Bab 4

Drama Completed 750

Suatu hari, ketika Cikgu Halida, guru matapelajaran Fizik sedang mengajar di dalam kelas 5 Adil, Delima yang sedang duduk di atas kerusi roda sedang mengerang kesakitan. Delima memegang perutnya yang dirasakan sakit yang teramat. Para pelajar kelas 5 Adil terus mengalihkan pandangan ke arah Delima yang sedang mengerang itu.

Cikgu Halida menghentikan segera sesi pembelajaran untuk seketika apabila melihat keadaan Delima. Cikgu Halida terus menuju ke arah Delima.

"Delima? Kamu tak apa - apa? Muka kamu pucat.
Kamu nak ke hospital?," tanya Cikgu Halida.

Tiba - tiba...
"Errrr... Biar saya hantar Delima ke tandas, cikgu. Delima tak apa - apa. Mungkin dia cuma hendak cuci muka," pintas Wati, dengan wajah yang tersenyum manis penuh kepura - puraan.

Cikgu Halida mula rasa curiga. Bukan dia tak kenal Wati. Bukan dia tak tahu semua penderitaan Delima di sebalik layanan Wati yang penuh kepuraan itu. Namun, Cikgu Halida tidak mahu terus berburuk sangka.

"Hmm. Baiklah. Cepat, bawa Delima ke tandas," arah Cikgu Halida.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience