada bapa tiriku belum mampu membuatkan aku menikmati kebahagiaanya. Ya. Aku rasa bersyukur selepas mendapat tahu berita mengenai kematian bapa tiriku. Tapi, ianya belum mampu membuatkan aku berasa lega lantaran aku belum mampu bebas dari cengkaman Rizman, bapa ayam di rumah maksiat ini.

Rizman, seorang lelaki yang berperwatakkan menarik, berselindung di sebalik wajah yang penuh dengan kepalsuan. Berpakaian seperti orang alim ulama, tetapi hakikat sebenarnya, Rizman merupakan bapa ayam yang cukup terkenal di bandaraya besar ini.

Bagaimana aku mengenali Rizman? Rizman atau nama sebenarnya Muhammad Rizal bin Muhammad Razman, merupakan bekas pelajar sekolah agama yang satu sekolah denganku. Cuma Rizman lebih tua dariku tiga tahun.

Segalanya bermula, selepas aku mencari pekerjaan selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia. Rizman berubah setelah mengetahui ibu kandungnya ada hubungan sulit dengan lelaki lain selepas kematian arwah ayahnya. Rizman melihat sendiri kelakuan jijik si ibu yang sanggup menggadaikan maruah demi mendapat kesenangan hidup.

Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku pada ibunya yang tiba-tiba hidup serba mewah. Rizman yang pada mulanya, mengganti tempat si ibu menjaga perniagaan restoran makan milik keluarganya, tiba-tiba menjadi kaya-raya. Orang-orang kampung turut terkejut melihat gaya hidup Rizman dan ibunya yang secara tiba-tiba menjadi kaya.

Rizman mempunyai beberapa buah cawangan kedai makan dan dengan berperwatakan alim, Rizman berselindung di sebalik pakaiannya walaupun hakikatnya, Rizman dan si ibu menjalankan kegiatan yang tidak bermoral disebalik restoran makan mereka.

Aku ketika itu, mencari pekerjaan demi sesuap nasi terpaksa merayu minta dilepaskan setelah dijual bapa tiriku pada Rizman selepas kalah besar dalam perjudian. Aku cuba melarikan diri selepas mengetahui niat tidak baik bapa tiriku. Namun, segalanya sudah terlamba bila aku dipukul dan dibelasah kerana cuba melarikan diri. tak cukup dengan itu, aku hampir dibogelkan bapa tiriku.

Nasib aku masih baik, bila Rizman setuju untuk membeliku dengan harga yang tinggi dari bapa tiriku. Hampir seratus ribu. Harga tubuhku seratus ribu ringgit. Tanpa perasaan bersalah, bapa tiriku mencium duit yang dia dapati dari Rizman. Senyuman jahat terukir di bibirnya setelah menerima wang jualan tubuhku.

"Terima kasih, Aisyah... Sebab Aisyah, ayah dapat duit sebanyak ini..."

"Huh!" Aku cuba menepis tangan kotor bapa tiriku yang cuba mengusap wajahku.

Pang!

"Jangan berani kau nak tepis tangan aku! Mampuslah kau kat sini jadi hamba abdi!" Ujar bapa tiriku sebelum dia menyerahkan aku pada Rizman.

"Jangan risau, Aisyah... Aku akan jaga kau. Mama Shiqah akan jaga kau elok-elok. Kau jangan takut." Ujar Rizman tanpa sedikitpun perasaan bersalah. Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Sedih diperlakukan sedemikian oleh bapa tiriku.

Walaupun aku menangis air mata darah sekalipun, aku tahu, aku takkan terlepas dengan mudah dari genggaman Rizman. Walaupun aku membuat laporan polis, aku percaya, tiada siapa yang akan mempercayai kata-kataku.

Sudah sebulan aku bekerja di restoran makanan Rizman sebagai pembantu restoran dan selama sebulan ini, aku menerima upah sebanyak seribu ringgit sebulan sebelum tiba-tiba, aku dipanggil Rizman dan Mama Shiqah.

Tok! Tok!

"Masuk!"

"Ya, mama... Ada apa panggil Aisyah?"

"Begini Aisyah... Kau tahukan kau dah dijual pada kami oleh bapa tiri kau?" Aku angguk kepala.

"Dan kerja kau sebagai pembantu restoran?" Aku angguk lagi. Rizman menyilang kakinya sebelum diletakkan di atas meja. Nampak agak kurang ajar sebenarnya. Apatah lagi Mama Shiqah, ibu kandungnya berada di hadapannya.

"Begini, aku akan pindahkan kau ke bahagian baru."

"Maksud mama?"

"Kerja kau, melayan lelaki-lelaki kaya..." Terkejut aku mendengar ayat yang terpacul dari mulut perempuan tua itu.

"Kau jangan risau... Kau takkan melayan mereka sehingga ke katil. Tugas kau, hanya melayan mereka makan dan berkaraoke je..."

"Tapi, kenapa saya, mama? Saya tak nak buat kerja bodoh tu... Saya tak nak!"

"Aisyah, kau jangan degil... Kau akan dapat duit dengan lebih lumayan. Lelaki-lelaki kaya ni, hanya mahukan belaian gadis cantik macam kau, Aisyah..."

"Mama, tolonglah... Jangan buat saya begini... Saya tak nak kerja macam tu... Berdosa... Tak baik, mama..." Rintihku.

"Jangan pandai-pandai nak sebut pasal dosa pahala kat depan akulah, betina!"

Pang!

"Argh!" Pipiku ditampar Rizman sehingga membuatkan aku terjelepuk ke lantai.

"Jangan nak melawan. Kau tak boleh engkar arahan aku! Aku dah terima wang dari orang kaya tu. Pergi sekarang! Atau kau akan menerima sepak terajang aku. Kau pilih!"

"Mama, tolong Aisyah, mama... Aisyah tak nak! Tolonglah!" Rayuku sambil memeluk kaki Mama Shiqah.

"Kau jangan degil, Aisyah! Kau nak kena pukul ke?" Jerkah Rizman. Mama Shiqah beriak biasa.

"Saya rela, kalau itu boleh elakkan saya dari melakukan maksiat..." Rizman mengepal penumbuknya.

"Hei betina!" Leherku dicekak sehingga aku tersandar ke dinding.

"Argh... Le...paskan!"

"Kau jangan cabar aku! Aku takde perasaan kasihan pada perempuan seperti kaulah! Baik kau dengar cakap aku atau kau akan menerima balasannya nanti."

"Aisyah tak nak... Aisyah tak sanggup... Tolong... Lepaskan Aisyah..." Rintihku lagi. Air mataku mengalir bagaikan empangan pecah. Namun, Rizman tidak menghiraukan langsung.

"Jangan degil! Kau nak mati ke? Hah!"

"Argh! Sakit! Jangan!" Aku hanya mampu mengaduh bila tubuhku ditampar, ditendang dan dipukul tanpa belas kasihan. Aku berusaha melindungi tubuhku dari dibelasah.

"Tolong... Jangan buat saya macam ni..." Aku merintih dan terus merintih.

"Aku takkan puas pukul kau kalau kau masih berdegil!"

"Sudah tu, Man. Man nak buat dia mati ke?"

"Sial! Aku benci orang engkar arahan aku!" Marah Rizman.

"Aisyah, dengar cakap mama, ya... Aisyah hanya layan mereka makan dan minum je. Setakat ringan-ringan je... Nanti, Aisyah akan dapat bayaran yang lumayan tau..."

"Aisyah tak nak... Jangan buat Aisyah macam ni, mama... Tolonglah..." Rayuku.

"Hei, betina sial!"

"Argh!" Rambut panjangku direntap dari belakang.

"Sa...kit." Rintihku.

"Kalau kau tak nak sakit, dengar arahan aku! Jangan nak membantah! Huh!" Rentapan rambutku dilepas kasar.

"Kenapa buat saya begini? Apa salah saya?"

"Aku tak peduli kau nak menangis air mata darah sekalipun... Ingat! Aku tahu, kau pergi layan lelaki tu. Dia dah bayar mahal untuk dapatkan kau! Faham!" Kepalaku ditunjal kasar.

"Aisyah, jangan melawan ya... Mama ada sekali nanti. Aisyah layan dorang. Lelaki tu anak orang kaya. Dia mesti bayar Aisyah dengan wang yang banyak... Aisyah dengar cakap kami, ya?" Aku tidak memberi respon.

"Bawak betina ni ke bilik! Ingat! Jangan biarkan dia lari. Pastikan dia siap dengan pakaian seksi untuk melayan orang kaya tu nanti!" Air mataku mengalir dan terus mengalir.

"Baik, tuan!"

"Lepas! Lepaskan!" Tubuhku diseret tanpa belas kasihan oleh dua lelaki yang menjadi barua Rizmna dan Mama Shiqah. Dalam erti kata lain, mereka bekerja sebagai 'bouncer' di kelab pelacuran Rizman.

"Argh!" Tubuhku dicampak ke atas katil. Sakitnya tubuhku hanya tuhan yang tahu.

"Jangan degil! Aku tahu, kau bersiap! Kalau tidak, kau tahu apa yang Tuan Rizman akan lakukan pada kau!" Ugut lelaki itu. Aku memeluk lututku lalu ditarik dekat ke dada bersama juraian air mata.

'Ya Allah, ampunkan aku... Lindungilah hambaMu ini, Ya Allah...' Rintihku.

Hai kesayangan... Jemput baca chapter pertama HNYT... Enjoy reading

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-08-28 19:35:37 

bes kak .. awal2 dh sakit hati dgn rizman tuh ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience