Bab 3

Drama Completed 750

Sebenarnya, Wati dan Delima belajar di dalam satu kelas yang sama, iaitu 5 Adil. Seperti biasa, setiap hari Delima akan belajar di atas kerusi roda. Jika Delima hendak ke tandas atau ke kantin, Wati lah yang terpaksa memaniskan muka dan berpura - pura yang dia senang hati membantu menolak kerusi roda Delima.

Meskipun Wati seorang yang amat cantik dan menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki di sekolahnya, namun Wati tidak seperti Delima, yang amat pintar dalam pelajaran.

Kepintaran Delima mengundang perasaan iri hati dalam hati Wati. Kalau boleh, dia mahu semua orang memuji yang dia pintar. Wati tak mahu Delima yang cacat itu menerima satu kata pujian sekalipun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience