Bab 6

Drama Completed 750

Kini, keputusan peperiksaan pertengahan tahun kelas tingkatan 5 Adil sudah mahu diumumkan. Tahun ini, waktu pengumuman keputusan peperiksaan diawalkan agar pelajar lebih bersedia untuk menempuhi SPM.

Entah kenapa, dari tadi, Delima yang duduk di atas kerusi roda berasa yakin untuk mendengar pengumuman keputusan peperiksaan itu. Berkat kegigihannya dalam berusaha selama ini walaupun sering didera Puan Sari dan anaknya Wati, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang.

Puan Halida sudah ingin mengumumkan keputusan peperiksaan.

"Diumumkan, pelajar cemerlang kelas 5 Adil, Delima Mutiara binti Dani!,"

Semua mata beralih pada Delima. Mata Wati juga beralih pada Delima, namun dengan pandangan yang tajam.

Tiba - tiba, Abun bersuara, "Orang cacat macam Delima tak layak dapat anugerah. Kecuali Wati, kekasih hati saya,"

Satu kelas riuh apabila mendengar kata - kata Abun. Wati pula kelihatan tersenyum - senyum. Wati tahu, memang Abun amat obses dengan Wati sejak dulu. Delima yang mendengar kata - kata Abun tadi terus terasa hati.

"Abun! Berani kamu ejek Delima macam tu? Baik. Oleh kerana kamu yang paling uncit dalam kelas ni, cikgu nak Abun pergi tuisyen dengan Delima setiap hari, dan tanya dengan Delima macamana dia boleh dapat kejayaan setinggi ni," arah Cikgu Halida dengan tegas. Abun pula terkemut - kemut mukanya mendengar kata - kata Cikgu Halida itu.

"Alah... Tapi, cikgu...,"

"Tak ada tapi tapi! Kamu sepatutnya ambil iktibar dari kesungguhan Delima. Tapi kamu cuma tahu menafikan kesungguhan Delima dalam belajar,"

Abun menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak taknak, dia terpaksa ke rumah Delima untuk kelas tuisyen bersama gadis cacat itu. Kalau Abun ingkar perintah guru, pasti ada mulut yang memberitahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience