Bab 13

Drama Completed 750

Suatu malam yang hening, Airin sedang nyenyak tidur di dalam biliknya. Tiba - tiba, tidurnya terganggu kerana dia terdengar suara bising - bising di luar biliknya. Airin pun keluar bilik. Rupanya, ayah dan ibunya sedang bertengkar.

Ketika Airin sudah berada di luar bilik mereka berdua, Airin dapat dengar beberapa kata yang keluar dari mulut ayah dan ibunya.

"Abang tak boleh ka berlembut dengan Airin tu sikit? Dia tu anak kita, bang!," kata Puan Wati.

"Budak hodoh tu belum tentu lagi anak saya! Lagipun... dia tu..., ANAK LUAR NIKAH!!!," kata Tuan Abun pula.

Mulut Airin sudah melopong apabila mendengar kata - kata Tuan Abun. Airin menangis. Airin pun terus berlari menuju ke koridor biliknya.

"Awak jangan melampau, Abun. Kerana awak, saya lahirkan dia! Awak juga jangan lupa yang penyebab Airin bermuka hodoh adalah sebab awak pernah hina Delima dulu!!!," tempik Puan Wati.

Tuan Abun terdiam.

"Mungkin, dulu dia ada bersumpah agar keturunan awak jadi huru - hara macam ni! Awak tak sedar ke semua tu, bang?," jelas Puan Wati lagi.

Air mata penyesalan kini sudah jatuh di pipi Tuan Abun. Tuan Abun meraup - raup mukanya.

"Walaumacamanapun, awak kena terima kehodohan Airin dan semua yang terjadi ni kerana nasi sudah jadi bubur, bang...," kata Puan Wati lagi.

Tiba - tiba...

"Dum!!!,"
Terdengar seperti objek besar jatuh dari tempat tinggi.

"Ya Allah! Anak kita, bang! Airin!!!," laung Puan Wati. Tuan Abun yang juga kaget itu terus berlari bersama isterinya ke arah bilik Airin.

Kelihatan, Airin sedang terbaring di atas laman rumah dalam keadaan berlumuran darah. Airin sudah nyawa - nyawa ikan. Puan Wati terus mendapatkan anaknya di bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience