9

Romance Series 6250

GEDEBUK...mereka berdua jatuh di atas sesama sendiri
"Aduhhhhhhh" Syed Ashraf membuka matanya..apabila tersedar yang mereka duduk di dalam posisi yang tidak sepatutnya... cepat cepat dia berdiri

" Yang kau pegi rentap kayu tu dah kenapa"

"Kau yang suruh aku pegang kuat kuat tadi kan..aku pegangla kuat kuat"

"Aku suruh pegang bukan rentap"

"Bising la kau ni..dahla badan berat ishh"

Syed Ashraf hanya membuat tidak dengar sahaja dengan kata kata Alisya itu

"Dahla cepat nak maghrib dah ni..pegang kayu ni"

Alisya pun memegang kayu tersebut..kemudian mereka berjalan beriringan perlahan lahan disebabkan kaki Alisya yang berdarah itu

" Kau duduk sini sekejap aku nak belikan tisu dengan air"

"Kau nak buat apa ?" Alisya menyoal dengan wajah kepelikan

"Apahal kau ni bijak sangat eh,kau tak nampak ke kaki kau tu yang darah tu..tu pun nak kena ajar ke"Syed Ashraf hanya menggelengkan kepalanya

Tidak lama kemudian, Syed Ashraf tiba dengan tisu dah botol air di tangan

" Nah kau lap dekat luka kau tu"

" Terima kasih"

"Hmm sama sama"

Syed Ashraf hanya memerhati saja gelagat Alisya membasuh lukanya itu..

' Kelam kabut tapi pembersih' desis Syed Ashraf

" Dah siappp"

" Kau datang dengan sape ni ?"

"Dengan mama"

"Balik macam mana ?"

"Mama kata kalau nak balik call mama..nanti mama ambik"

"Takpayahla..jom aku hantarkan"

' Biar betol dia nak hantar ? Nanti jadi salah faham pulak..dahla pasal jelir lidah tu tak habis lagi..ni nak hantarkan pulak ?'

" Kau termenung apa lagi,nak ikut ke taknak dah nak maghrib dah niiii" Syed Ashraf menunjukkan muka yang tengah menahan sabar

"Yeye sabar la"

Di dalam kereta Syed Ashraf

' dia ni tak reti bukak lagu ke apa' Alisya berkata di dalam hati dan tangannya ingin membuka button radio tersebut tiba tiba

" Jangan sentuhh"

Terkejut Alisya dibuatnya

"Kau nak lagu apa ?" Syed Ashraf menyoal sambil mata memandang ke arah jalan raya

"Apa apa je la yang boleh hilangkan bosan"

Syed Ashraf tersenyum,lalu dia membuka radio tersebut

"La ila ha illa anta"

Baru sahaja zikir tersebut dimainkan Alisya memandang Syed Ashraf

" Kau perli aku ke apa?"

" Ehh mana ada...dah kau kata nak lagu yang boleh hilangkan bosan kan" Syed Ashraf tersenyum kemenangan

"Apa apa je la"

Di rumah Puan Aisyah

"Assalamualaikum mama mama" Alisya memberi salam

"Walaikumsalam..ehh macam mana anak mama boleh baa" belum sempat ayat Puan Aisyah habis dia ternampak Syed Ashraf menutup pintu keretanya dan datang ke arah dia dan Alisya...

Alisya hanya mengangkat bahu,lalu masuk ke dalam rumah

Agak agak apa yang bermain di dalam fikiran mama Alisya ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience