7

Romance Series 6250

Di dalam kereta Syed Ashraf

"Ashh, mummy nak tanya ni" Puan Laila memulakan mukadimah pertamanya

"Tanyalah mummy, kenapa?" Syed Ashraf yang sedang bermain telefon bimbit berhenti tatkala mummynya berkata begitu

"Ash dengan Lisya ade apa apa ke ?" Puan Laila bertanya sambil melirik anaknya yang duduk di belakang

Hampir tak tertelan air liur Syed Ashraf bila mendegar pertanyaan mummynya

"Ishh,takde la mummy..kan Ash cerita yang dia tumpahkan air dekat atas baju Ash waktu dekat pavi tu...buat apa Ash nak suka dia pulak mummy"

"Takdela mummy rasa macam ada sesuatu antara korang berdua ni"

'Sah Mummy dah salah faham niii..mesti mummy perasan waktu aku tengok sekeliling rumah aunti Aisyah tadi...bukan nya suka mummy oiii...Ash nak kenakan dia aje' Syed Ashraf bermonolog sendirian

"Daddy pun pelik..kamu kalau dengan perempuan selalu nak marah je kerjanya...tapi dengan Lisya lain.. marah tu memangla...tapi marah lain yang kamu tak penah buat dekat mana mana perempuan siap jelir lidah bagai" akhirnya Encik Rahman bersuara setelah dari tadi mendiamkan diri

"Takde lah mummy daddy, Ash tak suka dia pun dan tak akan pernah suka dia" Syed Ashraf berkata sambil memejamkan matanya

'Tido lagi best dari dengar mummy dengan daddy cakap yang bukan bukan' desis Syed Ashraf di dalam hati

***********
4.45 Petang

"Mummy ash nak pergi taman ni,nak jogging.. mummy nak ape ape tak ?"

"Takde kot..kalau ada nanti mummy call Ash"

"Okay mummy..babaiii"

***********

Taman Reakrasi Kota Damansara

Baru sahaja dua pusingan Syed Ashraf sudah duduk di salah satu kerusi di taman tersebut

' Nilah padahnya kalau dah lama tak jogging..baru dua round dah semput'

Baru sahaja Syed Ashraf ingin memulakan lariannya semula tiba tiba

Gedebuk

"Aduhhh,sakitnyaaa..macam mana aku boleh x perasan batu nii" Alisya mengomel

'Dia ni lagi,dah takde orang lain ke kat sini ?..haih' Syed Ashraf berkata di dalam hati

"Kau ni lain kali hati hati sikit tak boleh ke ?"

"Kau apa tahu..sakit kau tau tak" Alisya mula mahu menangis apabila dia ternampak kesan darah di kakinya

"Maksudnya kau tahula aku kat sini ? Kau boleh jatuh tadi sebab kau nak lari dari aku ?" Syed Ashraf menyoal untuk menguji Alisya Izani

" Yelahh..aku terkejut kau dekat situ...jadi aku nak patah balik la..aku taknak kau perasan aku ada dekat sini" Alisya menjawab laju

" HAAAA ?" Syed Ashraf seperti tidak percaya yang Alisya Izani lari darinya

"Cepatlah tolong kaki aku sakit niii" Alisya berdalih

'Haih sepatutnya aku tak boleh cakap macam tu nanti mesti dia ingt aku ni takut dekat dia sampai terjatuh haih Alisya,Alisya ' desis Alisya di dalam hati

.........

Agak agak Syed Ashraf tolong tak ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience