POV 1
"Kenapa aku? Kenapa aku yang terpaksa menanggung semua ini? Kenapa aku yang menjadi mangsa kebencian dia? Apa salah aku?"
"Aku sakit. Aku tak mampu nak beri apa yang kau mahukan. Tolong, lepaskan aku."
"Saya akan mati, Hud! Saya akan mati!"
"Tapi, awak kena fikir satu, Hud... Mati bukan pilihan. Kita semua akan mati... Semua akan bergelar jenazah, Hud. Yang membezakannya, hanya lambat atau cepat je..."
Aku terpaksa. Terpaksa meluahkan apa yang terbuku. Bagi aku, aku tak mahu membiarkan Hud terus mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
POV 3
"Awak, hidup mati bukan kita yang tentukan, awak..."
"Tiada manusia yang lahir ke dunia ini sempurna serba-serbi. Hanya Dia... Dia, Allah Yang Esa..." - Hud Haidar
"Percaya pada qadaq dan qadar Allah, Aishah Aulia..." Hud Haidar
Flashback #
"Tuan... Saya bersedia..."
"Tutup tubuh kau!"
"Maafkan saya, tuan. Saya hanya menjalankan tugas saya..."
"Tugas kau? Memuaskan nafsu lelaki, itu tugas kau?"
"Apa pun yang saya lakukan, bukan urusan tuan. Selesaikan segera..." - Aisyah Aulia
"Huh! Kau fikir, aku akan lepaskan kau sewenang-wenangnya?" Aisyah mendongak.
"Jangan bermimpi di siang hari, Aisyah... Jangan sesekali berani melafazkan kata cinta pada aku... Kau tak layak untuk aku!" - Ariq Azrai.
"Jangan, Aisyah... Jangan minta perpisahan. Aku... Aku sayangkan kau..." - Ariq Azrai
"Saya perempuan kotor, tuan. Saya perempuan yang tiada maruah diri... Perempuan yang bergelumang dengan dosa." - Aisyah Aulia
Dunia bagaikan iri hati melihat Aishah Aulia menikmati kebahagiaan bila lelaki yang cuba menyelamatkan dirinya, mengalami kemalangan sehingga membuatkan lelaki itu mengalami kecacatan seumur hidup.
Aisha mengalah dengan hidupnya. Pasrah dengan ketentuan Ilahi. Biarlah masa dan takdir menentukan segalanya. Sakit. Tiada perkataan lain yang lebih sesuai Aishah rasakan tatkala hidupnya berterusan bergelumang dengan dosa.
Tiada lagi seraut wajah yang manis yang bisa menggugat iman seorang lelaki. Tiada lagi sifat manja yang ditonjolkan seorang Aishah. Aishah hanya meneruskan tugasnya sepertimana yang menjadi kebiasaannya selama bertahun-tahun ini.
Melihat dari sinar matanya, jiwa Aishah bagaikan sudah mati. Tiada lagi keceriaan yang terserlah diwajah mulus Aishah Aulia melainkan senyuman yang penuh kepura-puraan demi menjalankan tugasnya.
"Tuan, saya bersedia..." Ujarku tatkala berhadapan dengan lelaki yang pertama kali aku lihat.
"Huh! Semudah itu untuk kau serahkan tubuh kau pada lelaki seperti aku?" Aku menarik pakaian menutup tubuhku yang hampir separuh bogel.
"Saya hanya menjalankan tugas saya, tuan. Saya dibayar untuk melayan tuan."
"Berapa ramai lelaki yang telah kau tiduri selama ini?" Aku menggelengkan kepala.
"Kenapa? Kau tak tahu berapa ramai yang sudah kau layan selama ini?" Air mataku bergenang di tubir mata.
"Kenapa kau menangis? Aku salah soalan ke?" Aku menggeleng lagi. Air mata ini bagaikan enggan mematuhi arahanku.
"Maafkan saya, tuan. Saya tak semurah yang tuan sangkakan. Tapi, saya terpaksa. Saya terpaksa. Selama ini hanya Tuan Ariq yang menjaga saya. Tuan Ariq sanggup membayar pada harga yang tinggi demi menyelamatkan saya. Tapi sayang... Allah lebih menyayangi Tuan Ariq."
"Apa maksud kau? Menyelamatkan kau?" Hanya anggukan dari Aisyah. Suasana sepi seketika.
"Kenapa kau buat kerja ni?"
"Saya terpaksa, tuan. Seumur hidup saya, sedikit pun tidak pernah saya terfikir yang saya akan ke lembah hina ni."
"Duduk." Aisyah Aulia mendongak.
"Duduk. Aku nak dengar cerita kau. Jangan takut. aku hanya nak dengar cerita kau..."
"Tiada apa yang menarik untuk saya ceritakan pada tuan..."
Aisyah cuba mencari bahagia. Bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki yang menyayanginya bukan tiket untuk Aisyah bebas dari hinaan manusia. Beratus kali menafikannya, namun Aisyah berterusan dihina, dicaci. Pelbagai kata nista yang diterima. Aisyah nekad meneruskan niatnya untuk berubah ke jalan yang lebih baik, walaupun berterusan dikecam.
Kebahagiaan hakiki yang dicari, kebencian yang diterimanya. Kesempurnaan cuba digapai, kesakitan yang diperolehi. Perjuangan Aisyah bagaikan menemui titik noktah. Kuasa Allah swt, tiada siapa yang mampu menidakkannya. Segalanya berkemungkinan untuk berlaku dengan izin dariNya.
Sebagai pengenalan untuk karya terbaru yang bakal muncul selepas tamatnya on-going novel... Terima kasih untuk sokongan semua
Share this novel